Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 31 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - 7 PINTU TERBESAR YANG DIMASUKI SYAITAN

7 Pintu Terbesar yang Dimasuki Syaitan ...

PINTU PERTAMA
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan masuknya syaitan. Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.

PINTU KEDUA
Ini juga adalah pintu terbesar iaitu marah. Ketahuilah marah dapat merosak akal. Jika akal lemah pada saat ini tentara syaitan akan melakukan serangan dan mereka akan menertawakan manusia. Jika keadaan kita seperti ini minta perlindunganlah pada Allah.

PINTU KETIGA
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat merugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.

PINTU KEEMPAT 
Iaitu kenyang kerana telah banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan di akhirat.

PINTU KELIMA 
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya. Akhirnya dia akan mencari peluang di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.

PINTU KEENAM
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahawa hadits ini hasan)

PINTU KETUJUH 
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kikir), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajipan yang berkaitan dengan harta.

Rabu, 30 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - KESILAPAN MANUSIA KETIKA HARI JUMAAT

Kesilapan Umat Islam Pada Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah swt memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus yang dilarang oleh Allah swt menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini.

Allah swt berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah swt dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah swt serta ingatlah akan Allah swt banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).

Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah swt terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefardhuan Solat Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut:

Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua. ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

Jika dikaji sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah. Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.

Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad saw ketika itu hanya 12 orang sahaja. Lalu Allah swt menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya apabila mereka nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau (wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.

Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat. Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.

Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah swt.

Allah swt memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”

Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang. Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :

Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditangguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.

Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.

Ketiga: Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping mengambil peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .

Selasa, 29 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT- 10 JANJI ALLAH BAGI YANG INGIN BERKAHWIN

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26) 
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”. 
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga. 
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fisabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits:2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. 
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar. 
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud: 3883, Ibnu Majah: 3530, Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita. 
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj: 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?


Isnin, 28 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - 27 BAHAYA UNTUK PENZINA

... 27 BAHAYA MENAKUTKAN AKIBAT BERZINA ...

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ...
Diantara sekian banyak kesan negatif dari perbuatan zina. Semua ini memberikan gambaran betapa buruk kesan perbuatan nista ini dan alangkah rendah maruah pelakunya.
Kesan negatif perbuatan tak senonoh ini tidak hanya akan dirasakan oleh si pelaku tapi juga oleh sang anak yang tidak tahu menahu. Semoga Allah Azza wa jalla melindungi kita dan seluruh kaum muslimin dari perbuatan keji ini. Diterjemahkan dari kitab "Khatarul Jarîmah al khuluqiya". 

1. Zina mengurangi agama seseorang
2. Zina menghilangkan sifat warak 
3. Zina merosak kehormatan dan harga diri 
4. Zina mengurangi sifat cemburu
5. Pezina mendapatkan murka Allah Azza wa jalla.
6. Zina menghitamkan wajah dan menjadikannya gelap
7. Zina menggelapkan hati dan menghilang cahayanya
8. Zina mengakibatkan kefakiran yang terus menerus.
9. Zina menghilangkan kesucian pelakunya dan menjatuh nilainya dihadapan Rabbnya dan dihadapan manusia.
10. Zina mencacatkan sifat terpuji seperti ‘iffah, baik, adil, amanah dari pelakunya serta menyematkan sifat cela seperti fakir, pengkhianat, fasiq dan pezina.
11. Pezina mengakibatkan diri pada azab di sebuah tungku api neraka yang bahagian atasnya sempit dan bawahnya luas. Sebuah tempat yang pernah disaksikan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menyiksa para pezina. [HR al-Bukhâri dalam shahihnya dari sahabat Samurah bin Jundab Radhiyallahu anhu].
12. Zina menghilangkan nama baik dan menggantinya dengan al khabîts. 
13. Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan kegelisahan hati buat para pezina
14. Zina menghilangkan kewibawaan. Wibawanya akan di cabut dari hati keluarga, teman-temannya dan yang lai 
15. Manusia memandangnya sebagai pengkhianat. Tidak ada seorangpun yang boleh mempercayainya mengurusi anak dan isterinya
16. Allah Azza wa jalla memberikan rasa gelisah dan susah dihati pezina
17. Pezina telah menghilangkan kesempatan dirinya untuk mendapatkan kenikmatan bersama bidadari di tempat tinggal indah di syurga
18. Perbuatan zina mendorong pelakunya berani durhaka kepada kedua orang tua, memutuskan silaturrahim, perniagaan haram, menzalimi orang lain dan membohongi isteri dan keluarga
19. Perbuatan zina dikelilingi oleh perbuatan maksiat lainnya. Jadi perbuatan nista ini tidak akan terjadi kecuali dengan didahului dan diiringi beragam maksiat lainnya. Perbuatan keji menyebabkan keburukan dunia dan akherat
20. Pelaku zina wajib diberi hukuman pezina yang belum menikah didera seratus kali dan diasingkan selama setahun dari daerahnya sedangkan pelaku yang pernah menikah atau masih berkeluarga direjam (dilempari) batu sampai mati
21. Zina merosak nasab
22. Zina menghancurkan kehormatan dan harga diri orang
23. Zina menyebabkan tersebarnya wabak penyakit berbahaya, tha’un (lepra) dan tersebarnya penyakit kelamin yang umumnya sukar diubati seperti penyakit syphilis
24. Perbuatan zina membuka peluang bagi keluarganya untuk terjerumus dalam perbuatan serupa. Dalam pepatah dikatakan :
كَمَا تَدِيْنُ تُدَانُ
Engkau akan dibalas sesuai dengan perbuatanmu
25. Zina menyebab balasan amalan solehnya hilang sehingga ia miskin pada hari kiamat.
26. Dihari kiamat pelaku zina akan dihadapkan pada orang yang isterinya dizinai untuk diambil pahala kebaikannya sesuka sang suami sehingga tidak ada tersiabaki kebaikan sedikitpun
27. Anggota tubuh seperti tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan lisan akan memberikan persaksian yang menyakitkan. Allah Azza wa jalla berfirman : 
Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. [an-Nûr/ 24:24] 
Diantara penyebab zina adalah budaya berdua-duaan yang merupakan budaya yang sangat disukai oleh anak muda zaman sekarang. 
Syariat Islam sangat melarang budaya tersebut sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang melarang laki-laki dan wanita bukan mahram berdua-duan.

Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka janganlah berdua-duaan dengan wanita yang tidak bersama mahramnya kerana yang ketiga adalah syaitan. [Shahîh diriwayatkan Imam Bukhâri dalam Shahihnya (1862) dan Imam Muslim dalam Shahihnya (3259)]
Amir bin Rabi’ah Radhiyallahu anhu berkata, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 
Ketahuilah, tidak boleh seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana yang ketiga adalah syaitan kecuali bersama mahramnya. (HR. Ahmad no:142) dan hadits serupa dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu telah dituturkan di atas.

Ahad, 27 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - ALLAH AKAN UJI HAMBANYA BILA DIA SAYANG KEPADA HAMBANYA

APABILA ALLAH S.W.T. MENCINTAI KITA MAKA KITA AKAN DI UJI OLEH ALLAH S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)” (Ali-Imran: 200)
Allah SWT menjanjikan pertolongan saat menghadapi kesulitan, dengan syarat kita mestilah bersabar menghadapinya. Jangan sesekali kita berpaling dari Allah SWT, atau menjauhkan diri dariNya. Dibimbangi kita akan terjerumus ke lembah kehinaan dengan mengikuti jalan sukar yang dihembuskan Syaitan durjana. Syaitan sama sekali tidak akan senang kepada hamba-hambaNya yang sabar dan senantiasa berpegang teguh kepada tali Allah SWT. Biarkan Syaitan kecewa dengan sikap kita yang keras menentang bisikan-bisikannya. Perbanyakkan doa dan solat agar tali yang mengikat kepada Rabbi bertambah utuh dan kuat.
Sifat sabar sebenar adalah kesabaran yang menyebabkan kita semakin dekat dengan Allah SWT, jelas matlamat dan tujuan hidup, bercita-cita untuk menuju ke syurga melalui siratol mustaqim (jalan lurus). Gambaran ini boleh dikutip dari kisah kesabaran Bilal bin Rabah menahan derita disiksa dan dihempap batu besar tatkala mempertahankan keimanan kepada Azza Wajalla. Begitu juga kisah keluarga Yasir yang disula hingga menemui ajal semata-mata bersabar menahan siksaan atas keengganan kembali kepada kepercayaan Jahiliyyah lagi Taghut.
Lantas Rasulullah SAW bersabda:
“Sabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.”
Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita, bahawa apabila Allah SWT menyayangi suatu kaum, pasti Allah SWT akan menurunkan ujian dan cubaan. Alhasil, Allah SWT akan menilai sejauh mana takat kesabaran yang terbentuk. Kadangkala, ada sesetengah manusia membenci kesusahan, kesakitan, bebanan yang ditimpakan ke atasnya sehingga bertempik benci dan mengeluh panjang kepada Allah SWT. Maka, jika itulah keadaannya, ini bererti manusia itu telah menempah murka Allah SWT. Tatkala itu, Allah SWT akan menimpakan kemurkaanNya dengan nilaian dosa. Dosa akibat lemahnya rasa sabar manusia terhadap ujian yang dihadapi.
Hadis yang telah dikeluarkan oleh Ahmad melalui jalur Mahmud bin Labid menyatakan, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah Azza Wajalla jika menyintai suatu kaum, maka Allah akan memberikan cubaan kepada mereka. Barangsiapa yang sabar, maka dia berhak mendapatkan (pahala) kesabarannya. Dan barangsiapa marah, maka dia pun berhak mendapatkan (dosa) kemarahannya"

Sabtu, 26 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - TANDA-TANDA ORANG YANG MENGENAL ALLAH

ADAKAH ANDA TELAH MENGENAL ALLAH S.W.T. ?

Mengenal Allah dengan benar (ma’rifatullah) merupakan sumber ketenteraman hidup di dunia maupun di akhirat. Orang yang tidak mengenal Allah, niscaya tidak akan mengenal kemaslahatan dirinya, melanggar hak-hak orang lain, menzalimi dirinya sendiri, dan menebarkan kerosakan di atas muka bumi tanpa sedikitpun mengenal rasa malu.
Berikut adalah sebahagian dari ciri-ciri atau indikasi dari al-Qur’an dan as-Sunnah serta keterangan para ulama salaf yang dapat kita jadikan sebagai pedoman dalam menjawab pertanyaan di atas:

1) Orang Yang Mengenal Allah Merasa Takut Kepada-Nya 
Allah S.W.T. berfirman:, “Sesungguhnya yang merasa takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu saja.” (QS. Fathir: 28)
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “…Ibnu Mas’ud pernah mengatakan, ‘Cukuplah rasa takut kepada Allah sebagai bukti keilmuan.’ Kurangnya rasa takut kepada Allah itu muncul akibat kurangnya pengenalan / ma’rifah yang dimiliki seorang hamba kepada-Nya. Oleh sebab itu orang yang paling mengenal Allah ialah yang paling takut kepada Allah di antara mereka. Barangsiapa yang mengenal Allah, niscaya akan menebal rasa malu kepada-Nya, semakin dalam rasa takut kepada-Nya, dan semakin kuat cinta kepada-Nya. Semakin pengenalan itu bertambah, maka semakin bertambah pula rasa malu, takut dan cinta tersebut….” (Thariq al-Hijratain, dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir [5/97])

2) Orang Yang Mengenal Allah Mencurigai Dirinya Sendiri 
Ibnu Abi Mulaikah -salah seorang tabi’in- berkata, “Aku telah bertemu dengan tiga puluhan orang Sahabat Rasulullah S.A.W, sedangkan mereka semua merasa sangat takut kalau-kalau dirinya tertimpa kemunafikan.” (HR. Bukhari secara mu’allaq).
Suatu ketika, ada seseorang yang berkata kepada asy-Sya’bi, “Wahai sang alim / ahli ilmu.” Maka beliau menjawab, “Kami ini bukan ulama. Sebenarnya orang yang alim itu adalah orang yang sentiasa merasa takut kepada Allah.” (dinukil dari adh-Dhau’ al-Munir ‘ala at-Tafsir [5/98])

3) Orang Yang Mengenal Allah Mengawasi Gerak-Geri Hatinya
Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “..Begitu pula hati yang telah disibukkan dengan kecintaan kepada selain Allah, keinginan terhadapnya, rindu dan merasa tenteram dengannya, maka tidak akan mungkin baginya untuk disibukkan dengan kecintaan kepada Allah, keinginan, rasa cinta dan kerinduan untuk bertemu dengan-Nya kecuali dengan mengosongkan hati tersebut dari ketergantungan terhadap selain-Nya. Lisan juga tidak akan mungkin digerakkan untuk mengingat-Nya dan anggota badan pun tidak akan tunduk berkhidmat kepada-Nya kecuali apabila ia dibersihkan dari mengingat dan berkhidmat kepada selain-Nya. Apabila hati telah terpenuhi dengan kesibukan dengan makhluk atau ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat maka tidak akan tersisa lagi padanya ruang untuk menyibukkan diri dengan Allah serta mengenal nama-nama, sifat-sifat dan hukum-hukum-Nya…” (al-Fawa’id, hal. 31-32)

4) Orang Yang Mengenal Allah Selalu Mengingati Akhirat
Allah S.W.T. berfirman:, “Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, maka akan Kami sempurnakan baginya balasan amalnya di sana dan mereka tak sedikitpun dirugikan. Mereka itulah orang-orang yang tidak mendapatkan apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah apa yang mereka perbuat serta sia-sia apa yang telah mereka kerjakan.” (QS. Huud: 15-16)
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Bersegeralah dalam melakukan amal-amal, sebelum datangnya fitnah-fitnah (ujian dan malapetaka) bagaikan potongan-potongan malam yang gelap gulita, sehingga membuat seorang yang di pagi hari beriman namun di waktu tengahari menjadi kafir, atau waktu tengaharinya beriman namun di pagi harinya menjadi kafir, dia menjual agamanya demi mendapatkan kesenangan duniawi semata.” (HR. Muslim)

5) Orang Yang Mengenal Allah Tidak Tertipu Oleh Harta
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya perbendaharaan dunia. Akan tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah rasa cukup di dalam hati.” (HR. Bukhari).
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Seandainya anak Adam itu memiliki dua lembah emas niscaya dia akan mencari yang ketiga. Dan tidak akan mengenyangkan rongga / perut anak Adam selain tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa pun yang mau bertaubat.” (HR. Bukhari)

6) Orang Yang Mengenal Allah Akan Merasakan Manisnya Iman
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ada tiga perkara, barangsiapa memilikinya maka dia akan merasakan manisnya iman…” Di antaranya, “Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada segala sesuatu selain keduanya.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Akan merasakan lazatnya iman orang-orang yang ridha kepada Rabbnya, ridha Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai rasul.” (HR. Muslim).

7) Orang Yang Mengenal Allah Tulus Beribadah Kepada-Nya
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya setiap amal itu dinilai berdasarkan niatnya. Dan setiap orang hanya akan meraih balasan sebatas apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya [tulus] karena Allah dan Rasul-Nya niscaya hijrahnya itu akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena [perkara] dunia yang ingin dia capai atau perempuan yang ingin dia nikahi, itu artinya hijrahnya akan dibalas sebatas apa yang dia inginkan saja.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa anda, tidak juga harta anda. Akan tetapi yang dipandang adalah hati dan amal anda.” (HR. Muslim).
Ibnu Mubarak rahimahullah mengingatkan, “Betapa banyak amalan kecil yang menjadi besar karena niat. Dan betapa banyak amalan besar menjadi kecil gara-gara niat.” (Jami’ al-’Ulum wal Hikam oleh Ibnu Rajab).
Demikianlah, sebahagian ciri-ciri orang yang benar-benar mengenal Allah. Semoga Allah S.W.T. memberikan taufik kepada kita untuk termasuk dalam golongan mereka

Jumaat, 25 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - SOLAT SUNAT SYUKUR

Apabila kita mendapat sesuatu nikmat atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan maka sewajarnya kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. Cara menunjukkan syukur ini adalah sembahyang sunat syukur dan yang paling penting menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah.

Sembahyang ini dilakukan dalam 2 rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tidak kira siang atau malam asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang.

CARA MELAKSANAKANNYA.

1. Lafaz dan niat sembahyang ialah:



Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat syukur 2 rakaat kerana Allah taala."

2. Lakukan sembahyang ini seperti biasa. Surah yang dibaca boleh dipilih dari mana-mana surah.

3. Selepas memberi salam bacalah doa kesyukuran. Antara doa yang boleh dibaca ialah:


Khamis, 24 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - PESAN ROH KEPADA MANUSIA

PESAN ROH KEPADA MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". 
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. 
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. 
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". 
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." 
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."  
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.".
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." 
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tena

Rabu, 23 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - PENTINGNYA KUSYUK DALAM SOLAT

Allah S.W.T berfirman “Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka” (Al Mu’minun : 1-2)
Tanda orang beriman sebagaimana yang Allah ta’ala terangkan adalah mereka khusyuk di dalam solat-solat mereka.
Ibnu ‘Abbas r.a. mengatakan khusyuk dalam solat adalah "merasa tenang dalam solat dan merasa takut (kepada Allah) dalam solatnya tersebut".(Lihat Tafsir Ibnu Katsir, Darut Thayibah, Asy Syamilah).
Syaikh As Sa’diy rahimahullahu menerangkan makna khusyuk di dalam sola iaitu seseorang menghadirkan hati di hadapan Allah merasakan dekatnya (ilmu dan pengawasan) Allah yang dengan semua itu hati boleh merasa tenang, jiwa merasa damai. Hal ini akan terpancar dalam gerakan tubuh yang tenang, tidak lalai dalam solat, menghayati setiap bacaan yang dibaca dalam solatnya dari awal takbir hingga akhir solat. Semua ini dalam rangka tunduk dan taat kepada Allah. (Lihat Taisir Karimirrahman, Maktabah Ar Rusyd, hal. 547)
Kemudian beliau melanjutkan inilah hakikat ruh solat dan inilah solat yang dimaksudkan oleh Allah untuk ditegakkan oleh hamba-Nya.
(Lihat Taisir Karimirrahman, Maktabah Ar Rusyd, hal. 547) 
Ibnul Qayyim rahimahullahu mengatakan,
“Khusyuk adalah memadamkan luapan syahwat, meredamkan gejolak di hati dan melahirkan cahaya pengagungan (kepada Allah ta’ala) di dalam hati.”
(Lihat Madarijus Salikin, Ibnul Qayyim, Maktabah Asy Syamilah) 
Letak kekhusyukkan adalah di dalam hati sebagaimana Rasulullah S.A.W. mengkhabarkan bahawa ketaqwaan manusia ada di dalam hati.
Rasulullah S.A.W. bersabda :“Takwa letaknya adalah di sini (dan Rasulullah S.A.W. berisyarat menunjuk ke arah dada beliau tiga kali)” (Hadits riwayat Muslim)
Hal ini pun telah ditegaskan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullahu,
“Para ahli ilmu telah sepakat bahawa letak kekhusyukkan adalah di dalam hati dan buah dari kekhusyukkan akan tercermin pada anggota badan yang lainnya.” (Lihat Madarijus Salikin, Ibnul Qayyim, Maktabah Asy Syamilah)
Saudaraku, sungguh amalan hati adalah lebih utama daripada semata-mata amalan badan. Sebagaimana dinyatakan oleh Syaikul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu,
“Semata-mata amalan hati adalah lebih utama dibandingkan dengan semata-mata amalan badan. Sebagaimana dikatakan oleh para ulama terdahulu: kekuatan seorang mukmin ada pada hatinya dan kelemahannya ada pada jasadnya, sedangkan kekuatan orang-orang munafik ada pada jasad mereka dan kelemahan mereka terletak pada hati mereka” (Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah, Maktabah Asy Syamilah)
Syaitan dan bala tenteranya tidak akan tinggal diam tatkala melihat bani Adam sedang berusaha khusyuk. Hendaklah seorang waspada terhadap seluruh tipu daya syaitan dan bala tenteranya dalam menjerumuskan manusia dalam kesengsaraan.
Seorang shahabat, Hudzaifah Ibnu Yaman radhiyallahu ‘anhu berkata,
“Waspadalah kalian dengan khusyuk-nya orang-orang munafik…!!!”, kemudian seorang bertanya kepada beliau, bagaimanakah khusyukkan-nya orang-orang munafik?, beliau mengatakan, “Engkau melihat seseorang jasadnya nampak khusyukkan akan tetapi hatinya sama sekali tidak merasakan kekhusyukkan”. 
Beliau rahimahullahu mengatakan:
“Sesungguhnya khusyukkan kerana iman adalah menundukkan hati di hadapan Allah ta’ala dengan segala bentuk pengagungan dan pemuliaan. Hati seakan-akan luluh di hadapan Allah kerana cinta dan takut kepada Allah, mengakui berbagai nikmat Allah yang melekat pada dirinya. Inilah ketundukan hati yang hakiki yang terletak di relung hati seorang hamba yang akan diikuti oleh anggota badan lainnya".
Adapun khusyukkannya orang-orang munafik adalah menampakkan dengan anggota badan di hadapan pandangan para manusia dengan berbuat seolah-olah badannya nampak khusyuk akan tetapi hakikatnya hatinya sama sekali tidaklah merasa khusyuk.”
Sekian perkataan Ibnul Qayyim rahimahullahu- (Lihat Ar Ruh, Ibnul Qayyim, Maktabah Asy Syamilah)
Kekhusyukkan yang tertanam dalam hati seorang manusia akan membuahkan ketenangan dalam gerakan anggota badannya, merasakan ruh ibadah dan boleh menikmati kelazatan beribadah. Inilah sumber kekuatan seorang mukmin, bersumber dari hati dan bermuara ke anggota badan lainnya.
Saudaraku, sungguh inilah yang banyak dilalaikan oleh sebagian besar kaum muslimin saat ini. Solat mereka secepat kilat dan mereka tidak faham maknanya.
Sungguh benar apa yang dikatakan oleh shahabat Hudzaifah Ibnul Yaman, tatkala beliau mengatakan:
“Hal pertama yang akan hilang dari agama ini adalah khusyuk dan perkara terakhir yang akan hilang dari agama ini adalah solat” (Diriwayatkan Al Hakim disepakati oleh Adz Dzahabi)
Perkara ini iaitu khusyuk merupakan perkara yang berat memerlukan usaha dan jerih payah.
Lihatlah saudaraku apa yang dikatakan Ibnul Qayyim rahimahullahu tentang bezanya khusyuk-nya orang-orang beriman dan orang-orang munafik.
Rasulullah S.A.W, manusia paling mulia berlindung kepada Allah dari hati yang lalai dari hati yang tidak khusyuk :
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hati yang tidak khusyuk dari jiwa yang tidak pernah merasa puas dari ilmu yang tidak bermanfaat dan dari doa yang tidak terkabul”
(Hadits riwayat Ahmad, Tirmidzi, dan An Nasa’i)
Hanya kepada Allah kita memohon hidayah dan petunjuk. Ya Rabb jadikanlah Kami ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang khusyu’. Amiin

Selasa, 22 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - 9 SITI YANG PATUT DI CONTOHI KAUM WANITA

" 9 SITI YANG PATUT DI CONTOH OLEH KAUM HAWA "

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

1. Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3. Siti A’ishah.
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantis. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum disitu beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4. Siti Hajar.
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5. Siti Mariam.
Wanita suci yg memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asiah.
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah.
Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti’ah.
Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya saja.

9. Siti Zubaidah.
Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

SubhanAllah Semoga para wanita yang sedang membaca tulisan ini boleh menjadi salah satu Diantaranya...

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

Isnin, 21 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - KELOMPOK-KELOMPOK MANUSIA DI AKHIRAT

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok".(An-Naba' :18).

Diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jabal, katanya:
"Ya Rasulullah, apa makna ayat ini?".
 Maka Rasulullah S.A.W. menangis sebelum menjawab soalan tersebut.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki Neraka dan hanya 1 golongan yang memasuki Syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki Neraka adalah seperti berikut:

1) Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.
Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2) Mereka yang menyerupai babi.
 Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat 5 waktu.

3) Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.
Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4) Mereka yang keluar darah dari mulutnya.
Inilah balasan mereka yang berdusta.

5) Mereka yang berbau busuk seluruh badannya.
Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6) Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu.
Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7) Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.
Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8) Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas.
Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9) Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10) Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit-penyakit lain yang menjijikkan.
Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11) Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga ke perut, dari perut dan pehanya keluar kotoran.
Ini adalah balasan mereka yang minum minuman keras (arak).

SATU GOLONGAN YANG SELAMAT

Hanya satu golongan yang akan selamat dan masuk ke dalam Syurga, iaitu: 
"Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal solih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat".

Ahad, 20 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - BUKTI ADANYA SIKSAAN KUBUR

Diriwayatkan oleh Muslim dari Zaid bin Tsabit:

Pada suatu hari kami bersama Rasulullah S.A.W. di dalam kebun kepunyaan Bani Najjar.
Rasulullah sedang berada di atas himar (binatang tunggangan) tiba- tiba himar itu terkejut sampai miring badannya sehingga Rasulullah hampir terjatuh. Rupa-rupanya di tempat itu terdapat 6 atau 5 atau 4 kuburan.  
Maka Rasulullah S.A.W. bertanya: "Siapakah yang mengetahui kuburan siapakah ini?"
Seorang lelaki menerangkan bahawa dia kenal akan orang-orang yang dikuburkan di tempat itu.
Rasulullah S.A.W. bertanya: "Bilakah mereka meninggal dan dikuburkan di situ?"
Lelaki itu menjawab: "Sejak sekian waktu lamanya".
Maka Rasulullah S.A.W. bersabda: "Mereka semua sedang disiksa. Sekiranya tidak dikhuatirkan yang kamu akan takut, aku akan mendoakan kepada Allah S.W.T. agar diberikan kepada kamu kemampuan untuk mendengarkan siksa kubur sebagaimana aku sendiri mendengarnya".
Lalu Rasulullah S.A.W. menghadapkan muka beliau kepada kami semua dan berkata: "Berdoalah agar Allah S.W.T. melindungi kita dari siksa Neraka".
Kami lalu berdoa memohon dilindungi oleh Allah S.W.T. dari siksa Neraka.
Rasulullah S.A.W. berkata: "Berdoalah agar dilindungi oleh Allah S.W.T. dari siksa kubur".
Kami berdoa agar Allah S.W.T. melindungi kami dari siksa kubur.
Rasulullah S.A.W. berkata: "Mohonlah perlindungan Allah S.W.T. dari segala bahaya yang nyata dan bahaya yang tidak nyata".
Lalu kami berdoa agar dilindungi oleh Allah S.W.T. dari bahaya nyata dan bahaya yang tidak nyata
Rasulullah S.A.W. berkata: "Mohonlah perlindungan Allah S.W.T. dari bahaya Dajjal".
Kami pun berdoa kepada Allah S.W.T. agar dilindungi dari bahaya Dajjal.
Diriwayatkan oleh at-Tahawy dari Ibnu Mas'ud, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah berkata:
"Ada seorang hamba dari hamba-hamba Allah S.W.T. yang diperintahkan untuk dipukul 100 kali dalam kuburnya tetapi oleh kerana hamba itu semasa hidupnya selalu berdoa agar dilindungi dari siksa kubur, maka dia dipukul hanya satu kali. Dengan sekali pukul itu, kuburnya dipenuhi dengan api. Setelah api hilang dan dia sembuh dari pukulan itu, ia bertanya kepada Malaikat:
"Kenapa aku dipukul?".
Malaikat menjawab: " Engkau pernah solat tanpa wuduk dan pernah melewati orang yang sedang dianiaya tetapi engkau tidak memberikan pertolongan".


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...