Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 6 Jun 2014

Cerita semalam dan hari tu........

Cerita tempohari g Perlis x habis lagi......Pagi tu lepas kemas2 rumah dan panaskan lauk untuk di bawa sebagai bekalan dalam perjalanan nanti. Banyaklah lauk yang di bawa. Pagi tu sempat lagi masak ayam masak merah dan nasi goreng. Lebihan nasi masa kenduri kesyukuran malam tu. Bawa sekali karipap dan kuih belebat pisang. Anak2 buah kesayangan yang 3 orang tu siap2 mandikan selepas bangun dari tidur. Anak buah yang dah besar2 panjang tu pandai2lah kau orang uruskan diri sendiri. Masing2 dah siap mandi selepas sarapan. Baju masing2 pun dh siap kemas dan packing sendiri. Pukul 10.30 pagi tu kami sekeluarga pun bertolak g Perlis melalui Klang Lebuhraya Guthrie terus ke Plus Higway.


Apa2 pun kesayangan ni mesti siapkan awal dulu. Kesayangan ni kalau dah pakai2 lawa2 dan cantik2 confirm dah tak sabar nak bertolak. Senang sikit kerja kami nak berhias dan berkemas barang2 dalam kereta. Dah cantik2 kesayangan ni mereka dah buat hal sendirilah. 




Kau Icad masa nak g bukan main lagi seronok......dalam perjalanan kesayangan ni buat hal dah....meragam saje.....Biasalahkan budak2 dah lemas dan tak selesa duduk lama2 dalam kereta. Apa2 pun sayang kat U....


Dah tak sabar dah kesayangan ni naik kereta. Masa ni mana abang long. Oh yeeeeee abang long dah duduk dulu dalam kereta. Biasalah abang long mesti dia dulu yang duduk depan. Temankan ayah bawa kereta kat depan tu. 

Khamis, 5 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - PUASA SYAABAN PERSEDIAN HADAPI RAMADAN

Syaaban antara bulan yang dihormati Nabi SAW kerana hampir dengan Ramadan yang jelas mendapat kemulian daripada Allah SWT. Baginda pernah bertanya sahabat dalam sabdanya: "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan Syaaban? Sahabat menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Sabda Rasulullah SAW: "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali."(Raudatul Ulama)


Ada yang menyatakan cabang ganjaran kebajikan dipercambahkan kerana hampirnya Syaaban dengan Ramadan. Bagaimanapun setiap kebajikan tetap mendapat ganjaran tanpa mengira masa dan tempat ia dilakukan. Nabi SAW adalah ikutan yang baik dan kita dapat melihat perubahan Baginda apabila tibanya Syaaban. Daripada Aisyah: "Rasulullah SAW berpuasa sehingga kmai mampu melihat dan mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi berpuasa penuh satu bulan melainkan dalam Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia berpuasa lebih banyak selain Syaaban."(Riwayat al-Bukhari)

Bginda telah memberikan gambaran kepada umatnya bahawa banyak berpuasa pada Syaaban akan menambahkan kualiti puasa Ramadan kerana jiwa sudah dididik. Aisyah meriwayatkan: "Nabi SAW tidak pernah berpuasa dalam sebulan lebih banyak daripada Syaaban. Baginda juga pernah berpuasa bulan Syaaban semuanya." (Mengikut lafaz al-Bukhari). Namun dalam mengimbangi kekuatan Nabi SAW selaku manusia terulung dengan ibadat umatnya maka Baginda meletakkan kemampuan sebagai kayu pengukur kepada amalan sunat.


Nabi SAW bersabda: "Beramallah mengikut kemampuan kamu kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu sendiri yang jemu." Baginda SAW terus beribadat pada setiap bulan tanpa menafikan Syaaban memang menjadi tumpuan. Kita juga harus meninggalkan sabda Baginda SAW: "Allah melihat kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampunkan semua hambaNya kecuali Musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang yang saling membenci)."(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)


Dapat disimpulkan, ibadat pada bulan Syaaban adalah kesukaan Baginda SAW. Namun solat atau puasa khusus sempena Syaaban atau bacaan Yasin sebanyak 3 kali berturut-turut memang tiada ulama meriwayatkannya. Ibnu Majah hanya meriwayatkan mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Syaaban. Sabda Rasulullah SAW: "Allah SWT melihat kepada makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban lalu mengampuni makhlukNya kecuali orang yang musyrik dan orang yang bermusuhan."(Riwayat Ibn Majah)

Apa yang jelas kepada kita, amalan puasa yang menjadi tumpuan Rasulullah pada Syaaban bertepatan dengan sabda Rasulullah apabila ditanya apakah terdapat bulan selain Ramadan yang terbaik untuk berpuasa? Maka, Nabi SAW bersabda : "Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan. Nabi SAW ditanya lagi: Sedekah apakah yang terafdal? Baginda menjawab: Sedekah pada bulan Ramadan."(Riwayat Tirmizi)


Baginda SAW banyak bersedekah pada bulan Ramadan. Puasa dan sedekah sering dikaitkan justeru bersedekah pada bulan Syaaban juga digalakkan. Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa dan ada yang disebut secara umum. Oleh itu, kita disarankan untuk melihat kedudukan hadis berkaitan Syaaban sama ada sahih, baik, hasan, lemah atau ada yang direka. Semuanya menjadi perbincangan akademik ulama hadis.


Walaupun kedudukan hadis tidak mencapai tahap hadis sahih, jika dipadankan dengan pelbagaikan riwayat yang banyak, ia boleh dijadikan panduan untuk menyuntik semangat motivasi beribadat. Imam Hasan al-Banna berkata: "Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama ke arah mencapai perkara yang sebenar tanpa usaha itu membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub kepada sesuatu pihak."


Amal ibadah yang dilakukan secara berterusan menjadikan jiwa kita sentiasa tetap. Perbanyakkan memohon keampunan daripada Allah SWT kerana ramai yang masih alpa dengan segala dosa dilakukannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepadaNya supaya ia baik sehingga ke suatu masa tertentu dan akan memberi kamu kesenangan hidup yang baik sehingga ke suatu masa tertentu dan akan memberi kepada setiap orang yang ada kelebihan itu dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya Aku bimbang kamu akan beroleh azab hari Kiamat yang besar." (Surah Hud: 3)


Kesimpulannya, ambillah peluang untuk mencari keredaan Allah SWT dan menebus segala dosa atas segala kesalahan lalu kerana jiwa orang beriman akan lebih dekat ketika hampirnya bulan Ramadan.

Rabu, 4 Jun 2014

Saya dah besar mama ayah......



Sekarang kalau  tengok tv tak perlu baring lagi dah boleh meniarap dan dah faham sampai tergelak2 kalau tengok crite kartun..


Bawa jalan2 g shopping barang dapur mama dah boleh duduk kat troli kalau dulu asyik mama dan ayah kena letak kat kereta sorong aje. Baring dan tidur. Sekarang dah x lagi.


Boleh teman mama, ayah dan kakak long g makan makanan kegemaran keluarga saya KFC. Dah boleh duduk semeja dengan ayah, mama dan kak long.

Selasa, 3 Jun 2014

Lepak2 di R&R Tapah....

Assalammualaikum......


Jumaat lepas serombolan cik Kiah ke Perlis untuk majlis pertunangan dan pernikahan. Bertolak hari Jumaat pagi sampai perlis 12 malam. Mak aiiiiiiiiiiiiiiii punyalah jauh ok lagi kalau jauh tapi jem teruk. Masuk lebuhraya guthrie dah jem. Huhuhuhu memang masak kami dalam kereta tu. Masuk aje lebuhraya plus kat Perak tu ada treller melintang dan kemalangan. Memang berasap kami yang dalam kereta tu. Nasib baik hari tu cuaca baik tak panas sepanjang jalan hujan dan redup. Sejuk sikit dalam kereta. Nasib kami lah melalui lebuhraya utara selatan time cuti sekolah. Kami dah agak dah mesti jem teruk punya. Tak palah nak buat macamna majlis nak dilangsungkan masa time cuti sekolah. Redha ajelah. Yang penting dah selamat sampai dan selamat balik semula Banting/KL. Majlis pun dah selesai cuma untuk persandingan nanti di buat pada bulan Ogos nanti. Tak palah masa tu bukan cuti sekolah. Mungkin jalan xlah jem seperti hari tu. InsyaAllah.

Sampai aje kat R&R Tapah. Rehatkan badan sekejap, solat dan makan tengahari. Apalagi melayanlah kerenah my 3 kesayangan kami semua ni. Hilang segala penat kami semua. Terima kasih sayang menghiburkan hati kami dengan gelegat 3 beradik ni. LOVE YOU..









Kau dah kenapa sayang.................dah penat dan rimaslah tu dok lama sangat dalam kereta...macam2 gelagat sayang buat. 




Nak join jugak layan gelagat kesayangan ni...


Isnin, 2 Jun 2014

Ole2 dari Australia...........

Balik2 dari cuti aje atas meja dapat gift dari Australia. Terima kasih Pengarah bagi beg yang comel ni. Dulu pun pernah dapat beg yang comel macam ni dari  Pegawai  yang g bercuti kat sana. Yang lama tu pun dah nak buruk. Macam tau2 aje beg yang lama tu perlu diganti. Dapat juga coklat dari Australia. 


Suka sangat2 dengan gift ni.......

Rabu, 28 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - SUMBER MAKANAN HARAM TIDAK BAWA KEBERKATAN

Penciptaan sumber alam yang amat luas dan tidak terhad itu adalah bagi tujuan kemudahan dan kegunaan manusia. Meskipun manusia dibenarkan menggunakannya namun ia tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya manusia mesti memahami etika dan peraturan penggunaan yang Alalh SWT tetapkan. Salah satu etika dan peraturan itu ialah makan makanan dari sumber yang halal.


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai Rasul makanlah daripada benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal soleh, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Mu'minun: 51)


FirmanNya lagi yang bermaksud: "wahai orang yang beriman. makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadah kepadaNya."(Surah a-Baqarah: 172)


Rasulullah SAW bersabda mengenai lelaki yang jauh perjalanannya, rambutnya kusut masai lagi berdebu, dua tangannya menadak ke langit memohon doa: "Wahai Tuhan! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dibekalkan dengan bahan-bahan haram maka bagaimana doanya diperkenankan."(Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)


Memakan makanan yang halal dan suci mempunyai hubungan yang erat dengan amalan kebaikan sebaliknya memakan makanan yang haram dan kotor tidak mendatangkan keberkatan sekali gus menjauhkan seseorang itu daripada Allah SWT. Sahl bin Abdullah berkata, "Keselamatan itu terletak pada 3 perkara iaitu makan makanan yang halal, melaksanakan perkara fardhu atau wajib dan mencontohi Nabi SAW."


Abu Abdullah al-Sajiy atau nama sebenarnya Saíd bin Yazid berkata, "Kesempurnaan ilmu itu terletka pada 5 perkara iaitu mengenali Allah, mengetahui kebenaran, melakukan sesuatu amalan dengan ikhlas kerana Allah, beramal mengikut al-sunnah dan makan makanan yang halal. Sekiranya salah satu dari lima perkara ini gugur maka sesuatu amalan yangdilakukan itu tidak diangkat atau tidak diterima."


Penggunaan sumber alam hanya terhad keapda yang baik-baik dan halal saja. Hal ini disebabkan oleh matlamat akhir kehidupan manusia adalah untuk mencapai keredaan Allah SWT. Tidak mungkin matlamat ini jika tercapai jika aspek penggunaan sumber ini tidak diambil berat.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa-apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu."(Surah al-Baqarah : 168)

Selasa, 27 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - ISRAK MIKRAJ UJIAN AKIDAH UMAT ISLAM

Tanggal 27 Rejab mengingatkan umat islam peristiwa israj dan mikraj, satu sejarah yang penting dalam kehidupan Baginda SAW. Malngnya meskipun peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita setiap kali sambutan Israk Mikraj, roh dan inti pati disebalik peristiwa itu masih tidak meresap dalam jiwa masyarakat islam kini. Mereka seolah-olah masih tercari-cari suatu jalan menuju kebenaran sehingga terkadang keliru disebabkan suasana masyarakat yang sentiasa menjadikan dunia sebagai wadah perjuangan. Peristiwa ini adalah noktah penting dalam menyampaikan seruan dakwah diperingkat awal dakwah Islamiyah.


Inilah penapisan pertama bagi mereka yang beriman terhadap kebenaran Islam. Di sinilah bermulanya ujian Alalh SWT terhadap akidah umat islam sehingga ramai yang telah gagal dalam ujian ini apabila mereka mengingkari kebenaran peristiwa Israk Mikraj. Maka muncullah sahsiah individu Muslim yang tulen seperti Abu Bakar dan sahabt yang lain. Perjalanan dari MasjidilHaram ke Masjidil Aqsa hingga ke Sidratul Muntaha adalah perjalanan di luar jangkauan akal manusia yang memisahkan mereka yang benar-benar beriman dengan Allah SWT dan mereka yang munafik.


Segala-galanya telah dirakamkan oleh Alalh SWT dalam surah Israk. Apabila berbicara mengenai mengenai peristiwa Israk dan Mikraj kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibrail dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada 2 fasa. 


PERTAMA

Israk ialah perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari MasjidilHaram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin


KEDUA

Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Israk:1)


Hanya dengan keimanan yang jitu serta kenyakinan mantap terhadap agama saja dapat menilai peristiwa Israk Mikraj sebagai suatu kebenaran daripada Allah SWT. Hakikat sebenar adalah kekuasaan Alalh SWT mengatasi segala kemampuan akal manusia yang amat terbatas. Kita mengetahui masa seruan dakwah di Makkah telah menghadapi ujian getir serta tentangan hebat daripada pihak Musyrikin Quraisy. Tekanan ini bertambah parah dengan berlakunya peristiwa Taif yang menyayat hati apabila Baginda SAW cedera akibat dibaling batu oleh penduduk Taif.


Di sinilah kita dapat melihat munajat seorang mukmin adalah senjata utama dalam dakwah. Baginda SAW menadah tangan berdoa dengan doa masyur: "Wahai Tuhan, sesungguhnya aku mengadu mengenai kelemahan diriku ini dan betapa hinanya aku dalam kalangan manusia, Engkaulah Tuhan yang akan membantu golongan yang lemah dan tiada lagi tempat mengadu selain daripada diriMu. Jika ujian ini tidak mengundang kemurkaanMu maka aku terima dengan dada terbuka."


Keyakinan terhadap kebenaran adalah kunci kepada kesanggupan jiwa untuk berkorban dengan bayaran harga yang tinggi terhadap kebenaran itu. Justeru sifat dendam perlu dikikis daripada sanubari umat islam kerana ia tidak dapat membantu dalam urusan dakwah. Ini dapat dilihat apabila malaikat menawarkan diri untuk meruntuhkan dua bukit bagi menghancurkan penduduk Taif. Namun, Baginda menjawab dengan ungkapan yang penuh bermakna. Sabda Baginda SAW: "Sesungguhnya aku mengahrapkan daripada kelahiran yang akan datang daripada zuriat mereka seorang insan yang akan menyembah Alalh SWT suatu hari nanti. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."


Sifat putus asa juga perlu dihindarkan bagi menjamin kejayaan yang cemerlang di amas hadapan. Peristiwa itu antara mukadimah kepada perjalanan israk mikraj, ganjaran Allah SWT menggantikan kesedihan Baginda SAW terhadap kehilangan insan yang menjadi roh perjuangan baginda. Penghormatan yang dianugerahkan Allah SWT kepada Baginda SAW lebih jelas apabila Baginda diundang untuk mengimami semua nabi-nabi ketika solat di Baitulmaqdis seterusnya menjadi tetamu Allah SWT ke langit.


Dengan itu lengkaplah gambaran kekuasaan Allah SWT di langit dan bumi bagi menzahirkan keagunganNya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Penglihatannya (Muhamamd) pada malam itu amat jelas. Sesungguhnya dia telah melihat tanda kekuasaan Tuhannya yang amat besar."(Surah an-Najm: 17-18).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...