Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 22 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - KETIKA MAAF TIDAK DI TERIMA

~~•*•~~ Saat Maaf Kita Ditolak ~~•*•~~

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 

Masya ALLAH..
Sahabat Saudara fillah...Sungguh Islam ini sempurna saudaraku....
Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam telah memberi gambaran jelas tentang jawapan dari pertanyaan ini.

Dari Abu Ayyub Radliyallaahu 'anhu, Rasulullah Shallallaahu Alaihi wa Sallam bersabda:
 "Tidak halal bagi muslim memutuskan persahabatan dengan saudaranya lebih dari tiga malam. Mereka bertemu lalu seorang berpaling dan lainnya juga berpaling. Yang paling baik di antara keduanya ialah dimulakan dengan mengucapkan salam". (Muttafaq Alaihi)
Sederhananya, ketika kita telah mengutarakan penyesalan kita dan meminta maaf atas kesalahan kita kepada yang terlibat maka kita terlepas dari ancaman dosa. Tentu setelah kita menunaikan hak-hak dari orang yang kita minta maafnya. Namun jika yang diminta maaf itu tidak menjawab salam kita maka ia tetap berdosa dan kita telah berlepas diri.
Imam Nawawi menjelaskan dalam Riyadhussalihin,
Dalam Hadits dari sanad lain dari Dari Abu Hurairah radiyallahu anhu bahawasanya Nabi Shalallahu Allaihi wa Sallam bersabda:
 "Tidak halallah bagi seorang mukmin itu meninggalkan (yakni tidak menyapa) seorang mukmin lainnya lebih dari tiga hari. Jikalau telah berjalan lebih dari tiga hari maka hendaklah menemuinya dan mengucapkan salam padanya. Jikalau yang diberi salam itu membalas ucapan salamnya maka keduanya telah bermaafan (yakni sama-sama) memperoleh pahala tetapi jikalau yang diberi salam itu tidak membalas padanya maka ia telah kembali dengan membawa dosa sedang yang sudah memberi salam itu telah keluar dari sebutan meninggalkan (yakni tidak dianggap bahawa ia tidak menyapa)."
Hadits di atas diriwayatkan oleh Imam Dawud dengan isnad hasan.
Imam Abu Dawud berkata:
"Meninggalkan (yakni tidak menyapa) ini kalau kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala (misalnya yang tidak disapa itu seorang fasik atau suka kebid'ahan dan lain-lain yang tidak dibenarkan menurut agama) maka dalam hal yang sedemikian itu tidak ada dosanya sama sekali."
Insya Allah,
Setelah kita mampu memaafkan atau mengulurkan tangan meminta maaf kita akan mendapati ruang lebih lapang. Di sana kita tidak memiliki lagi batasan ruang-ruang dalam hidup kita. 
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu
Rasulullah Shallallaahu Alaihi wa Sallam bersabda: 
"Janganlah kalian saling hasut menghasut, saling najsy (memuji barang dagangan secara berlebihan), saling benci, saling berpaling dan janganlah sebahagian di antara kalian berjual beli kepada orang yang sedang berjual beli dengan sebahagian yang lain dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menganiaya, tidak mengecewakannya, dan tidak menghinanya. Takqa itu ada di sini beliau menunjuk ke dadanya tiga kali. Sudah termasuk kejahatan seseorang bila ia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim bagi muslim lainnya adalah haram baik darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim) Maaf adalah kemenangan besar bagi manusia dan kekalahan besar bagi Iblis Musuh nyata manusia yang bersembunyi dalam hati dan menyelinap dalam darah.
Wallahù'alam bíshawab Wabíllahí taùfík walhídayah,

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN SOLAT DHUHA




Khabar Gembira Bagi Pengamal Solat Dhuha.....

Sahabatku Fillah Rahimakumullah, sudahkah kamu membiasakan solat dhuha? Bacalah berita gembira dari Rasulullah bagi yang sentiasa mengamalkan solat dhuha.

"Setiap pagi, setiap sendi salah seorang di antara kalian harus (membayar) sedekah, maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar ma’ruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah, sungguh dua raka’at dhuha sudah mencukupi semua hal tersebut” (HR Muslim).
Dari Abu Hurairoh, kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku dengan puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir sebelum tidur. (Bukhari, Muslim, Abu Dawud).
“Barang siapa solat Dhuha 12 rakaat, Allah akan membuatkan untuknya istana di syurga” (H.R. Tarmiji dan Abu Majah).
“Siapapun yang melaksanakan solat dhuha dengan rutin, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu sebanyak buih lautan.” (H.R Turmudzi).
“Solat dhuha itu (shalatul awwabin) solat orang yang kembali kepada Allah setelah orang-orang mulai lupa dan sibuk bekerja, iaitu pada waktu anak-anak sibuk untuk bangun kerana mulai panas tempat berbaringnya". (HR Muslim).
Allah memberkahi waktu dhuha dengan surah Adh Dhuha...
Sahabatku, marilah kita membiasakan solat dhuha walau hanya dua rakaat.
Semoga kita semua mempunyai sifat" yang berakhlak mulia yang sentiasa takut akan dosa dan menjauhi semua laranganNya.
Aamiin Allahumma Aamiin....

1 HARI 1 AYAT - BERIKANLAH HATI KEPADA ALLAH

Jika seorang hamba benar-benar memberikan tempat kepada Allah dalam hatinya, Allah akan memberikan tempat baginya di dalam hati sesamanya. Wahai saudaraku, tinggikan dan muliakanlah perintah Allah di mana saja nescaya Allah akan menjadikanmu mulia di mana saja engkau berada. Kesabaran itu salah satu dari berbagai harta simpanan yang baik. Allah tidak memberikannya kecuali kepada hamba yang mulia di sisi-Nya. Allah merahmati seorang hamba yang berhenti saat terlintas keinginannya. Jika itu dilakukan untuk Allah, maka ia lanjutkan jika tidak, ia tunda. Seorang hamba masih dalam keadaan baik selama ia menyedari dan mengetahui sesuatu yang merosak amal-amalnya. Kebaikan itu memberi cahaya dalam hati, melahirkan kekuatan bagi tubuh dan membuka pintu rezeki. Sementara keburukan akan menggelapkan hati, melemahkan tubuh dan mempersulitkan datangnya rezeki.
 Akhlak yang baik adalah wajah berseri-seri, kemurahan hati dan menahan diri dari perbuatan yang menyakiti orang lain. Apabila engkau mendapatkan perkataan baik dari seseorang, tunggulah sebentar. Jika ia menyesuaikan perilaku dengan perkataannya, itulah kenikmatan terindah. Jadikanlah ia saudaramu, cintai dan kasihi dia. Akan tetapi, jika perkataannya tidak sesuai dengan perbuatannya, apalagi yang tersembunyi darinya kepadamu? Hati-hatilah kepadanya. Jangan sampai ia menipumu.
Ahli solat Tahajud itu wajahnya indah di pandang mata. Bagaimana tidak, mereka telah bertahajud dengan Yang Maha Rahmân, kemudian Dia memberikan cahaya-Nya kepada orang tersebut. Ketika badan sihat dan hati senang, semua orang mengaku beriman. Namun setelah datang cubaan barulah diketahui benar tidaknya pengakuan itu. Orang yang ingin permintaannya cepat dikabul dan tidak sabar menunggu, itulah orang yang lemah iman.
Seorang Mukmin adalah pemimpin bagi dirinya dan selalu menghisab dirinya. Sesungguhnya, Allah akan meringankan hisab di akhirat atas suatu kaum kerana hisab yang mereka lakukan di dunia. Tidaklah fajar hari ini terbit, kecuali ia akan memanggil, “Hai anak Adam, aku adalah ciptaanmu yang baru dan aku menjadi saksi atas pekerjaanmu. Maka mintalah bekal kepadaku, kerana aku tidak akan kembali hingga hari Kiamat apabila aku telah berlalu.”
Sesungguhnya, engkau hanyalah kumpulan hari-hari, setiap kalian berlalu akan berlalu pula bahagian umurmu. Waspadalah engkau dari menunda pekerjaan, kerana engkau berada pada hari ini bukan pada hari esok. Kalaulah esok hari menjadi milikmu, maka jadilah engkau seperti pada hari ini. Kalau esok tidak menjadi milikmu, niscaya engkau tidak akan menyesali apa yang telah berlalu dari harimu. Hari kelmarin yang sudah berlalu, kita tidak mungkin lagu untuk mengubahnya. Hari esok di hadapan, kita tidak tahu apakah kita masih memiliki kesempatan di dalamnya. Dan hari ini, kesempatan bagi kita untuk beramal soleh. Maka, beramallah sebanyak-banyaknya. Perbanyaklah istighfar di mana pun kalian berada, kerana sesungguhnya kalian tidak mengetahui bilakah turunnya ampunan Allah.

Ahad, 21 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - JANGANLAH MENCARI TAPI MENJADILAH...

Janganlah MENCARI tapi MENJADILAH

Sebahagian lelaki berkata," Betapa susahya menemukan Wanita Solehah di zaman sekarang." Dan sebahagian wanita juga berkata," Betapa susahnya mencari Lelaki Soleh saat ini."
Mungkin pernyataan di atas ada benarnya juga walaupun tidak mutlak, akan tetapi yang lebih penting alangkah baiknya kalau pernyataan tersebut kita tujukan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum diucapkan kepada orang lain.
" Sudah menjadi Lelaki Solehkah diriku? Sudah menjadi Wanita Solehahkah diriku? "
Kadang kita terlalu sibuk untuk menilai orang lain sehingga kita lupa menilai diri sendiri. Kita terlalu sibuk MENCARI pasangan yang menurut kita Soleh atau Solehah. Kita terlalu sibuk MENCARI pasangan yang baik. Sementara kita sendiri lupa untuk berusaha MENJADI pasangan yang Soleh atau Solehah.
SEHARUSNYA...Muncul satu pertanyaan," Sudah sediakah kita berharap untuk mendapatkan pasangan yang Soleh atau Solehah?" Jawapannya terpulang pada diri kita masing-masing. Jangan bermimpi mendapatkan Lelaki Soleh kalau masih belum mampu menjadi Wanita Solehah. Jangan bermimpi mendapatkan Wanita Solehah kalau belum mampu menjadi Lelaki Soleh.
Sebuah ungkapan yang TEPAT Insya ALLAH...Tak perlu bersusah payah untuk MENCARI yang Soleh atau Solehah. Tapi MENJADILAH Soleh atau Solehah terlebih dahulu.....Kerana apa? 
Kerana ALLAH AZZA WA JALLA telah menyiapkan pasangan yang sesuai dengan jati diri kita. Yang sesuai dengan keperibadian kita. Yang sesuai dengan kadar keimanan dan ketakwaan kita.
Sahabat Ingat, lelaki baik untuk wanita yang baik  begitu juga sebaliknya. Itulah ketetapan-Nya! 
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).” (QS.An-Nur:26).
Jangan MENCARI tapi MENJADI......jangan mencari yang baik tapi jadilah yang baik jangan mencari yang soleh tapi jadilah akhwat solehah....jangan mencari yang solehah, tapi jadilah ikhwan soleh...kerana walaupun kita mencari tapi diri kita tidak menjadi Allah tidak akan memberikan......namun jika kita menjadi tanpa mencaripun Allah sudah menyiapkan kerana untuk masalah jodoh, ALLAH akan memberikan sesuai dengan keperibadian & kadar keimanan kita. 
Semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan. Sedari bahawa apa yang kita dapatkan hari ini adalah yang terbaik menurut ALLAH & jangan pernah ragu kerana kesedaran itu akan menjadikan kita nikmat menjalani hidup ini.
“Janganlah kamu mencintai seseorang dengan cara yang berlebihan kerana boleh jadi suatu ketika nanti kau akan membencinya. Begitu pula dengan benci, janganlah kamu membenci seseorang dengan mendalam kerana boleh jadi pada suatu hari nanti kamu akan mencintainya” (Ali bin Abi Thalib ra). 
Berusaha mencari orang yang baik-baik dan soleh untuk di jadikan pasangan hidup memang suatu yang baik. Tetapi lebih baik menjadikan diri sendiri orang yang baik terlebih dahulu sebelum memberi selembar kriteria sebagai calon pendamping, lebih baik kita dulu diutamakan dalam mempelajari Agama Islam dan Mengamalkannya....Berusahalah menjadi yang baik kepada yang lebih baik.
Jika mahu mendapatkan pasangan yang soleh, kurangkan ''Agenda mencari yang soleh", tetapi berusahalah menjadi peribadi solehah.
Jika inginkan pasangan yang solehah, janganlah cerewet mencari si solehah tetapi berusahalah menjadi peribadi yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.
Bertemu yang soleh, solehnya boleh saja ia berubah.
Kerana hakikatnya hati, bergelombang, pasang surut dan sering terbawa arus maka dari itu belajar memperbaiki diri, menghindari diri dari berdua-duaan dan berusaha menjaga diri dalam keseorangan mencari penyelesaian dari setiap permasalahan yang terjadi belajar mendewasakan diri, kerana menikah bukan semata-mata melepaskan nafsu namun dituntut secara halal segala aspek untuk mewujudkan keluarga Samara bukannya tanpa konflik, tapi jadikan setiap masalah sebagai modal kita memperbaiki diri di masa hadapan, belajar dari kesilapan, memelihara hati, memelihara emosi juga menangani konflik.
Ingatlah  Sebelum Engkau Halal Bagiku. 
Kerana si soleh & solehah adalah insan BIASA. Pernikahan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, Bukannya MENCARI! 
Mari kita "Membangun Rumah Tangga" mulai dari sekarang!
Perbaiki diri, mulai dari diri sendiri, hingga Allah Azza Wa Jalla mempertemukan kita dengan jodoh terbaik dari sisi-NYA untuk kita.

Sahabat tunggu apa lagi?....Marilah bermula dari diri sendiri dulu untuk menjadi baik. Tak perlu menunggu orang lain menjadi baik. Dan tak perlu terlalu sibuk untuk menilai orang lain yang pada akhirnya kita lupa untuk menilai diri sendiri.

YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH YANG TAK SEMPURNA DAN LEMAH ITU DARI DALAM DIRI KITA SENDIRI................Renung-renungkanlah dan selamat beramal


~ ...Biarkan aku KHABARKAN padamu bahawa aku cuma GADIS BIASA, aku bukan bidadari kayangan yang sempurna...aku bukan rupawan dari hikayat dongeng, yang sangat jelita...aku cuma gadis biasa, hidupku pun bukan hanya indah dan bahagia...~~...Biar aku ingatkan kamu, bahawa aku bukan bidadari yang turun ke bumi...dengan kejelitaan dan kesempurnaan yang kamu impikan...BUKALAH MATA, kamu pun bukanlah putera impian dari cerita dongeng...
~>>> Maka mengapa tidak kita sama-sama MEMPERBAIKI DIRI? Dari sibuk menuding jari pada ketidaksempurnaan masing-masing? Aku dan kamu sama sahaja pada PANDANGAN ILLAHI...maka, pimpinlah aku, NASIHATKANLAH aku..sungguh, aku BUKANLAH WANITA YANG SEMPURNA..♥♥

Khamis, 18 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - CIRI-CIRI WANITA SYURGA

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari~bidadari saja yang menjadi penduduk syurga. Bagaimana dengan isteri-isteri kaum mukminin di dunia wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum mukminin yang beriman kepada Allah dan RasulNya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk syurga lain nanti tentu ianya sesuai dengan amal mereka selama di dunia. Tentu setiap wanita muslimah ingin menjadi ahli syurga pada hakikatnya wanita ahli syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan RasulNya..

Seluruh ciri-ciri wanita merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri~ciri wanita ahli syurga tersebut adalah:- 
1.   Bertakwa 
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Kiamat dan Beriman kepada Takdir yang Baik mahupun yang Buruk.
3. Bersaksi bahwa tiada Allah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadlan dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan iaitu beribadah kepada Allah seakan akan melihat Allah jika dia tidak dapat melihat Allah dia mengetahui bahawa Allah Melihat diri mereka. 
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah & RasulNya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepadaNya dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepada mereka. 
6. Gemar membaca Al-Quran dan berusaha memahaminya berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar-ma’ruf dan nahi-munkar pada keluarga & masyarakat.
8. Berbuat-baik [ihsan] kepada tetangga, anak-yatim, faqir-miskin, dan seluruh-makhluk, serta berbuat-baik terhadap haiwan ternak yang mungkin dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan [ukhuwah/silaturrahim] terhadap orang yang memutuskannya memberi kepada orang menahan pemberian kepada diri mereka dan memaafkan orang yang menzalimi mereka. 
10. Berinfaq, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
 11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk. 
12. Menjaga lisan mereka dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan [aib] orang~lain [ghibah].
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepada mereka. 
14.  Berbakti kepada kedua orang tua.
15. Menyambung silaturrahim dengan kaum kerabat mereka, sahabat terdekat & terjauh.

SUBHAANALLAAH
Allah Ta’ala berfirman:
**...barang siapa taat kepada Allah dan RasulNya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga~syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar** [Q.S. An~Nisaa’ : 13]

Dari Abdurrahman bin Auf, Rasulullaah bersabda:
**jika seorang wanita menjaga shalat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menutup aurat & menjaga kehormatannya, mentaati suaminya, maka dikatakan padanya masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai**

Rabu, 17 Oktober 2012

TERAPI MINDA - KISAH MANGKUK CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

... KISAH MANGKUK CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT ...

BismillahirRahmaanirRahim ... Baginda Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a.

Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu.

Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Begitulah kalimat-kalimat indah yang diucapkan, sebagai pelajaran bagi umat.

Wallahua’lam bish Shawwab ....
Barakallahufikum ....

Selasa, 16 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - PAKAIAN WANITA DI MATA LELAKI

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ...Allah telah menjadikan setiap kejadian ini berpasang-pasangan. Malam pasangannya siang , rajin pasangannya malas, tidur pasangannya jaga dan lelaki pasangannya perempuan.

Disebabkan perempuan pasangannya lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat sesungguhnya ini ada hubungkaitnya dengan nafsu. Ia ada pula perkaitannya dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu mestilah dikawal dengan iman. Tetapi untuk mendapatkan iman mestilah menurut perintah ALLAH dan RASUL serta menjauhi segala kemungkaran.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa ye?? Semua orang tahu apa maksudnya. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak di kawal dengan iman. Jadi mata lelaki ini selalu menjalar apabila terpandang seorang wanita. Setiap bentuk badan wanita akan dihayati oleh seorang lelaki dengan pelbagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki melihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihat oleh seorang lelaki adalah rambut perempuan itu. Sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu dah ditutup, maka mata lelaki ini akan turun ke bawah melihat lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Seterusnya mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk dadanya sebab itulah wanita berkewajipan untuk menutup dadanya dengan melabuhkan tudung. Setelah itu, mata lelaki ini akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, sebab itulah wanita perlu dan wajib untuk melabuhkan pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya. Kemudian mata lelaki ini akan turun lagi melihat pula bentuk punggungnya maka wajiblah wanita itu untuk membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan dan lelaki ini seterusnya akan melihat bentuk pehanya. Maka janganlah sesekali wanita ini memakai kain yang agak ketat hingga nampak bentuk pahanya.

Mata lelaki ini akan turun lagi melihat kepada kaki perempuan. Oleh itu wajiblah seorang wanita itu memakai stoking yang warnanya tak sama sekali dengan warna kulit kita. Tolonglah..agar mata-mata lelaki ini tak berdosa. Sesudah itu mata lelaki ini akan kembali semula ke atas. Menengok pula bentuk tangan yang cantik pada pandangan mata lelaki. Maka tolonglah wahai muslimah semua labuhkanlah tudung kita menutupi bentuk tangan kita. Tak pun pakailah sarung lengan yang ada sekarang ini lebih afdal.

Wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya kerana ia akan menimbulkan fitnah kecualilah jika kamu nak meminangnya. Dan kalau wanita tu sangat soleh, takut muka yang cantik tu akan menimbulkan fitnah..maka berpurdahlah jika itu lebih baik buat kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu jenis penyakit lagi iaitu mata lelaki ini akan tertangkap secara spontan bila ternampak warna yang terang. Oleh itu wanita sekalian janganlah pakai pakaian yang warnanya terang sangat kalau nak pakai pun pakailah untuk suami kat umah. Lebih selamat.

Itulah wahai sahabiah semua berkenaan dengan mata lelaki ini. Bila dah tutup aurat itu jangan pulak ingat tugas kita dah selesai. Kenalah pula kita menjaga kehormatan diri kita. Jangan keluar seorang diri. Keluarlah dengan mahram. Mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah walau muslimah tu dah menutup aurat. Insya Allah selamat duniawi ukhrawi.

Ingatlah, apa yang ada pada seorang wanita tu tiada pada lelaki. Itulah istimewanya wanita maka peliharalah ia sebaik mungkin dan serahkan saja itu semua kepada yang halal iaitu untuk suami. Ingatlah, hukum Allah tu adalah untuk kebaikan kita jua. Tiada ruginya pada Allah tapi amat malang jika kita melanggarnya. Dan pada kaum lelaki, mata kamu tu wajib untuk tak mencuri melihat wanita ajnabi dan dilarang sangat sangat oleh Allah dan Rasul.

Sesungguhnya pandangan antara lelaki dan wanita yang ajnabi adalah salah satu daripada panahan syaitan. Ingat, wanita dijadikan dari rusuk lelaki, bukan dari kepala sebagai atasnya dan bukan dari kaki sebagai alasnya. Tetapi dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi.

Berkorban kerana Allah membuatkan kita tak terasa kehilangan harga diri malah mendapat ketenangan dan kebahagiaan hakiki..InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...