Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 8 Ogos 2012

TERAPI MINDA - KISAH-KISAH TELADAN


KISAH 1 - MEMBUAT SYAITAN MARAH

Allah swt menyukai jika kita membuat perkara-perkara yang syaitan membenci atau tidak suka. Pernah seorang lelaki yang soleh mempunyai seekor kambing dan dibela oleh hamba abdinya. Setiap hari si hamba mengembala kambing itu ke padang ragut dan di masukkan ke dalam kandangnya apabila hari menjelang malam.

Pada suatu hari lelaki soleh itu ternampak kambingnya itu hilang sebelah kaki. Akibatnya kambing itu berjalan tempang dan bertatih-tatih. Dia berasa sungguh kasihan namun juga hairan. Bagaimana kambingnya boleh menjadi begitu? Dia pun bertanya kepada hambanya.

Saya yang menyebabkan kakinya menjadi begitu, tuan." Subhanalallah...mengapa?" tanya lelaki soleh itu. " Sengaja saya berbuat begitu. Saya ingin membuat hatimu marah." Si hamba itu menjawab dengan selamba. " Baiklah sekarang biar saya pula membuat syaitan yang menyuruhmu berbuat kejahatan menjadi sakit hati," kata lelaki soleh itu. Si hamba hairan dengan tindakan tuannya. Hendak membuat syaitan marah?

" Sekarang saya memerdekakan kamu semata-mata kerana Allah swt. Pergilah." Si hamba terkejut namun gembira dengan tindakan orang yang soleh itu. Ternyata tuannya ini memiliki kesolehan yang tinggi. Orang soleh ini bukan sahaja dapat mengawal kemarahan malah membuat kebaikan pula kepada orang yang sepatutnya di marahi.

KISAH 2 - KEJUJURAN SYEIKH ABDUL QADIR JAELANI

Syeikh Abdul Qadir semasa berusia 18 tahun meminta izin ibunya merantau ke Baghdad untuk menuntut ilmu agama. Ibunya tidak menghalang cita-cita murni Abdul Kadir meskipun keberatan melepaskan anaknya berjalan sendirian beratus-ratus batu. Sebelum pergi ibunya berpesan supaya jangan berkata bohong dalam apa jua keadaan. Ibunya membekalkan wang 40 dirham dan dijahit di dalam pakaian Abdul Kadir. Selepas itu ibunya melepaskan Abdul kadir pergi bersama-sama satu rombongan yang kebetulan hendak menuju ke Baghdad.
Dalam perjalanan, mereka telah diserang oleh 60 orang penyamun. Habis harta kafilah dirampas tetapi penyamun tidak mengusik Abdul Kadir kerana menyangka dia tidak mempunyai apa-apa. Salah seorang perompak bertanya Abdul Kadir apa yang dia ada. Abdul Kadir menerangkan dia ada wang 40 dirham di dalam pakaiannya. Penyamun itu hairan dan melaporkan kepada ketuanya. Pakaian Abdul Kadir dipotong dan didapati ada wang sebagaimana yang diberitahu.
Ketua penyamun bertanya kenapa Abdul Kadir berkata benar walaupun diketahui wangnya akan dirampas? Abdul Kadir menerangkan yang dia telah berjanji kepada ibunya supaya tidak bercakap bohong walau apa pun yang berlaku. Apabila mendengar dia bercakap begitu, ketua penyamun menangis dan menginsafi kesalahannya. Sedangkan Abdul Kadir yang kecil tidak mengingkari kata-kata ibunya betapa dia yang telah melanggar perintah Allah sepanjang hidupnya. Ketua penyamun bersumpah tidak akan merompak lagi. Dia bertaubat di hadapan Abdul Kadir diikuti oleh pengikut.


KISAH 3 - TAUBAT SEORANG PEMILIK ROTI

Diriwayatkan dari Abu Burdah;
Ketika menjelang wafat Abu Musa sempat berkata kepada putranya, “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seorang pemilik roti.

Dahulu di sebuah pertapaan ada seorang laki-laki tekun beribadah selama 70 tahun. Dia tidak pernah meninggalkan pertapaannya, kecuali pada hari-hari tertentu. Kemudian suatu ketika dia digoda oleh seorang wanita hingga dia pun terjatuh dalam pujuk rayunya, bahkan sempat tinggal bersama selama 7 hari sebagaimana layaknya suami isteri. Setelah dia sedar dan taubat, maka ditinggalkannya pertapaan tersebut dan setiap kali melangkahkan kakinya sentiasa diikutinya dengan solat dan bersujud. Sampailah dia di sebuah kedai yang di dalamnya terdapat 12 orang miskin, sang pertapa itu pun bermaksud bermalam di sana. Kerana tidak kuat menahan rasa letihnya dari sebuah perjalanan yang cukup panjang, akhirnya dia tertidur di antara beberapa lelaki miskin dalam kedai tersebut.

Sementara itu, di sekitar kedai tersebut hiduplah seorang pendeta yang setiap malam selalu mengirimkan beberapa potong roti kepada penghuni kedai dengan masing-masing orang mendapatkan sepotong. Suatu ketika datang pula pemilik roti lainnya yang juga membahagi-bahagikan roti kepada setiap penghuni kedai sepotong-sepotong dan pertapa yang bertaubat yang melintas di depannya juga diberinya, karena dikira sebagai orang miskin sebagaimana penghuni lain dari kedai itu.

Salah seorang di antara orang-orang miskin ada yang tidak kebagian roti dari pemilik roti tersebut, dan berkatalah dia kepadanya, “Mengapa anda tidak memberikan roti ini kepadaku?”
“Anda lihat sendiri, apakah aku menyimpan roti untuk anda? Cuba tanyakan kepada mereka, adakah salah seorang dari mereka yang kuberi roti sampai dua potong?” tanya pemilik roti itu.
“Tidak,” jawab para penghuni kedai serempak.
“Demi Allah, pada malam ini aku tidak akan memberikan sedikit pun roti kepadamu!” jawab pemilik roti itu.

Kemudian lelaki yang bertaubat itu bermaksud mengambil roti yang telah diberikan kepadanya tadi untuk diberikan kepada orang yang tidak kebahagian roti tersebut. Lalu keesokan harinya orang yang bertaubat itu meninggal dunia, dan ditimbanglah amal ibadah selama 70 tahun dengan kemaksiatan (dosa) yang dilakukannya selama 7 malam. Akan tetapi, ternyata amal ibadat selama 70 tahun itu terkalahkan dengan dosa akibat perbuatannya selama 7 malam, dan ketika dosa perbuatannya selama 7 malam itu ditimbang dengan sepotong roti, amal sepotong roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama 7 malam itu.”

Abu Musa lalu berkata, “Wahai anakku, ingatlah kamu akan pemilik roti itu!”


Selasa, 7 Ogos 2012

1 Hari 1 Ayat - SYAITAN KALAH DENGAN ORANG YANG IKHLAS

Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83)
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)

Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.
Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini. Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.
Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini ".
Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".

PENGERTIAN IKHLAS :

Rasulullah SAW. bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

1. Ikhlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.
2. Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.
3. Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.
4. Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.
5. Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.
6. Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.
7. Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja.
8. Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas.
9. Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas.
10. Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah.
Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.
Inna solaa ti wa nu suki wamah yaa ya wa mamaa ti lillahi rob bil 'a lamin
Firman Allah, "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162)

Isnin, 6 Ogos 2012

MEMBELAH BELAH HARI RAYA...

Dah habis marathon beli kerepek terus pergi pekan Banting untuk cari baju untuk anak buah kesayangan. Habis satu pasaraya Hari-hari saya masuk kemudian pergi pula pasaraya Ten-Ten, pasaraya MU dan kemudian pasaraya Cempaka. Betul-betul marathon membeli belah.


Baju untuk baby hingga budak 2 tahun. Dapatlah cari baju untuk anak buah yang tersayang IRFAN, IRHAM, TASYA dan SYAFIZ


Baju untuk budak-budak dewasa.

                          

Baju untuk budak perempuan. Memang rambang mata bila tengok baju untuk budak perempuan. Comel-comel dan cantik-cantik belaka tapi tak boleh beli semuanya sebab bujet hanya untuk seorang sehelai.



Peace sebab dah dapat baju raya.

Lepas habis beli baju untuk anak-anak buah temankan mak pula membeli belah. Biasalah kalau mak yang membeli belah sudah tentunya ke arah pinggan mangkuk raya. Memang cantik bekas-bekas untuk isi kuih raya. Setiap tahun beraneka jenis bekas raya daripada plastik, kaca atau pun corell. Pada mak lebih suka bekas plastik kalau jatuh tak pecah katanya.










Cantik-cantikkan semua bekas kuih raya  ni. Kalau boleh nak beli satu untuk bekas kuih raya tahun ni. Tapi tulah bak kata mak guna bekas plastik lagi senang. Seperti raya tahun lepas cucu kesayangan mak IRFAN buat bekas kuih raya tu seperti bola. Bayangkanlah kalau IRFAN buat bekas kaca tu seperti bola. Mahu menangis dibuatnya kalau pecah.

KEREPEK...KEREPEK PART 2

Pagi-pagi sabtu lagi dah bertolak balik dari KL ke Banting. Pukul 8.30 dah sampai banting terus pergi ke kilang kerepek Fazz Enterprise yang terletak di Kampung Sg. lang. Pagi tu sampai pun orang dah ramai. Berpusu-pusu orang sibuk mencari kerepek.


Orang ramai sedang menunggu kerepek pisang yang belum sampai lagi dari kilang. Lori yang membawa kerepek pisang sedang dalam perjalanan.



Ini adalah kerepek yang khas untuk pemborong-pemborong yang suka beli banyak. Mereka akan beli banyak dan bungkus semula untuk di jual kepada pembeli. Kebanyakkan yang dijual dalam 500gm dan sekilo sentiasa habis. Berebut-rebutlah orang ramai bila bahagian pembungkusan membawa kerepek-kerepek yang telah siap di bungkus ke dalam kilang. Tak sempat nak masukkan di rak jualan. Habis macam goreng pisang panas.




Dan beli kerepek tu beli sekali kuih raya. Macam-macam ada kuih raya


Di kaunter pembayaran pun sesak. 3 kaunter dibuka dan orang ramai beratur sepanjang-panjang 3 barisan. Walaupun penuh sesak tapi saya puji bahagian kaunter pembayaran mereka memang cekap dan pantas.



Disebabkan banyak kerepek yang tak ada sebab dah kehabisan di Fazz Enterprise saya pun pula ke kilang yang lain. Saya singgah ke Warisan Usaha Trading yang terletak tak jauh sahaja dari Fazz Enterprise.




Destinasi kedua yang saya singgah untuk mencari kerepek yang kawan-kawan dah order. Alhamdulillah di sini dapat saya cari kerepek yang tiada di Fazz Enterprise.

Ahad, 5 Ogos 2012

CANTIK OH CANTIK......

Kalau sebut pasal kecantikan ini macam-macam pendapat. Setiap orang lain pendapatnya. Ada yang pandang pada luaran sahaja. Di luar nampak cantik, sempurna dan tiada cacat cela. Potongan badan mak aiii, melentik dan bergetah, wajah putih mulus, gebu dan halus. Macam kat iklan-iklan majalah dan suratkhabar yang sentiasa ada mempromosikan produk kecantikan. Bagi setengah-setengah orang Kecantikan pada saya sebenarnya terletak pada hati. Kalau hati kita bersih maka akan terpancarlah kebersihan pada wajah tersebut. Walaupun hakikat luarannya tidak cantik tapi kenapa bila kita pandang seseorang itu kita akan rasa seronok dan tenang. Bak kata orang manis itu ada. Kadang-kadang dengan hanya senyuman pun boleh membuatkan seseorang itu nampak cantik. Pada saya terpulangkan kepada individu itu sendiri. Sebagai manusia kita dibenarkan untuk berusaha kelihatan cantik dan kemas. Dalam islam itu sendiri ada mengatakan Islam suka pada keindahan dan kecantikan. Cuma kita tidak dibenarkan untuk mengubah kecantikan anugerah Allah yang telah diberikan. Kita tidak dibenarkan mengubah atau menambah apa yang dah ada pada kita. Dalam Islam tidak membenarkan umatnya mengubah wajah yang telah sedia ada sepeti meruncingkan dagu, memancungkan hidung, membesarkan mata, mencantikan wajah dengan memakai susuk dan memakai rambut palsu. Dalam islam sendiri sudah ada cara macam nak mencantikkan peribadi kita:
  1. Hiasilah muka dengan air sembahyang nescaya wajah akan sentiasa berseri-seri dan tampak bercahaya.
  2. Berkatalah hanya perkataan yang baik-baik agar kita terhindar dari keji dan umpatan orang.
  3. Bercakaplah hanya perkara yang benar agar kita tidak di salah sangka kelak.
  4. Beristigarlah apabila kita sedang marah nescaya kemarahan itu akan kurang dan hilang.
  5. Tutupilah rambutmu agar terhindar dari pandangan lelaki-lelaki yang merbahayakan.
  6. Salutilah tubuhmu dengan seeloknya sesungguhnya menutup aurat tu dapat menjauhkan diri dari fitnah.
  7. Peliharalah matamu dari memandang perkara maksiat sesungguhnya mata itu permulaan segala perkara.
  8. Terangilah hati dengan ayat-ayat suci Al-Quran nescaya akan hilang segala bintik-bintik hitam di dalam hati kita.
  9. Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
  10. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN.
  11. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
  12. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Semua perempuan nak cantik. Perempuan mana yang tak nak cantik sehingga ada yang sanggup berhabisan ribu-ribuan semata-mata nak cantik. Sanggup menyeksa diri dengan tidak makan semata-mata nak badan cantik. Sanggup tak nak mengandung lagi semata-mata takut badan tak cantik. Pada saya semua itu terletak pada diri sendiri. Sekiranya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita. InsyaAllah kita tidak akan jadi seperti mereka-mereka ini. Setiap manusia dilahirkan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sekiranya kita boleh menerima kelemahan dan kelebihan diri kita dan kita perbaiki apa yang terkurang dan kita tutup kekurangan diri kita dengan kelebihan yang ada. Allah ciptakan manusia dengan ciptaan yang cukup sempurna dan setiap ciptaanNya itu mempunyai kelebihan masing-masing.

SIAPAKAH MILIKI WAJAH YANG CANTIK

Pada hari kiamat kelak Allah swt akan membangkitkan suatu umat daripada kubur mereka dengan wajah yang berseri-seri. Para malaikat bertanya kepada mereka 'Apakah amalan kamu sewaktu di dunia?' Mereka pun menjawab ' Kalau mendengar seruan azan kami terus bangun, bersuci dan tidak mengendahkan pekerjaan lain.' Kemudian terdapat pula suatu umat yang dibangkitkan dengan wajah seperti bulan purnama. Apabila ditanya mereka menjawab, ' Kami berwuduk sebelum tiba waktu solat.' Ada pula suatu umat yang lain yang mana wajah mereka bercahaya seperti matahari. Para malaikat bertanya lalu mereka menjawab: "Setiap kali azan dikumandangkan kami sudah terlebih dahulu berada di dalam masjid.'

“Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut, muliakanlah aku dengan ketakwaan dan cantikkanlah aku dengan kesihatan”.

Jumaat, 3 Ogos 2012

KEREPEK......KEREPEK

Esok nak balik kampung nak round satu Banting cari kerepek. Boleh tahan juga banyaknya kawan-kawan office dan rumah kirim. Cuma yang terfikir dalam kepala ni aje ada lagi ke stok kat kilang tu. Macam raya tahun lepas pergi kilang kerepek...mak aiiiii punyalah ramai umat dok nak beli kerepek bukan sebungkus dua tapi berbungkus-bungkus dan terpaksa beratur panjang dari kaunter pembayaran hinggalah ke dapur pembungkusan. Mereka tu semuanya macam sayalah mungkin kawan-kawan atau saudara mara kirim beli. Kerepek Banting siapa yang tak kenal memang terkenal satu Banting termasuk KL dan luar KL. Sebut aje kerepek Banting semua akan kata murah memang semurah-murahnya puas hatilah membeli. Bak kata orang muda zaman sekarang memang BERBALOI.......Kalau tak beli melalui kilang pun masih murah lagi kalau beli area Banting . Tapi kalau dah masuk KL tak payah cakaplah dah naik harganya. Mungkin dah dua kali ganda. Sebab tu suka beli di Banting juga tempat kelahiranku. Banyak-banyak kerepek di Banting ni  saya paling suka makan kerepek ubi BBQ.



Kerepek Ubi BBQ


Biasanya kalau raya kat rumah mak memang kami adik-beradik dah tahu tugasan masing-masing memang sejak dari kami adik-beradik dah bekerja. Masing-masing tahu nak beli apa untuk raya. Saya memang tiap-tiap tahun akan beli kuih raya. Adik lelaki saya yang kerja kilang dia akan beli kacang-kacang. Adik yang kerja Perodua dan KLIA tu akan beli kerepek. So kami adik beradik memang dah ada part masing-masing. Dan sorang lagi adik yang bekerja di oversea tu kalau kebetulan dia bercuti masa raya dia akan beli jeruk buah. Memang mak tak pernah nak risau pasal kuih raya  semua sebab anak-anaknya dan saya yang belikan semua. Tiap-tiap tahun mak cakap rezeki sentiasa murah bila raya. Mungkin sebab doa mak tulah kami adik beradik walaupun tidak berjawatan pangkat tinggi atau bergaji tinggi tapi Alhamdulillah kami adik beradik ada rezeki masing-masing.

Khamis, 2 Ogos 2012

1 Hari 1 Ayat - LUASNYA RAHMAT ALLAH

Apa yang kita nikmati dalam hidup ini, nikmat kesihatan, dapat bekerja dan menghasilkan nafkah untuk dinikmati oleh kita dan keluarga, serta berbagai macam kenikmatan lain bukanlah semata-mata karena diri kita melainkan kerana curahan rahmat yang Allah SWT berikan kepada hambaNya di muka bumi ini. Oleh kerananya sudah selayaknya manusia selalu menjalankan perintah Allah SWT dan menjauhi laranganNya, taat dalam beribadah. Kerana itulah cara untuk selalu mendapatkan curahan rahmat dari Allah SWT.

Rasulullah Saw pernah bersabda dari Abu Hurairah yang berbunyi: “ Rahmat Allah terdapat seratus bahagian, maka ditahan padaNya yang sembilan puluh sembilan dan diturunkan di bumi satu bahagian, maka dengan satu bahagian itu masing-masing makhluk berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana khawatir menginjak anaknya.” (HR. MUSLIM)

Rahmat yang Allah SWT sebarkan di muka bumi ini hanya berjumlah satu, bayangkan itu pun sudah lebih dari cukup untuk seluruh makhluk yang ada di bumi, tidak akan habis. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungghnya Allah mempunyai seratus rahmat, diturunkan ke bumi hanya satu rahmat untuk penduduk dunia, maka mencukupi hingga habis ajal mereka dan Allah akan mencabut rahmat itu yang satu pada hari kiamat untuk menggenapkan pada yang sembilan puluh sembilan untuk diberikannya kepada para wali dan ahli taat kepadaNya.” (HR. MUSLIM).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tatkala Allah menciptakan seluruh makhluk, Allah tuliskan di dalam kitab-Nya, yang kitab itu berada di sisiNya di atas Arsy, yang isinya adalah: Sesungguhnya rahmatKu mengalahkan kemurkaanKu.” (HR. BUKHARI [3194] dan MUSLIM [2751])

Dari Umar bin Al-Khattab radhiyallahu’anhu, beliau berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kedatangan rombongan tawanan perang. Di tengah-tengah rombongan itu ada seorang ibu yang sedang mencari-cari bayinya. Tatkala dia berhasil menemukan bayinya di antara tawanan itu maka dia pun memeluknya erat-erat ke tubuhnya dan menyusuinya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada kami, “Apakah menurut kalian ibu ini akan boleh melemparkan anaknya ke dalam korban api?”. Kami menjawab, “Tidak mungkin, demi Allah. Sementara dia sanggup untuk mencegah bayinya terlempar ke dalamnya.”Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh Allah lebih sayang kepada hamba-hambaNya daripada ibu ini kepada anaknya.” (HR. BUKHARI [5999] dan MUSLIM [2754])

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kalau seandainya seorang mukmin mengetahui segala bentuk hukuman yang ada di sisi Allah niscaya tidak akan ada seorang pun yang masih berhasrat untuk mendapatkan syurgaNya. Dan kalau seandainya seorang kafir mengetahui segala bentuk rahmat yang ada di sisi Allah niscaya tidak akan ada seorang pun yang berputus asa untuk meraih syurgaNya.” (HR. BUKHARI [6469] dan MUSLIM [2755])

Ada sebuah riwayat bahawa ada seseorang yang telah membunuh sebanyak sembilan puluh sembilan orang. Lalu ia mendatangi seorang pendeta dan menceritakan bahawa ia telah membunuh orang sebanyak sembilan puluh sembilan dan meminta petunjuk bagaimana cara agar ia dapat bertaubat. Namun jawapan dari pendeta ini tidak memuaskannya. Pendeta itu menjawab bahawa tidak ada pintu taubat bagi dirinya karena telah banyak membunuh orang yang tidak berdosa. Mendengar jawapan pendeta itu, lantas ia berdiri dan membunuh pendeta tersebut. Genaplah seratus orang yang telah dibunuh.

Kemudian ia mendatangi salah seorang ulama, ia menceritakan bahawa telah membunuh seratus orang, apakah pintu taubat masih terbuka untuknya? Lantas ulama ini memberikan petunjuk agar dirinya pergi ke suatu desa yang bernama Bushro, kerana penduduk di desa tersebut selalu melakukan amal shalih. Ulama ini mengatakan pergilah ke sana dan ikutilah amal shalih yang dilakukan penduduk di desa itu, jangan ragu taubatmu akan diterima. Dengan modal semangat untuk bertaubat, ia pergi ke desa yang disarankan oleh ulama tersebut. Akan tetapi, sebelum sampai ke desa tersebut, di tengah jalan ajal menjemputnya. Lalu datang dua malaikat, yang satu malaikat rahmat dan yang satu malaikat siksa. Kedua malaikat ini berselisih pendapat tentang kedudukan orang tersebut. Malaikat rahmat berkata, “dia datang dengan taubat, datang dengan hatinya kepada Allah. ‘Malaikat siksa berkata, ‘dia belum melakukan kebaikan apapun.’ Lalu malaikat yang berwujud manusia datang kepada mereka dan menjadikannya hakim di antara mereka. Dia berkata, ukurlah antara kedua desa itu kemana dia lebih dekat maka ia untuknya.’ Lalu mereka mengukurnya dan mendapatkan bahawa orang itu lebih dekat kepada desa yang dituju. Maka malaikat rahmat mengambilnya.

Sungguh luasnya rahmat Allah SWT yang dipersiapkan untuk makhluk bumi khususnya kepada manusia. Tinggal apakah kita mensyukuri luasnya rahmat Allah SWT itu atau tidak. Allah SWT berfirman: “Katakanlah, ‘’Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri  janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya DiaLah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. AZ-ZUMAR: 53).

Allah SWT mengampuni dosa-dosa setiap hambaNya yang dengan keinginan yang kuat, niat yang ikhlas, dan bersungguh-sungguh untuk melakukan taubat selama bukan mempersekutukan Allah SWT dengan yang lain.

Ada sebuah riwayat pula tentang seorang laki-laki yang giat beribadah dengan khusyuk. Hal itu dia lakukan sampai ajal menjemput. Kemudian lelaki itu menuntut kepada Allah SWT balasan kekhusyukan ibadahnya selama di dunia. Tetapi, ternyata balasannya adalah neraka. Sang ahli ibadah yang khusyuk ini kehairanan, kenapa balasannya neraka lalu bagaimana dengan ibadah yang ia lakukan dengan khusyuk?

Ternyata laki-laki ini selama hidup di dunia selalu membuat orang putus asa terhadap rahmat Allah SWT yang sangat luas itu. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih sayangKu, maka hari ini aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayangKu, jawab Allah.

Apa yang dilakukan oleh lelaki itu berlawanan dengan apa yang telah Allah SWT nyatakan dalam firmanNya di atas, hambaNya diharapkan untuk tidak berputus asa dari rahmatNya. Tetapi mengapa justeru ada hambaNya yang berani membuat hamba yang lain berputus asa dari rahmatNya. Seharusnya diungkapkan rahmat Allah SWT yang luas bukan mempersempitkan bahkan seakan-akan meniadakan rahmat Allah SWT yang luas itu.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dahulu ada seorang lelaki yang belum pernah melakukan satu kebaikan pun, dia berpesan kepada anak-anaknya, ‘Kalau dirinya telah meninggal maka bakarlah jenazahnya, kemudian tebarkanlah setengah abunya di daratan dan setengahnya lagi di lautan. Demi Allah, seandainya Allah mampu membangkitkannya niscaya Allah akan menyiksanya dengan siksaan yang belum pernah diberikan kepada siapa pun di antara umat manusia ini.’ Tatkala lelaki itu meninggal anak-anaknya melaksanakan apa yang dia pesankan kepada mereka. Kemudian, Allah perintahkan daratan untuk mengumpulkan abunya yang tersebar di sana, dan Allah perintahkan lautan untuk mengumpulkan abunya yang tersebar di sana, lantas Allah bertanya kepadanya, ‘Mengapa kamu lakukan hal ini?’. Dia menjawab, ‘Karena takut kepadaMu ya Rabb. Sedangkan Engkau Maha mengetahui.’ Maka Allah pun mengampuninya.” (HR. BUKHARI [3481] dan MUSLIM [2756])

Dari AbuMusa radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari, dan Allah bentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di malam hari, sampai tiba saatnya matahari terbit dari arah tenggelamnya.” (HR. MUSLIM [2759])

Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah itu cemburu, dan seorang mukmin pun cemburu. Allah akan merasa cemburu ketika seorang mukmin melakukan perkara yang diharamkan kepadanya.” (HR. BUKHARI [5222] dan MUSLIM [2761])

Saudaraku… kalau rahmat Allah sedemikian luas, maka janganlah kita berputus asa dari menggapainya. Namun, hal itu bukan bererti kita boleh merasa aman dari siksaanNya. Kerana tidak ada yang merasa aman dari siksaan Allah kecuali orang-orang yang merugikan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...