Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 20 Mac 2014

Tak perlu yang kata apa-apa...

Kalau dah anak ayah macam tulah gayanya.......






Tak perlulah nak kata apa-apa hanya gambar yang bisa menerangkan...

Selasa, 18 Mac 2014

1 HARI 1 AYAT - SABAR SENJATA BERKESAN HADAPI UJIAN

Sebagai hamba Allah SWT, kita tidak akan terlepas daripada kesusuhan, dugaan, ujian, musibah dan kedukaan. Musibah boleh berlaku kepada diri sendiri, ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai mahupun masyarakat dan negara. Bagi seorang Mukmin, mereka hendaklah sentiasa bersikap positif serta reda dengan qada dan qadar Allah SWT. Setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT dianggap terbaik kerana mengandungi hikmah yang mungkin tidak dapat dijangka akal fikiran manusia.


Baginda SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba seorang di antara kamu dengan cubaan sepertimana seorang daripada kamu kadar emasnya dengan api. Maka, sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam dan itulah orang yang tergoda fitnah."(Riwayat Tabrani). Sheikh Sharawi menyebut manusia mesti mengetahui apa yang diambil oleh Allah itu kerana sesuatu hikmah dan apa yang dibekalkan juga adalah hikmah. Manusia tidak akan terpisah antara hikmah dan rahmatNya.


SENJATA AMPUH HADAPI UJIAN


Justeru kesabaran adalah senjata ampuh bagi menghadapi segala ujian dunia. Sifat sabar adalah sifat orang Mukmin yang hati dan jiwanya sentiasa berhubung dengan Allah SWT. Apabila sesuatu mendukacitakan berlaku lidahnya terus menyebut, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.

Firman Allah SWT bermaksud: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang yang yang sesat."(Surah al-Hijr : 56). Orang Mukmin yang sabar dan yakin dengan janji Allah SWT mestilah mempunyai beberapa prinsip yang melenyapkan sifat kecewa serta putus asa dengan rahmat allah SWT. Mereka mesti yakin kerana kenyakinan kepada Allah sepenuhnya menjadikan mereka tentang menerima ketentuanNya.

Mereka yakin apa yang ditentukan itu adalah adalah yang terbaik, sekalipun pada zahirnya seolah-olah tidak berpihak kepada mereka. Kejayaan dalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai denagn bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT. Di samping itu kita juga harus bertawakal kepada Allah SWT tatkala menghadapi ujian. Bertawakkal bermakna berusaha dengan segala upaya untuk mengatasinya kemudian menyerahkannya kepada Allah SWT yang menentukkan kesudahannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sepenuhnya urusanku ini, kupasrahkan kepada Allah SWT kerana Dialah yang Maha Memperhatikan semua urusan hambaNya."(Surah al-Mukmin: 44). Ternyata suasana yang sedang berlaku dalam negara kita adalah satu ujian daripada Allah SWT. Namun hakikat yang pahit ini masih ramai yang tidak sanggup untuk menelannya.


HADAPI DENGAN LAPANG DADA


Jika kefahaman kita sudah mendalam mengenai konsep cubaan Allah SWT dan memiliki iman yang utuh, sudah tentu hal ini dapat dihadapi dengan lapang dada, fikiran waras dan emosi mereka terkawal. Peranan kesabaran seseorang sangat penting dalam menghadapi situasi buruk yang memang tidak disukai ini. Kita mestilah berfikiran terbuku dan sentiasa berbincang mencari jalan bagaimana berdepan keadaan ini seterusnya cara menagtasinya. Jika masing-masing saling menunding jari maka maslah tidak selesai bahkan akan menambahkan kekusutan yang ada. Akhirnya boleh menimbulkan persengketaan dan pepecahan dalam masyarakat yang tidak ada titik kesudahan.


JAUHI SIKAP SOMBONG


Kita hendaklah menjauhi sikap sombong yang menganggap bahawa kitalah yang paling betul dalam membuat sesuatu keputusan tanpa melihat pandangan orang lain. Inilah kerugian digambarkan Allah SWT yang mana kita boleh terjebak ke lembah kekufuran kerana melanggar syariat Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakan wahai Muhammad, mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang paling rugi amal perbuatannya? Merekalah orang yang sia-sia amalan usahanya di dunia ini sedangkan mereka menyangka merekalah yang sentiasa betul dan baik terhadap apa yang telah dilakukan. Merekalah orang yang kufur terhadap kebesaran Allah dan pertemuan denganNya. Lalu gugurlah amalan mereka dan tiada bermakna apa-apa timbangan mereka pada hari kiamat."(Surah al-Kahfi: 103-106).

Terkadang Allah SWT menzahirkan sedikit daripada kekuasaanNya yang maha luas. Diuji manusia dengan kemarau, jerebu dan kehilangan pesawat. Negara jiran pula dihujani dengan banjir sedangkan keduanya adalah negara berjiran. Teknologi ciptaan manusia sudah pasti menghadapi kelemahannya kerana ia adalah sifat bagi manusia. Namun segala-galanya akan menjadikan manusia faham tujuan ditimpa kan sesuatu musibah dan ujian. Marilah kita berpegang kepada prinsip di atas semoga hati kita sentiasa reda dan tidak keliru dengan segala dugaan serta cabaran dalam kehidupan ini. Ingatlah hidup kita hanya sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.

Apabila kita bersabar maka Allah SWT telah berjanji dalam firman yang bermaksud: "Sesungguhnya oarng yang bersabarlah saja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."(Surah az-Zumar: 10).



Khamis, 13 Mac 2014

3 TAHUN......HAPPY BIRTHDAY SAYANG


HAPPY BIRTHDAY.....to my kesayangan Muhammad raqib Irham. Dah 3 tahun lah. Moga kehidupan kesayangan dalam doa-doa kami semua. Kehidupan yang sentiasa diberkati dan dalam rahmat Allah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dengan rezeki yang berkat. Panjang umur, Kehidupan yang sentiasa dipermudahkan Allah, menjadi anak-anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibubapa, mendapat perkerjaan yang baik, jodoh yang baik dan tempat tinggal yang baik. AMIN
 
Doa kami semua yang sentiasa berada disampingmu.



Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Doa Nabi Ibrahim)

Jumaat, 7 Mac 2014

1 HARI 1 AYAT - GOLONGAN MUNAFIK PERDAYA DIRI SENDIRI

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya."( Surah al-Baqarah: 8-9). Allah SWT di permulaan surah al-Baqarah memaparkan keapda kita sifat manusia terhadap manhaj Allah kepada 3 golongan.
 
 
Golongan pertama ialah orang beriman di mana Allah SWT memperjelaskan sifat mereka di 3 ayat dalam firmanNya yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang yang beriman kepada Kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang yang Berjaya."(surah al-Baqarah: 3-5)
 
 
Golongan kedua ialah orang kafir yang mana Allah SWT mendedahkan ciri-ciri mereka dalam firmanNya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman) sama saja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keinginan mereka). Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."(Surah al-Baqarah: 6-7).
 
 
Seterusnya Allah SWT memperkenalkan kepada kita golongan yang ketiga iaitu orang munafik dan Allah SWT menerangkan ciri-ciri mereka dalam 13 ayat secara berturut-turut bermula ayat kelapan surah al-Baqarah. Ini tidak lain tidak bukan untuk menggambarkan bahayanya kewujudan orang munafik kepada agama. Jika berdepan orang kafir kita akan berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada kerana mereka sudah mengisytiharkan kekufuran mereka. Sementara orang munafik pula mereka berpura-pura beriman dan menyimpan kekufuran seta kejahatan dalam hati mereka.
 
 
 
CIRI-CIRI SUFAT NIFAK
 
 
Imam Ibnu Kathir menyebut dalam tafsirnya, ciri-ciri nifak itu ialah menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan sama ada dalam bentuk nifak iktikad yang menyebabkan seseorang itu kekal dalam neraka. Atau nifak dalam amalan iaitu sebesar-besar dosa kerana seorang munafik tidak akan sama antara percakapan dan perbuatannya ketika berada di hadapan atau belakang orang yang beriman. Alalh SWT mendedahkan semua ini untuk mengingatkan keburukan, tipu daya, kebodohan dan kehinaan perbuatan mereka sebagai orang yang tuli, bisu dan buta malah mengumpamakan mereka dengan sehina-hina perumpamaan.
 
 
Golongan munafik ini tidak pernah wujud di Mekah kerana orang yang beriman ketika berada di Mekah tidak mempunyai kekuasaan dan kekuatan bahkan mereka sentiasa ditindas serta dihina. Berbeza keadaan umat Islam di Madinah kerana mereka mempunyai kekuatan dan kerajaan sendiri yang memaksa orang munafik berpura-pura masuk islam demi menjaga kedudukan serta kepentingan mereka warisi sejak turun temurun. Antara pembesar itu ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, seorang yang pernah kaumnya membuat mahkota untuk memahkotakannya sebagai raja sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Sifat pertama golongan munafik, mereka mempamerkan keimanan tetapi menyembunyikan kekufuran. Setiap ketaatan dilakukan hanyalah lakonan semata-mata. Apabila mendirikan solat mereka lakukan dengan rasa malas dan berat. Apabila menunaikan zakat mereka menunaikannya dengan dengan penuh kebencian kerana sangkaan mereka menginfak harta di jalan Allah akan mengurangkan harta.
 
 
Jika salah seorang daripada mereka terbunuh dalam peperangan mereka akan meratapinya kerana merasakan kematian berjuang di jalan itu sebagai sia-sia. Berbeza orang Mukmin yang menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan berjuang di jalan Allah untuk mendapatkan kurnia Alalh SWT di akhirat.
 
 
 
SIFAT PURA-PURA ORANG MUKMIN
 
 
Sifat kedua orang munafik yang ingin memperdayakan Alalh dan orang berimanmenggambarkan kealpaan dan kebebalan cara mereka berfikir. Mereka merasakan sifat berpura-pura boleh memperdayakan Allah SWT. Walhal jika digunakan fikiran logic, adalkah manusia boleh menipu Allah Tuhan sekelian alam? Sedangkan Allah SWT Maha mengetahui segala-galanya sama ada disembunyikan atau dizahirkan bahkan Allah SWT mengetahui apa yang masih tersembunyi di sebalik yang tersembunyi.
 
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu (maka yang demikian tidaklah perlu) kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala yang tersembunyi."(Surah Toha: 7). Di samping menipu Allah SWT, golongan munafik juga beranggapan mereka dapat menipu orang yang beriman. hakikatnya, tipu daya mereka ini menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam keadaan takut, bimbang serta tertekan kerana bimbang rahsia mereka diketahui oleh orang yang beriman.
 
 
Justeru itu apabila golongan munafik ini ingin bercakap, mereka perlu memastikan orang beriman tidak ada dalam kumpulan itu supaya rahsia nifak mereka tidak terdedah. Sebenarnya mereka memperdayakan diri sendiri kerana Allah SWT Maha mengetahui.
 
 

Jumaat, 28 Februari 2014

1 HARI 1 AYAT - GOLONGAN KUFUR TENTANG KEBENARAN

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang Berjaya. sesungguhnya orang yang kafir (yang tidak beriman ) sama saja kepada mereka: samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keengkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."(Surah al-Baqarah:5-7). Pada ayat ke 5 surah Al-Baqarah ini, Allah SWT menjelaskan orang yang mempunyai sifat takwa seperti beriman dengan perkara ghaib, mendirikan solat, menafkahkan harta ke jalanNya, beriman dengan apa yang diturunkan ke atas rasul, percaya kepada akhirat, mereka sentiasa mendapat petunjuk atau cahaya daripada Allah SWT dan termasuk dalam golongan orang yang mendapat kejayaan.
 
Dalam tafsir Jalallain, maksud orang yang berjaya itu ialah orang yang berjaya mendapatkan syurga dan terlepas daripada seksaan api neraka. Ungkapan 'mereka itulah' disebut 2 kali dalam ayat bermaksud sama iaitu merangkumi orang mukmin daripada golongan ahli kitab dan bukan ahli kitab.
 
 
GAMBARAN ORANG KAFIR
 
 
Pengulangan ini menunjukkan orang yang beriman yang berasal daripada kedua-dua golongan itu sama-sama memperoleh petunjuk di sisi Allah SWT. Setelah Allah SWT menceritakan sifat orang Mukmin dan pembalasan bakal diperoleh diakhirat, ayat berikutnya memberi gambaran sebaliknya bagi orang kafir.  Ungkapan orang kafir dalam ayat itu bermaksud orang yang mempunyai sifat kafir yang sebati dalam dirinya sehingga tidak mahu menerima keimanan. Justeru, mereka mengingkari segala ajaran dibawa oleh Nabi SAW meskipun mereka telah diberi penjelasan berdasarkan dalil yang rasional.
 
Malah mereka menghadapi semua perdebatan itu dengan keingkaran dan penghinaan. Firman Allah SWT yang bermaksud: Bagaimana kamu tergamakkufur (mengingkari) Allah pada hal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian Allah menghidupkan kamu pula pada hari akhirat, akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)."Surah Al-Baqarah: 28). Begitulah persoalan yang dilontarkan Allah SWT dan mereka tidak mampu memberi jawapan kerana Dialah Allah yang menciptakan dan menjadikan manusia. Tiada manusia yang boleh mendakwa dia boleh menciptakan dirinya sendiri dan mencipta orang lain.
 
 
DUA GOLONGAN KAFIR
 
 
Mereka yang dikatakan kafir ini terbahagi 2 golongan iaitu mereka yang kufur kepada Allah tetapi apabila datang petunjuk, dai menggunakan pemikirannya dan mengetahui itu adalah kebenaran lalu beriman.
 
Golongan ke 2 pula ialah yang mendapat faedah keduniaan daripada kekufurannya. Justeru apa saja eringatan, dalil dan bukti yang jelas dan nyata, dia tetap berdegil untuk terus mengingkarinya kerana ingin menjaga kuasa, kedudukan serta pengaruh yang dibina atas kezaliman dan keangkuhan. Mereka kufur bukan kerana dakwah tidak sampai atau rasul dan nabi tidak memimpin mereka ke jalan yang lurus tetapi mereka menjadikan kekufuran sebagai manhaj kehidupan. Mereka inilah yang mendapat faedah daripada kekufuran yang menjadikan mereka pemimpin.
 
Bagi orang kufur jika mereka menerima dakwah Rasul, sudah tentu mereka akan menjadi manusia biasa kerana Islam tidak membezakan manusia melainkan dengan takwa dan amal soleh. Lantaran itu sama ada Rasulullah SAW mengingatkan ancaman seksa atau tidak, ia sama saja. Sudah menjadi Sunnatullah mereka yang terjebak dalam kekafiran pasti hati, penglihatan dan pendengaran akan tertutup mati sehingga tidak lagi mahu menerima keimanan. Justeru Allah SWT telah menetapkan seksaan yang pedih bagi mereka pada hari pembalasan. Sementara itu, di dunia ini pula mereka menerima penghinaan dan kelemahan seperti disebut dalam firmanNya yang bermaksud: " Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."(Surah Al-Baqarah:114).
 
Apabila hati seseorang sudah menjadi buta untuk meihat keperluan beriman kepada Allah dan Rasul, maka tidak ada mata yang boleh melihat ayat-ayat keimanan tidak ada lagi telinga yang mampu mendengar ayat-ayat Allah SWT. Antara faktor yang menyebabkan mereak kufur ialah menentang kebenaran walaupun mereka mengetahui. Golongan dikategorikan dalam golongan ini ialah orang musyrik dan Yahudi yang hidup pada zaman Rasulullah SAW seperti Abu Lahab, Abu jahal, Alwalid Ibnu Al-Mughirah dan pendeta Yahudi.
 
 
BERSIKAP SOMBONG, ABAI KEBENARAN
 
 
Mereka bersikap sombong serta mengabaikan kebenaran, golongan ini sebenarnya terdapat di setiap tempat dan zaman. Antara keagungan Allah SWT ialah Dia Maha Mengetahui siapa sebaliknya tanpa Allah SWT masuk campur dalam pilihan mereka. Ketika Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh selama 950 tahun sebelum datangnya taufan dan banjir besar, Allah SWT mengetahui tidak ramai akan beriman. Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh untuk membina bahtera bagi menyelamatkan orang Mukmin daripada banjir besar itu.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang yang telah sedia beriman. Oleh itu janganlah engkau berdukacita mengenai apa yang mereka sentiasa lakukan. Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami(mengenai cara membuatnya). "(Surah Hud:36-37)
 
Allah SWT Maha Mengetahui siapa yang akan mati dalam keadaan kekufuran tetapi mengapa Allah SWT meminta daripada RasulNya, Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan Islam kepada mereka. Jawapannya ialah supaya manusia yang enggan beriman itu tidak boleh berhujah di akhirat bahawa sewaktu mereka di dunia dulu, mereka tidak didatangani oleh rasul untuk menyampaikan ajaran tauhid kepada mereka.
 
 
 
Sumber rujukan: Berita Harian 28 FEB 2014

Khamis, 27 Februari 2014

1 HARI 1 AYAT - DAKWAH TAK PERLU TUNGGU DIRI SEMPURNA

Berdakwah, menyuruh berbuat kebaikan dan menegah kejahatan adalah kewajipan setiap Muslim. Insan yang menegakkan amar makruf, nahi mungkar adalah insan yang setia mengamalkan suruhan agama dan sangat bertakwa. Rasuullah SAW bersabda: "Manusia yang paling baik adalah yang paling tenang, bertakwa, giat menyuruh kepada yang makruf, giat melarang kemungkaran dan yang paling rajin bersilaturahim."(Riwayat Imam Ahmad). Tugas dakwah ini tidak terletak dibahu individu atau kelompok tertentu seperti difahami sesetengah orang. Ia tanggungjawab dan kewajipan seluruh umat manusia kerana salah satu antara ciri-ciri orang beriman ialah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah."(Surah Ali-Imran: 110). Kita pasti menepati watak utama terbaik jika berterusan menegakkan tugas dakwah. Jika perkara ini tidak dititikberatkan dan tidak menjadi amalan rutin dalam kehidupan sehari-hari tentu kita akan termasuk  dalam golongan orang-orang yang mendapat kemurkaan Allah SWT.
 
 
GAMBARAN MUSLIM SEJATI
 
 
Seorang Muslim yang baik bukanlah hanya berbuat baik terhadap diri sendiri, sentiasa beramal soleh dan membenci segala bentuk maksiat tanpa ambil peduli terhadap kerosakan yang terjadi dalam masyarakat. Muslim yang baik cenderung memperbaiki dan menerangi orang lain demi kasih saying kepada sesame manusia serta cintakan kesejahteraan hidup masyarakat. Inilah sebenar-benar Muslim yang digambarkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan denagan sabra."(Surah al-asr:1-3). Meskipun begitu masih ada kekliruan mengenai tugas mulia iniapabila ada beranggapan tugas dakwah tidak wajar dilakukan denagn alasan dirinya belum cukup baik. Anggapan demikian hanya akan membantutkan kegiatan dakwah.
 
Jika harus menunggu diri menjelma sebagai manusia yang serba sempurna nescaya dakwah tidak mungkin dilaksanakan, orang yang mengamalkan ajaran islam tidak bertambah bahkan semakin berkurang, manakala maksiat berluasa tanpa halangan. Kita harus mengakui hakikat seorang insan tidak ada sempurna melainkan mempunyai kelemahan dan kekurangan. Oleh itu, jika ada peluang untuk menagjak keapda kebaikan dan menghalang kemungkaran, ia segera perlu dipenuhi meskipun diri belum cukup baik untuk sempurna.
 
Imam Hasan al-Basri berkata: " Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, sebab aku juga pernah melampui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan kuranglah orang yang memberi peringatan."
 
 
DIRI TAK SEMPURNA BUKAN ALASAN
 
 
Daripada Anas, katanya kami bertanya: "Ya Rasulullah, kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran, Maka Nabi SAW bersabda: "Tidak, bahkan serulah keapda kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya dan cegahlah dari kemungkaran meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."(riwayat Tabrani).
 
Diri yang tidak sempurna bukanlah alasan untuk lepas tangan dan terkecuali daripada kewajipan berdakwah. Keengganan berdakwah sementara dia mampu untuk melakukannya hanya akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW: "Tidaklah seseorang berada dalam satu kaum, dia berbuat maksiat di tengah mereka dan mereka mampu untuk mencegahnya, namun mereka tidak mencegahnya kecuali Allah menimpakan kepada mereka seksaan sebelum mereka mati (mereka akan menerima banyak musibah di dunia)."(Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
 
 
 
 
sumber rujukan: Berita Harian

Jumaat, 21 Februari 2014

1 HARI 1 AYAT - MENGENALI SIFAT ORANG YANG BERTAKWA

Firman Allah SWT: "iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan keapda mereka. Dan juga orang-orang yang beriman keapda Kitab Al-Quran yang diturunkan keapdamu (Wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Surah A-Baqarah: 3-4).
 
Antara penekanan dan perhatian penting yang diberikan oleh Al-Baqarah ialah perbincangan berlegar kepada persoalan takwa. Persoalan ini meliputi ciri-ciri orang yang bertakwa, perkara yang boleh menyampaikan seseorang kepada darjat takwa dan sikap orang dahulu dan sekarang dalam neraca takwa. Allah SWT membuat penjelasan orang yang bertakwa seperti ayat ke 3 dan ke 4 daripada Surah Al-baqarah di atas. Selepas itu Allah SWT menerangkan secara terperinci erti perkataan takwa pada setiap satu atau dua muka surat dalam surah Al-Baqarah.
 
 
PERKATAAN TAKWA DIULANG 40 KALI
 
Perkataan takwa sendiri diulang hamper 40 kali dalam Surah Al-Baqarah. Sehinggakan seorang sarjana Muslim terkemuka, Syeikh Muhammad Al-Ghazali As-Saqa memberi komentar: "Aku berkata dalam diriku, surah ini seoalah namanya Surah al-Atqiya'iaitu surah orang yang bertakwa. Pandangan ini berdasarkan banyak sekali ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah menyorot persoalan takwa. Perkataan mutatagin berasal daripada perkataan ittiqa yang bererti batas. Dalam perkara ini seseorang yang bertakwa bererti dia melakukan perintah Alalh SWT dan menjauhkan dirinya daripada seksaanNya.
 
Sheikh Ahmad Mustafa Al-Maraghy di dalam tafsirnya menyatakan pengertian orang yang bertakwa dalam ayat ini ialah orang yang jiwanya bersih sehingga mampu menerima petunjuk Allah SWT di samping itu juga mereka bersedia mengikut kebenaran serta beramal demi keredaan Allah SWT. Satu perkara yang harus diingat ketakwaan bukan sekadar terletak di dalam hati tetapi perlu dizahirkan dalam bentuk karater cemerlang sama ada dalam ibadah, muamalah dan akhlak.
 
Ini adalah kerana surah Al-Baqarah membicarakan persoalan masyarakat keseluruhnya. Sebagai contoh dalam bidang ibadah, Allah SWT menyebut: "Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu."(Surah Al-Baqarah: 183) dalam bidang perundangan Allah SWT menyebut: Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang),"(Surah Al-Baqarah : 178) dalam bidang politik dan pemerintahan Allah SWT menyebut: "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan),"(Surah AlBaqarah:126). Lafaz perintah atau kewajipan dalam ayat dia tas adalah sama iaitu merangkumi perundangan, ibadah, kemasyarakatan dan politik. Ini adalah kerana hakikat takwa yang sebenarnya adalah sesuatu yang tidak boleh dicerai dan dipisahkan antara satu sama lain. Justeru hati yang bertakwa ialah hati yang amanah menjaga solat dan puasanya pada masa yang sama ia juga hati yang amanah menghukum dan menegakkan keadilan sesama manusia.
 
 
MENGENALI SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERTAKWA
 
Al-Quran adalah petunjuk kepada orang yang bertakwa dengan maksud al-quran adalah manhaj dan jalan yang membawa seseoarang mengenali penciptanya dan berusaha memperoleh kecintaanNya justeru Allah SWT mengkehendaki hamba-hambanya mengenali sifat orang yang bertakwa iaitu:
 
 
1. Mereka yang beriman dengan perkara ghaib
Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak diketahui melainkan Allah SWT: " Tuhanlah saja yang mengetahui segala yang ghaib maka ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya (untuk mengetahui senahagian daripada perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). (Surah Al-Jin : 26-27). Rasul sendiri tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib ialah beriman kepada Allah SWT seterusnya beriman kepada malaikat, kitab-kitab, rasul dan beriman dengan hari kiamat.
 
 
2. Mendirikan Solat
Mendirikan solat adalah tanda ubudiyyah kepada Allah SWT, ia adalah sebaik-baik cara untuk menyatakan keagungan dan keyakinan yang mendalam kepada Maha Pencipta. Ia tidak boleh ditinggalkan sama sekali walau bagaimana keadaan seseorang itu sekali pun.
 
 
3. Menafkahkan sebahagian rezeki.
Ramai menyangka bila disebut perkataan rezeki ia adalah harta benda padahal yang sebenarnya rezeki ialah sesuatu yang boleh dimanafaatkan seperti kekuatan fizikal, ilmu kebijaksanaan, tawaduk bahkan setiap pergerakakn dalam kehidupan ini adalah rezeki. Andainya seseorang tidak mempunyai harta kekayaan tetapi masih dikurniakan kesihatan yang memberi kemampuan untuknya bekerja, itu adalah rezeki buat dirinya dan hasil daripada kerjanya itu dia masih mampu untuk bersedekah. Begitu juga orang yang berilmu boleh menginfakkan ilmunya untuk mendidik masyarakat bagi mengeluarkan mereka daripada kegelapan kejahilan.
 
 
4. Beriman dengan Al-Quran dan Kitab yang diturunkan
Seseorang perlu mengetahui apa yang Alalh SWT wahyukan, sepatutnya seorang Mukmin tahu tentang ajaran agamanya yang penting. Perkataan al-Inzal atau menurunkan bermaksud wahyu. Ini disebabkan al-quran itu diturunkan daripada Allah SWT melalaui malaikat Jibrail.
 
 
5. Beriman dengan hari akhirat
Negeri akhirat adalah tempat pembalasan setiap amalan, kepercayaan dengannya meliputi keimanan kepada setiap keterangan yang mutawatir mengenai keadaan dia khirat seperti perhitungan, as-Sirat, syurga dan neraka. Begitulah lima ciri utama orang-orang yang bertakwa yang pasti mendapat hidayah dan inayah dalam kehidupan ini di samping mendapat status orang yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Semoga kita termasuk dalam golongan ini.
 
 
 
 
RUJUKAN BERITA HARIAN: JUMAAT 21 FEBRUARI 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...