Firman Allah SWT: "iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan keapda mereka. Dan juga orang-orang yang beriman keapda Kitab Al-Quran yang diturunkan keapdamu (Wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Surah A-Baqarah: 3-4).
Antara penekanan dan perhatian penting yang diberikan oleh Al-Baqarah ialah perbincangan berlegar kepada persoalan takwa. Persoalan ini meliputi ciri-ciri orang yang bertakwa, perkara yang boleh menyampaikan seseorang kepada darjat takwa dan sikap orang dahulu dan sekarang dalam neraca takwa. Allah SWT membuat penjelasan orang yang bertakwa seperti ayat ke 3 dan ke 4 daripada Surah Al-baqarah di atas. Selepas itu Allah SWT menerangkan secara terperinci erti perkataan takwa pada setiap satu atau dua muka surat dalam surah Al-Baqarah.
PERKATAAN TAKWA DIULANG 40 KALI
Perkataan takwa sendiri diulang hamper 40 kali dalam Surah Al-Baqarah. Sehinggakan seorang sarjana Muslim terkemuka, Syeikh Muhammad Al-Ghazali As-Saqa memberi komentar: "Aku berkata dalam diriku, surah ini seoalah namanya Surah al-Atqiya'iaitu surah orang yang bertakwa. Pandangan ini berdasarkan banyak sekali ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah menyorot persoalan takwa. Perkataan mutatagin berasal daripada perkataan ittiqa yang bererti batas. Dalam perkara ini seseorang yang bertakwa bererti dia melakukan perintah Alalh SWT dan menjauhkan dirinya daripada seksaanNya.
Sheikh Ahmad Mustafa Al-Maraghy di dalam tafsirnya menyatakan pengertian orang yang bertakwa dalam ayat ini ialah orang yang jiwanya bersih sehingga mampu menerima petunjuk Allah SWT di samping itu juga mereka bersedia mengikut kebenaran serta beramal demi keredaan Allah SWT. Satu perkara yang harus diingat ketakwaan bukan sekadar terletak di dalam hati tetapi perlu dizahirkan dalam bentuk karater cemerlang sama ada dalam ibadah, muamalah dan akhlak.
Ini adalah kerana surah Al-Baqarah membicarakan persoalan masyarakat keseluruhnya. Sebagai contoh dalam bidang ibadah, Allah SWT menyebut: "Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu."(Surah Al-Baqarah: 183) dalam bidang perundangan Allah SWT menyebut: Diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang),"(Surah Al-Baqarah : 178) dalam bidang politik dan pemerintahan Allah SWT menyebut: "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan),"(Surah AlBaqarah:126). Lafaz perintah atau kewajipan dalam ayat dia tas adalah sama iaitu merangkumi perundangan, ibadah, kemasyarakatan dan politik. Ini adalah kerana hakikat takwa yang sebenarnya adalah sesuatu yang tidak boleh dicerai dan dipisahkan antara satu sama lain. Justeru hati yang bertakwa ialah hati yang amanah menjaga solat dan puasanya pada masa yang sama ia juga hati yang amanah menghukum dan menegakkan keadilan sesama manusia.
MENGENALI SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERTAKWA
Al-Quran adalah petunjuk kepada orang yang bertakwa dengan maksud al-quran adalah manhaj dan jalan yang membawa seseoarang mengenali penciptanya dan berusaha memperoleh kecintaanNya justeru Allah SWT mengkehendaki hamba-hambanya mengenali sifat orang yang bertakwa iaitu:
1. Mereka yang beriman dengan perkara ghaib
Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak diketahui melainkan Allah SWT: " Tuhanlah saja yang mengetahui segala yang ghaib maka ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya (untuk mengetahui senahagian daripada perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya). (Surah Al-Jin : 26-27). Rasul sendiri tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib ialah beriman kepada Allah SWT seterusnya beriman kepada malaikat, kitab-kitab, rasul dan beriman dengan hari kiamat.
2. Mendirikan Solat
Mendirikan solat adalah tanda ubudiyyah kepada Allah SWT, ia adalah sebaik-baik cara untuk menyatakan keagungan dan keyakinan yang mendalam kepada Maha Pencipta. Ia tidak boleh ditinggalkan sama sekali walau bagaimana keadaan seseorang itu sekali pun.
3. Menafkahkan sebahagian rezeki.
Ramai menyangka bila disebut perkataan rezeki ia adalah harta benda padahal yang sebenarnya rezeki ialah sesuatu yang boleh dimanafaatkan seperti kekuatan fizikal, ilmu kebijaksanaan, tawaduk bahkan setiap pergerakakn dalam kehidupan ini adalah rezeki. Andainya seseorang tidak mempunyai harta kekayaan tetapi masih dikurniakan kesihatan yang memberi kemampuan untuknya bekerja, itu adalah rezeki buat dirinya dan hasil daripada kerjanya itu dia masih mampu untuk bersedekah. Begitu juga orang yang berilmu boleh menginfakkan ilmunya untuk mendidik masyarakat bagi mengeluarkan mereka daripada kegelapan kejahilan.
4. Beriman dengan Al-Quran dan Kitab yang diturunkan
Seseorang perlu mengetahui apa yang Alalh SWT wahyukan, sepatutnya seorang Mukmin tahu tentang ajaran agamanya yang penting. Perkataan al-Inzal atau menurunkan bermaksud wahyu. Ini disebabkan al-quran itu diturunkan daripada Allah SWT melalaui malaikat Jibrail.
5. Beriman dengan hari akhirat
Negeri akhirat adalah tempat pembalasan setiap amalan, kepercayaan dengannya meliputi keimanan kepada setiap keterangan yang mutawatir mengenai keadaan dia khirat seperti perhitungan, as-Sirat, syurga dan neraka. Begitulah lima ciri utama orang-orang yang bertakwa yang pasti mendapat hidayah dan inayah dalam kehidupan ini di samping mendapat status orang yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Semoga kita termasuk dalam golongan ini.
RUJUKAN BERITA HARIAN: JUMAAT 21 FEBRUARI 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan