Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 7 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - 6 PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

''Menangis saya bila baca, meremang bulu roma:') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa-dosa kami walau sekecil dan sebesar mana pun ia''

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:  
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'  
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.  
Setelah selesai Jibrail as solat maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'  
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.'
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.  

Wahai rakan-rakanku yang dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini agar semua kawan-kawan kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. insyaAllah... Allah always with us.

Rabu, 6 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - JODOH ADALAH TAKDIR ALLAH

Siapakah jodoh kita, bila waktunya tiba di mana akan dipertemukan, apakah ia benar-benar orang soleh? . Semua itu rahsia Allah swt.

JODOH ADALAH TAKDIR ALLAH SWT

Allah Swt menetapkan tiga bentuk takdir dalam masalah jodoh.
1. Cepat mendapatkan jodoh.
2. Lambat mendapatkan jodoh, tapi suatu ketika pasti mendapatkannya di dunia.
3. Menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita.
Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).
Kita harus terikat aturan Allah. Kita juga dibekalkan akal untuk memahami aturan-Nya. Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. Dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya Allah yang menentukan.

1. Kriteria Pasangan Ideal
Nabi bersabda: ”Apabila datang kepada kalian lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya maka nikahkanlah ia (dengan puteri kalian). Sebab jika tidak maka akan terjadi fitnah dibumi dan kerosakan yang besar”. Lelaki yang bertaqwa akan mencintai dan memuliakan isterinya. Jika ia marah tidak akan menzalimi isterinya.
Kaum jahiliyah menikah dengan melihat kedudukan, kaum Yahudi menikah dengan melihat harta, kaum Nasrani menikah dengan melihat rupa sedangkan umat Islam menikahkan dengan melihat agama.
Nabi bersabda:" Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita (isteri) yang solehah”. Beliau juga bersabda: ”Wanita dinikahi kerana empat perkara yakni kerana harta kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Hendaknya pilihlah yang beragama agar berkah kedua tanganmu.” Sulit mencari jodoh boleh jadi kerana kriteria terlalu memilih. Janganlah kita menginginkan kesempurnaan orang lain padahal diri kita tidak sempurna.
2. Memperluas Pergaulan Sesuai Syar’i
Seringlah bersilaturrahim ke tempat saudara atau mengikuti pengajian. Ustaz, teman, orang tua, saudara, keluarga dan lain-lain boleh diminta bantuan.  
3. Haram berpacaran
“Dan janganlah kamu mendekati zina,  sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Israa’: 32). Kita dilarang berkhalwat, memandang lawan jenis dengan syahwat, wanita berpergian sehari semalam tanpa muhrim dan lain-lain. Orang berpasangan selalu menutupi kekurangannya dan menampilkan yang baik-baik saja. Cari maklumat dari orang dekatnya (saudara, teman, tetangganya). Perlu juga penilaian dari orang tua dan keluarga kita. Biasanya kita tidak dapat melihat kekurangan orang yang kita cintai. 
4. Perbaiki diri
Jika kita ingin mendapatkan jodoh yang soleh maka kita harus menjadi orang yang soleh juga. Allah Swt berfirman: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula}” (QS. An Nuur: 26).  
Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat pada bentuk-bentuk (lahiriah) dan harta kekayaanmu tapi Dia melihat pada hati dan amalmu sekalian. " (HR. Muslim, Hadits no. 2564 dari Abu Hurairah). Jadi, lelaki atau wanita yang baik menurut pandangan Allah itu adalah lelaki atau wanita yang baik iman dan amalnya. Secara lahiriah kita perlu menjaga kebersihan, keterampilan dan menjaga bau badan. Bukan berdandan berlebihan (tidak Islami), tapi tampil menarik.
5. Jangan Mencintai Manusia Secara Berlebihan
“Barangsiapa memberi kerana Allah menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah maka sempurnalah imannya. (HR. Abu Dawud) Jika kita mencintai manusia lebih daripada Allah niscaya hati kita akan hancur dan putus asa jika ditinggalkan. Jika kita mencintai Allah di atas segalanya niscaya kita akan selalu tegar dan tabah kerana kita yakin bahawa Allah itu Maha Hidup dan Abadi serta selalu bersama hamba yang Soleh.
6. Jika Gagal Berusaha Lagi
Jika kita gagal jangan putus asa dan kecewa. Kita harus sabar dan tetap berusaha mendapatkan yang lebih baik lagi. Yakinlah ada yang lebih baik yang sedang dipersiapkan Allah untuk kita.
Para sahabat besarpun mengalaminya. Contohnya Utsman ra yang melamar putri Abu Bakar ditolak lalu melamar putri Umar juga ditolak akhirnya malah menjadi menantu Rasulullah Saw.
7. Masa Penantian Jodoh
Jodoh tidak akan lari dan akan datang pada waktunya. Bersabarlah dan sibukkan diri dengan amal soleh. Hadapilah dengan sikap tenang, santai, tidak mudah emosi/sensitif, tidak larut dalam kesedihan tidak berputus asa dan tetap bersemangat.
Rasulullah Saw bersabda: “Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan ia bersyukur maka itu tetap baik baginya dan apabila ditimpa penderitaan ia bersabar maka itu tetap baik baginya.” (HR Muslim). Gunakan energi kita untuk lebih mendekatkan diri dan mencintai Allah Swt., orang tua dan umat. Yakinlah dengan keadilan-Nya bahawa setiap manusia pasti memiliki jodoh masing-masing. Yakinlah bahawa semua dugaan adalah baik, berguna dan berpahala bagi kita.
8. Siap Menerima Takdir Allah
Hidup adalah ujian. Boleh sahaja takdir jodoh kita bukan orang soleh. Allah Swt berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman. Sesungguhnya di antara pasanganmu dan anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Sesungguhnya hartamu dan anakmu hanyalah ujian bagimu dan di sisi Allah pahala yang besar.” (Q.S. At-Taghaabuun: 14-15). Hal tersebut tetap boleh menjadi kebaikan apabila dijadikan sebagai titik amal soleh dan batu ujian untuk meningkatkan keimanan, tawakal, dan kesabaran.
9. Wanita Melamar Lelaki.
Bukan hal yang dilarang jika wanita menemukan lelaki soleh dan berinisiatif menawarkan diri dalam pernikahan melalui perantara orang yang dipercayai. Khadijah ra melalui bapa saudaranya melamar Nabi Muhammad Saw setelah mengetahui akhlak dan agama beliau. 
10. Taqarrub Ilallah
Mencari jodoh secara syar’i adalah dengan mendekati Allah secara ikhlas. Caranya dengan bertawasul amal-amal soleh tidak hanya ibadah wajib (berbakti kepada orang tua, solat wajib), juga ibadah sunnah (shoum sunnah, sholat tahajjud/taubat/istikhoroh/hajat/witir/dhuha, tilawah Al Qur’an, istighfar, infaq dan lain-lain).
Semakin dekat dengan Allah, iman bertambah dan doa kita semakin terkabul. Usaha yang berterusan, optimis dan prasangka baik akan memudahkan jalan kita.
11. Tidak Putus Asa Berdoa
Bacalah doa: “Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (QS. Al Furqon: 74).Doa lebih terkabul pada tempat mustajab, waktu mustajab dan memperhatikan adab berdoa. Berdoalah menurut apa yang diajarkan Allah dan Rasul-Nya. Tempat mustajab: masjid, majlis ta’lim, Arafah, Hajar Aswad, Hijr Ismail, di atas sajadah dan lain-lain.  
Waktu mustajab: sepertiga malam yang akhir, selesai solat wajib/tahajjud/hajat, saat sujud/I’tidal terakhir dalam solat, sedang berpuasa, berbuka puasa, dalam perjalanan, selesai khatam qur’an, hari Jum’at, baru mulai hujan, diantara azan dan iqamat, ketika minum air zamzam, bulan ramadhan/lailatul qodar, antara zuhur dan asar juga antara asar dan maghrib, selesai solat subuh, dalam kesulitan, sedang sakit, sedang ada jenazah.
Adab berdoa: menjauhkan hal yang haram, ikhlas, di awali dan di akhiri tahmid/selawat, menghadap kiblat, suci dari hadats dan najis, khusyuk dan tenang, menadahkan kedua tangan dengan suara rendah dan pengharapan sepenuh hati, mengulangi berkali-kali, tidak berputus asa, menghadirkan Allah dalam hati, tidak meninggalkan solat wajib, tidak melakukan dosa besar, tidak minta sesuatu yang dilarang Allah sambil menangis. Nabi Musa as berdoa setelah menolong dua perempuan penggembala kambing: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku." (QS 28:24). Allah swt memahami keperluan dan harapan sehingga tidak saja memberi makanan tapi juga memberi jodoh, tempat tinggal dan pekerjaan. Wallahu’alam bishawab.

Selasa, 5 Mac 2013

ALONG, ANGAH DAN BABY............


Huhuhu.....kami dah bertiga.....IRSHAD dah pandai meniarap tak lama lagi nanti pandai merangkak pula dan berjalan. Dah boleh main bersama along dan angah. Sekarang ini IRSHAD hanya tengok aje along dan angah main berdua. IRSHAD tak tahu apa-apa. Kalau IRSHAD dah besar nanti habislah along dengan angah nak layan IRSHAD.


Sayangnya angah kat IRSHAD. Kalau dah besar nanti boleh temankan along dan angah main-main. Sekarang ni cuma along dan angah aje main berdua. Yang suka layan IRSHAD cakap ibu, ayah, wan dan makcik. Suka layan IRSHAD cakap. IRSHAD kalau dah cakap tak berhenti. Tunggulah IRSHAD besar nanti....

Isnin, 4 Mac 2013

TERAPI MINDA - KISAH SUATU HARI PADA JUMMAT

♥ KISAH HARI JUMAAT ♥
Pada setiap jumaat selepas selesai menunaikan solat jumaat seorang imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan ke kota itu dan menyebarkan risalah 'jalan-jalan syurga'.

Pada 1 jumaat yg indah pada ketika iman dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah islam itu hari itu menjadi sangat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas seraya berkata ''ayah! Saya dah bersedia'' ayahnya terkejut dan berkata ''bersedia untuk apa?''
''ayah,bukankah ini masalahnya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.''
''anakku, bukankah sejuk keadaan diluar.''
''ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan.''
ayahnya menambah ''ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan sebegini.''
dengan merintih anaknya merayu ''benarkan saya pergi ayah.'' ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya ''pergilah nak dan berhati-hati, Allah bersamamu''. ''terimakasih ayah''.

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberi risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam hanya tinggal satu saja risalah 'jalan-jalan syurga' ada ditangannya. Dia berpusing-pusing ke sana kemari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhir itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak 1 rumah yang agak tersorok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Di tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuknya pula pintu itu sekali lagi namun tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi mungkin rumah inilah harapan agar risalah itu diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan lingkungan 50-an mukanya suram dan sedih. ''nak, apa yang makcik boleh bantu?'' wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit ''makcik maaf saya menganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik. Saya datang ini hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah'' dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ''terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu''

Jumaat minggu berikutnya sebelum waktu solat jumaat bermula seperti biasa imam memberi ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ''ada sesiapa nak menyatakan sesuatu?''

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu ''saya rasa tiada siapa dalam majlis ini yang kenal saya. Saya tidak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda sebelum jumaat minggu lepas saya bukan seorang muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini'' air mata mulai bergenang dikelopak matanya.

''Pada jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk bunuh diri, jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga saya ikat hujung tali digalang atas dan hujung satu lagi diketatkan dileher. Apabila tiba saat untnk terjun tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar pada anggapan saya, siapapun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi dan kemudian saya mendengar ketukan.

Belum pernah ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali dileher dan terus pergi ke pintu, seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar iklas dan suaranya seperti malaikat. 'Makcik maafkan saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang Allah amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.' itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar.

Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal. Saya tak perlukan itu lagi.

Lihatlah sekarang saya sudah menjadi hamba kepada Tuhan yang satu Allah. Dibelakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya disini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentu roh saya akan berada di dalam neraka.'' Tiada satupun anak mata di majlis itu yang masih kering, ramai pula yang bertakbir Allahuakbar. Imam lantas turun dari mimbar dan terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis.

Jumaat ini dikira jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang ada sekarang dalam pelukkannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah Allah kepada makhluknya yang penyayang. ALLAHUAKBAR

Ahad, 3 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - 6 SOALAN IMAM AL-GHAZALI

♥ Enam Soalan Imam Al-Ghazali Kepada Muridnya ♥

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya.
1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia?
3. Apa yang paling BESAR di dunia?
4. Apa yang paling BERAT di dunia?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia?

JAWAPAN:

1) Soalan yang pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

2) Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua..
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3) Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga..
"Apa yang paling besar di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4) Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.

5) Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat.

6) Dan pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Kerana melalui lidah, manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sabtu, 2 Mac 2013

IRSHAD DAH 4 BULAN.....



Sedar tak sedar dah 4 bulan IRSHAD dah pandai meniarap x boleh nak baringkan dia. Mesti dia akan pusingkan badannya untuk menairap. Cepat betul masa berlalu. Terasa cepat dan kadang-kadang saya selalu terfikir masa di dunia ini terlalu cepat berlalu. Bangun pagi pergi kerja. Tengahari makan tengahari. Petang pulak dah balik kerja. Sampai rumah rehat2 sekejap kemudian malam. Tonton tv kemudian tidur dan bangun pagi semula untuk pergi kerja pula. Cukup ke amalan yang saya buat selama ini. Kadang-kadang selalu terfikir mampukah amalan saya di dunia ini dapat menempatkan saya ke syurga Allah walaupun saya tahu hendak ke syurga Allah memerlukan pengorbanan yang amat besar. Kesabaran, ujian yang sentiasa Allah beri untuk menguji keimanan kita. Cukup sabar ke saya dengan ujian yang Allah berikan. Ikhlas ke saya menerimanya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Moga dengan rahmat dan hidayah Allah mampu menyelamatkan saya di sana. InsyaAllah.


Comelkan IRSHAD. Bila tersenyum hilang segala masalah orang dewasa. Betullah apa orang kata. Senyuman mampu menutup segala lara hati kita. Senyuman jugalah sekecil-kecil sedekah kita. Senyuman juga mampu menceriakan hidup orang lain. Betapa indahnya hidup inikan bila kita sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa menyayangi diri kita. Bersyukurlah kita dengan apa yang Allah telah anugerahkan. ALHAMDULILLAH...

Jumaat, 1 Mac 2013

1 HARI 1 AYAT - TIPS CINTA UNTUK SUAMI ISTERI

♥19 TIPS CINTA UNTUK SUAMI ISTERI♥

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja 
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi. 
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang 
11. Amalkan solatkan berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...