Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 14 Ogos 2014

SESUCI LEBARAN.....RAYA KE 2

Sessi untuk raya ke 2 kami g beraya rmh adik beradik mak. Biasalah setiap tahun macam tu time untuk beraya ke rumah adik beradik dan anak2 saudara sebelah mak. First raya kami memang tak boleh nak kemana2. Waktu tu memang dah dicop untuk menyambut kedatangan anak2 saudara, cucu cicit saudara mak, abah dan adik beradik seangkatannya. Memang tak boleh nak tinggalkan rumah. Setia menunggu hingga ke malam. Sebenarnya kalau nak diikutkan second raya pun tak boleh nak tinggalkan rumah masa untuk menyambut tetamu tapi kami sefamily berjalan juga sebab anak2 mak raya ke 3 dah mula bekerja semula. Kami teruskan juga agenda beraya tapi itulah datang2 aje tak ada di rumah sebab masing2 pun keluar beraya. Mereka datang kami dah keluar beraya, kami datang pulak mereka pulak beraya. So apa lagi glah rumah saudara yang tak keluar beraya. Alhamdulillah ada juga saudara yang ada kat rumah. 



Berselfi dulu kat rumah sebelum bertolak....







Kami sempat rehat2 dan berselfi kat dahan pokok tu lepas kenyang kendurikan buah rambutan dan pulasan. Kuih raya dah selamat masuk perut kami. Nasib baik buah mata kucing tu baru nak berbuah. Kalau tidak jadi mangsa kami semua. Bedal.....



Terliuhh tengok buah pulasan yang sedang masak ranum tu...


Yg bestnya dtg beraya kat rumah sepupu masa musim buah. Terbaiklah dapatlah rasa makan rambutan kuning yang longkah tu. SEDAPPPPP.....sampai2 aje rumah sepupu tu terus dia kata ambillah buah rambutan. apa lagi tuan rumah dah bagi izin. Serbu kami sefamily........Petik punya petik tak sedar dah tiga plastik dapat. Sedar2 bila balik rumah bubuh semua rambutan tu dalam bakul kain penuh sebakul. Apa lagi kenduri 2 hari makan rambutan kasi perabih. Teringat dulu zaman masa saya kecik dulu2. Masa tu rumah mak memang banyaklah buah rambutan. Macam2 ada dengan buah manggisnya. Bila saudara mak dan abah datang mesti akan ambil bawa balik rumah. Sekarang ni dah tak ada dah pokok rambutan yang macam dulu. Kalau ada pun sekarang ni tak banyak berbuah hanya cukup untuk kami sefamily makan aje. Selain buah rambutan kami juga bawa balik buah pulasan. Buah pulasan ni memang susah nak dapat. Nama pun pulasan jadi nak makan kena pulas ye.....bukan gigit. TERBAIKKKK....buah pulasan ni yang saya kejar dulu. Hahahahaaa dah puas kasi habis buah rambutan tu barulah kami masuk rumah sepupu beraya. Dah puas makan buah rambutan dan pulasan barulah kami pekena kuih raya. Paling best saya suka kalau g rumah sepupu2 ni mereka hidangkan kami buah2 jeruk selain kuih raya. Saya ni yang hantu asam jeruk apa lagi dok balun ajelah asam jeruk mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...