Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 24 November 2014

OLE2 DARI KOREA......"kamsahamnida"


Alhamdulillah pagi2 sampai office dh dapat ole2 dari Korea. Hasrat di hati memang teringin sangat nak g Korea tapi belum diberi kesempatan untuk sampai ke sana lagi. Dapat ole2 ni pun dah syukur sangat. Cantikkan boleh bubuh handphone. Tapi saya lebih suka letak duit syiling ialah saya kan suka simpan duit syiling. Dah penuh nanti simpan dalam bank pulak macam tulah cara nak menyimpankan walaupun tak seberapa dan banyak tapi lebih elok kita selalu amalkan sekurang2nya amalan menyimpan itu sentiasa istiqomah walaupun sedikit.


Daripada Aisyah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu. Amalan paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Menurut ‘Aun al-Ma’bud, Allah tidak jemu memberikan ganjaran sesuatu amalan selagi seseorang tidak jemu beramal.



Made in Korea


Kalau kita beli barang kemas di kedai emas biasanya tauke emas tu akan bagi kita beg kecik simpan emaskan. Tak pernah pun tauke emas tak bagi beg kecik tu walaupun kita hanya beli sebentuk cincin. Tauke emas tu tetap akan bagi walaupun kita tak beli barang dia cuma tengok2 aje paling tidak pun akan dapat air kotak atau air mineral cup. Kalau beli emas yang besar2 macam rantai, gelang tangan, rantai tangan biasanya tauke emas akan bagi kotakkan untuk letak barang kemas tersebut. Biasanya kalau saya dapat saya tak pernah buang atau abaikan macam tu sahaja saya suka gunakan beg kecik tu untuk simpan duit syiling. Banyak kegunaan beg2 kecik ni. Semuanya terpulang kepada kita semua. Kalau rasa macam bersepah aje beg kecik kat rumah tu sedekahkan ajelah kat orang lain dapat jugalah pahala. Manalah tau ada orang yang lebih memerlukannya buat simpan duit untuk anak2 sekolahkan. Semudah itukan nak dapatkan pahala. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...