Setiap Mukmin menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh ghairah dan teruja. Pada bulan ini, Allah menawarkan limpah keberkatan dan gandaan pahala bagi setiap kebajikan yang dilakukan sepanjang Ramadan. Masjid dan surau mengatur pelbagai program seperti melantik hafiz al-Quran untuk membimbing solat tarawih, mengadakan tadarus al-Quran berkelompok, berbuka puasa beranai-ramai, ceramah fadilat Ramadan, qiamullail dan sebagainya untuk jemaah. Mereka yang jarang ke masjid dan surau turut menunjukkan komitmen sepanjang sebulan Ramadan, Mungkin ini juga yang dikatakan tarikan bulan yang penuh keberkatan dan melembutkan hati sesiapa sahaja yang ikhlas mencari kebajikan dan pahala.
Secara umumnya kesan positif puasa sering menjadi tumpuan kajian. Doktor perubatan menjadikan sebagai amalan kesihatan atau sebagai jalan penyelesaian bagi penyakit moden yang sukar dirawat dengan perubatan canggih hari ini tanpa memberi kesan sampingan. Kalangan pengamal perubatan moden menganggap ia penemuan ia penemuan terapi baru. Keajaiban puasa ini memaksa Mark Twain seorang doktor yang terkenal mencadangkan suapya rakan pesakinya agar berpuasa sepanjang 48 jam.
Bagaimanapun puasa difardhukan kepada setiap umat islam yang baligh tidaklah seberat yang dicadangkan oleh Mark Twain itu. Ramadan melatih mereka yang berpuasa menjaga kesihatan. Hasil daripada kalian yang dilakukan oleh ahli perubatan dan sains makanan kita boleh menyenarai pendek beberapa kesan yang dianggap sungguh dramatik dalam kalangan saintis.
Antaranya puasa dapat:-
1. Mendatangkan kecergasan fizikal dan mental seseorang dengan memberi kesegaran pada otot menyebabkan rasa lebih segar dan bertenaga.
2. Membantu menurunkan kadar racun dan kotoran dalam badan dengan membatasi kalori masuk sehingga menghasilkan enzim antioksida berfungsi membersihkan zat bersifat racun dalam badan.
3. Memberi keseimbangan dalam darah dan menurunkan tekanan darah tinggi. Memulihkan hormon, meremajakan sel tubuh dan menambahkan sel darah putih untuk meningkatkan kekebalan tubuh dari penyakit.
4. Menyelesaikan masalah berat badan (obesiti) disebabkan lemak berlebihan.
5. Mengatur kadar gula dalam darah untuk mengelakkan penyakit kencing manis.
6. Menyihatkan dan merehatkan sistem pencernaan kerana bekerja sepanjang tahun tanpa berhenti.
Sebenarnya Imam Al-Ghazali lebih awal menjelaskan hal ini menerusi karya agungnya Ihya Ulumuddin. Tegasnya bencana yang paling besar dalam kehidupan manusia ialah nafsu perut. Beliau menyatakan pengambilan berlebihan akan menghilangkan kecergasan serta akan hilang kecerdasan dan kebijaksanaan. Akhirnya mengundang sikap malas dan melesukan fizikal. Perspektif al-Ghazali menjawab kesalahan tanggapan umum dengan mengambil makanan banyak ketika lapar akan mnambahkan tenaga terutama ketika berbuka puasa.
Secara amalinya Rasululalh SAW memberi panduan umum ketika menjamu selera iaitu, satu pertiga diisi dengan makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan. Tetapi di bawah tekanan rasa lapar, ramai orang gagal menagtasinya kerana dorongan ingin " balas dendam" disebabkan berlapar sepanjang hari. Lebih-lebih lagi pasar Ramadan menawarkan beraneka juadah makanan tradisi dan moden, kadangkala membuatkan hilang pertimbangan ketika membelinya kerana desakan perut kosong dan dahaga.
Ketika berbuka kita disunatkan memakan buah kurma agar memulihkan kehilangan tenaga melalui gula tulen dan serat buah. Selain itu Ramadan juga menekankan ketetapan pengurusan masa termasuklah melewatkan waktu sahur dan berbuka pada awal waktunya. Pada malam hari disunatkan menunaikan sembahyang tarawih berjemaah dan membanyakkan membaca al-Quran. Sebenarnya semua ini adalah nikmat cabaran kepada sesiapa mencari keredaan Allah dan pahala yang berlipat ganda.
Budaya berlebihan menyambut hari raya berbanding pengisian Ramadan harus diperbetulkan. Sekiranya kita menghadapi cabaran puasa hanya menahan lapar dan dahaga tetapi generasi awal Islam menghadapinya dalam suasana genting tetapi cemerlang ketika Ramadan. Ketabahan dan kesabaran yang benar-benar teruji apabila hidup dalam suasana negara yang huru-hara dan ketegangan di dalam negara sendiri seperti di Iraq, Libya, Mesir dan Syria hari ini.
Kesan latihan puasa tidaklah hanya terfokus keapda faedah fisiologi untuk kesihatan fizikal saja malah merangkumi pengukuhan rohani dan intelektual manusia berlandaskan ibadah. Amalan berpuasa pada bulan ini adalah latihan amali yang paling mujarab untuk mengikis penyakit rohani, krisis mental dan penyakit fizikal manusia akibat mengejar nilai kebendaan yang tiada kesudahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan