Buat pertama kalinya perlawanan cub prix telah di adakan di Bandar Mahkota Banting. Memang ramailah orang yang datang tengok cub prix ni.....first time di adakan di Banting selalunya di adakan di Litar lumba Sepang. Sebelum pergi ke trex tersebut berlaku peristiwa lucu yang memang tak kan ku lupakan buat selama2nya. Dah semua bersiap sedia untuk pergi tiba2 kunci kereta myvi kesayangan ku hilang. Sahlah ni termasuk dalam buaian anak buah kesayangan ku. Memang kelam kabut skit masa tu. Biasalah memang saya suka letak kunci kereta tu kat buaian anak buah kesayangan. Kebetulan pagi tu ibu dan ayah anak2 buah kesayanganku balik dari kerja malam. Seperti biasa mereka kemas2kan barang anak2 mereka. Mungkin kakak iparku tak perasan yang kunci keretaku terletak kat buaian tersebut. Saya pun call2 banyak kali tapi x jawab. Letih juga tunggu panggilan semula abang ni. Rupanya memang sah kunci dalam buaian. Lewat jugalah saya dan family pergi tengok race cub prix tu. Sampai2 dah ramai orang. Panas pulak tu. Awal2 dah stand by payung. Memang tahu mesti panas. Dapatlah duduk kat stage betul2 depan tempat penyampaian hadiah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan