Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 30 Mei 2012

akhirnya adik dah pandai jalan

Seronoknya bila tengok adik dah pandai jalan. Terkedek2 dia jalan. Bila dah pandai jalan adik asyik ikut aje mana along dia pergi. Kalau dulu masa adik tak pandai jalan adik tengok aje abang dia pergi mana. kalau nak ikut along dia terpaksalah adik minta sesiapa dukungkan adik. Comel pulak tengok adik ni bila dia jalan.







Kemana along pergi mesti adik nak ikut. Along nak main bola pun adik pun nak main bola. Along tendang bola adik pun nak tendang bola. Kalau along tak ada depan mata adik mesti adik akan cari along mana along pergi. Kadang-kadang kalau adik pegang bola mesti along ambil bola adik. Kesian adik selalu mengalah dengan along. Kalau along main basikal adik pun main basikal. Semuanya kena ada dua-dua. Tak boleh ada satu aje.









Adik dan along yang tak boleh berpisah.....Kalau sesiapa bising masa adik tidur. Along akan cakap yam dek dor (diam adik tidur) memang boleh jadi abang yang bertanggungjawab.


Akhirnya adik dah buat muka comel. kiutnyeerrrrrrrrrrrrrrrrrr

Selasa, 29 Mei 2012

CUB PRIX DI BANDAR MAHKOTA

Buat pertama kalinya perlawanan cub prix telah di adakan di Bandar Mahkota Banting. Memang ramailah orang yang datang tengok cub prix ni.....first time di adakan di Banting selalunya di adakan di Litar lumba Sepang. Sebelum pergi  ke trex tersebut berlaku peristiwa lucu yang memang tak kan ku lupakan buat selama2nya. Dah semua bersiap sedia untuk pergi tiba2 kunci kereta myvi kesayangan ku hilang. Sahlah ni termasuk dalam buaian anak buah kesayangan ku. Memang kelam kabut skit masa tu. Biasalah memang saya suka letak kunci kereta tu kat buaian anak buah kesayangan. Kebetulan pagi tu ibu dan ayah anak2 buah kesayanganku balik dari kerja malam. Seperti biasa mereka kemas2kan barang anak2 mereka. Mungkin kakak iparku tak perasan yang kunci keretaku terletak kat buaian tersebut. Saya pun call2 banyak kali tapi x jawab. Letih juga tunggu panggilan semula abang ni. Rupanya memang sah kunci dalam buaian. Lewat jugalah saya dan family pergi tengok race cub prix tu. Sampai2 dah ramai orang. Panas pulak tu. Awal2 dah stand by payung. Memang tahu mesti panas. Dapatlah duduk kat stage betul2 depan tempat penyampaian hadiah.













Rabu, 16 Mei 2012

Walaupun kita terpisah jauh.................


Pejamkan Matamu dan Katakan
Jika Hatimu merindukan seseorang

YA ALLAH...
Aku merindukannya keranaMU Ya Allah..
Jauhkanlah aku dari perkara yang bisa membuat aku lupa kepada-Mu..
Aku semakin mengerti bahawa jarak ini bukan untuk menghukumku..
Tapi Jarak ini untuk menjaga aku dan dia.......

- Dengan jarak ini..Aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi lebih baik..
- Dengan jarak ini..Aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Ilahi..
- Dengan jarak ini..Aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya..
- Dengan jarak ini..Aku dan dia berjanji untuk mendalami ajaran Islam...
- Dan dengan jarak ini juga..Aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti........Aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Syukur YA ALLAH.....Karena memberi peluang kepadaku melalui jalanMu ini..

SYUKUR YA ALLAH.......
kerana memberikan jarak itu kepada aku dan dia..

Duhai seseorang yang ada di sana...........

Jika memang benar itu engkau maka jika saat itu tiba
aku hanya boleh bersyukur dan tersenyum.. memandang wajah teduhmu dan memberanikan diri untuk berkata..sayang, sejak pertama bertemu aku merasa yakin bahawa kaulah jodohku sambil menunggu apa reaksimu selanjutnya...
Lalu aku akan memohon padaNYA semoga diriku menjadi kesenangan bagimu.....Mataku menjadi keteduhan bagimu.....genggaman tanganku menjadi pelepas keresahanmu.....setiap perkataanku menjadi kesejukan bagimu dan agar di izinkanku menjadi terbaik untukmu dan kau terbaik untukku..

Duhai seseorang yang ada disana.....

Jika benar memang itu engkau maka jika saat itu tiba, lantas terlihat kekurangan diriku, semoga Allah mengurniakanmu kemampuan untuk melihat kebaikanku..Semoga Allah meredhaimu dan kau pun mencintaiku keranaNYA..
Sentiasa memahamiku serta menerima kelebihan dan kekuranganku.....begitu pula yg akan aku lakukan terhadapmu..
Allah telah menjadikan HambaNYA jauh dari sempurna kerana itu kau hadir disisiku untuk menyempurnakan kekuranganku dan begitu juga kehadiranku disisimu..
Semoga ketika itu kebahagiaan yg selama ini kita dambakan akan kita miliki dan merasakannya dengan indah....

Isnin, 14 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU

Untuk semua2 ibu di dunia ini diucapkan SELAMAT HARI IBU. Istimewa buat mak yang telah melahirkan dan membesarkan anak mak ini tanpa rasa jemu dan bosan. Melayankan karenah anak mak ini sejak dari dilahirkan sehingga kini yang telah berumur 38 tahun 5 bulan 4 minggu. Jasa mak takkan terbalas dengan segunung intan. Maafkan anak mak ini sepanjang menjalani kehidupan disamping mak pernah melukakan hati mak di sedari atau tidak disedari. Jutaan ampun dan maaf dari anakmu. Sesungguhnya MAK lah IBU yang terbaik di dunia ini. Saya sayang MAK....walaupun tak dapat menyambut bersama dengan mak pada hari IBU. Semoga Allah rahmati dan berkati hidup MAK dunia dan akhirat...



Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kedua2 ibubapaku sebagaimana mereka menjaga ku sejak kecil. Ya Allah KAU berikanlah kesempurnaan hidup dan permudahkanlah segala urusan kedua2 ibubapaku dan jadikan anak2nya anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan mereka dan menjaga mereka ketika mereka sudah tidak berdaya lagi. Ya Allah jadikan kami anak2 yang sentiasa mengingati kedua2 ibubapa kami dan jadikanlah kami anak2 yang sentiasa berada disamping mereka ketika mereka susah dan senang. Ya Allah janganlah KAU lalaikan kami dengan harta benda dunia sehingga  kami anak2 melupakan kedua2 ibubapa kami. AMINNNN



Rabu, 9 Mei 2012

kami datang lagi....WET WORLD SHAH ALAM

Disebabkan tak puas mandi masa pertama kali g...untuk kali keduanya kami datang lagi....kali ni memang mandi sepuas2nya. Kali ke2 datang ke sini orang tak berapa ramai sebab bukan cuti weekend...hari bekerja..Masa mandi tu rasa macam kolam tu kami yang punya..Hahahaa memang seronok gileerrrrrrrrrrr.



Masa untuk membeli tiket.....satu tiket RM20.00. Tapi x pe berbaloi sebab bleh mandi smpai tutup.


Bersedia untuk g mandi....mencari2 tempat yang best untuk memulakan misi....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...