Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 29 Ogos 2013

Ole-ole dari Cameron Highlands...suke sesangatttt

 
Merah lagi.....tak cepat kotor dan suka sesangat colournya...


Ole-oleh dari Cameron. Memang suka sangat ole-ole ni. Yang ada kat dalam kereta tu pun dah lama dan warnanya pun dah tak cantik. Gambar Garfield. Dah boleh tukar dan gantikan yang dari Cameron ni. Suka sangat strawbery ni. Sweets sungguh. Thanks my friends. I suka sesangat......

Selasa, 27 Ogos 2013

SELESAI SUDAH......KHATAM AL-QURAN

Gambar dah basi.....tapi nak update jugak.......Khatam Quran di office masa bulan Ramadan tempoh hari. Khatam ramai-ramai selepas selesai tadarus al-Quran di Office. Tak sempat nak update kerana kesibukkan tugas harian dan jemputan sana sini.....


Sebahagian daripada kami yang perempuan yang lain pun ada tapi cukuplah gambar ni aje....

Khamis, 15 Ogos 2013

SALAM PERPISAHAN..........

Perpisahan dengan Ustaz Isahak yang lama berkhidmat di MARA hampir 27 tahun. Bermula dengan seorang GURU MRSM sehinggalah pernah memjadi Pengarah MARA di Mesir. Walaupun tak lama di Bahagian kami tapi jasanya dan tunjuk ajarnya dalam hal ehwal agama amat berharga buat kami yang sentiasa mengharapkan ilmu dunia dan akhirat. Semoga ustaz dan keluarga sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah. Salam perpisahan dari kami semua. Assalammualaikum..
 
 
Bergambar bersama-sama pegawai dan staff perempuan.
 
 
Bergambar bersama pegawai-pegawai lelaki

Selasa, 13 Ogos 2013

RAYA 2013- PART 1....Tidak sah RAYA tanpanya........KETUPAT

KETUPAT......KETUPAT....KETUPAT


Ketupat yang sudah siap direbus dan tunggu masa untuk dimakan kami sekeluarga.....Gempal2 lagi ketupat tu..


Daun ketupat yang sudah siap dianyam sebelum diisikan beras didalamnya. Hasil tangan saya dan abah. Kehebatan tangan abah dan anak perempuannya

 
Step kedua mencantumkannya menjadi seperti menganyam tikar


Step pertama membentuk 3 kali lipatan sebelah kiri dan kanan. Sebelah kiri kepala daun mesti berada di atas dan ekor daun berada dibawah. Sebelah kanan kepala daun mesti berada dibawah dan ekor daun mesti berada diatas.

Isnin, 12 Ogos 2013

RAYA LAGI....with my mom and brother

 
Tahun ini first time adik beraya tanpa isteri di sisi. Nak buat macam mana adik terpaksa bertugas pada hari raya. Isteri balik Terengganu beraya bersama-sama keluarganya. Tak apalah adik kita sama-sama raya sebagai orang bujang. Temankan kakak yang sorang ni yang masih still single. kukuikui.... tetap meriah walaupun beraya sebagai orang bujang yang penting amalan semasa bulan Ramadan dan bulan-bulan sebelumnya diterima dan diberkati Allah. AMIN.



Bersama ibu tersayang. Ampunkan segala kesalahan kami anak-anak mak. Halalkan segala makan minum kami anak-anak mak.
 
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI ANAK-ANAK MAK DAN ABAH.

Ahad, 11 Ogos 2013

RAYA LAGI........HERO-HERO KAMI

Bila hero-hero semuanya beraya. Inilah adik beradik lelaki saya beraya. Yang dah kahwin tahun ini beraya tanpa isteri dan anak-anak. Bukan apa sebab abang dan adik terpaksa bertugas pada hari raya dan tidak dapat cuti raya. Isteri-isteri dan anak-anak beraya di rumah ibu mereka di kampong.
 
 
 
Hero-hero kami bersama abah tersayang. Salam Aidilfitri 2013

Jumaat, 9 Ogos 2013

RAYA LAGI........FIRST RAYA



Bersama-sama dengan abah, adik-adik dan abang di pagi raya pertama.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...