Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 20 Disember 2012

DINNER - TEMPE CILI BERLADA DAN KENTANG GORENG PEDAS

Dinner malam untuk orang bujang paling senang, ringkas, pedas dan cepat. Saya memang penggemar makan makanan yang pedas. Suka masak makanan yang ringkas dan menyenangkan. Telur dadar, kentang goreng pedas dan tempe masak cili berlada.


TEMPE GORENG CILI BERLADA


TELUR DADAR

 KENTANG GORENG PEDAS


Jemput makan semua...........BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

1 HARI 1 AYAT - 4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA

1. AYAH
Seorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. SUAMI
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim (solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. ABANG - ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4. ANAK LELAKI
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.

Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan yang kemudian mereka bertaubat dengan segera maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Rabu, 19 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - TIADA TAKDIR YANG MERUGIKAN

Allah s.w.t menjadikan dunia ini cantik pada pandangan mata. Ia dihiasi dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagian, rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan yang lazat, anak-anak yang menghiburkan dan sebagainya. Antara seseorang dengan seseorang yang lainnya tidak sama kadar dunia yang dimilikinya. Ada antara mereka yang memiliki rumah besar, pangkat tinggi, makan minum yang enak namun ada yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang lain dan makan sekadar kenyang.

Apakah maksud Allah s.w.t tidak memberikan dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-hambaNYA? Walhal kita mengetahui bahawa setiap hamba-hambaNYA mendapat kasih sayangNYA. Dan setiap manusia yang Allah jadikan Allah mengasihi mereka melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya.

Namun takdir yang ditentukan Allah tetap tidak sama sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri. Kasih sayang Allah itu akan dimiliki oleh hamba-hambaNYA yang dapat tunduk kepada takdir Allah sama ada ditakdirkan untuk menjadi orang yang senang atau sebaliknya. Orang-orang beriman sekiranya ditakdirkan menjadi miskin mereka tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun. Mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambaNYA. Jika takdir yang ditentukan itu baik maka di sinilah peluang mereka untuk menjadi hamba yang bersyukur yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk diri mereka sendiri tetapi dapat dirasai sama oleh orang lain.

Jika ditakdirkan kaya dengan kekayaan itu mereka dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebaikan. Sehingga kerana amal soleh itu mereka semakin hampir keapda Allah dan mendapat rahmat serta kasih sayangNYA. Sebaliknya orang-orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik tetapi sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan maka Allah akan membalas dengan rahmatNYA. Allah akan hiburkan dan mengurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan membuat banyak kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuatkan diri terus bergantung hati, bertawakal dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.

Mereka juga cukup yakin Allah itu Maha Bijaksana. Maha suci Allah daripada tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hambaNYA. Allah itu Maha Adil apa sahaja nasib yang menimpa diri seseorang tentulah hasil daripada sifat Maha AdilNYA. Hasilnya kenyakinan ini membuatkan hati semakin redha, merendah diri dan hampir kepada Allah. Seseorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan Allah. Mereka menganggap seolah-olah Allah tidak mengetahui kehendak hatinya.Walhal kerana Maha TahuNYA Allah yang ilmuNYA meliputi segala sesuatu maka Allah memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hambaNYA. Walaupun takdir itu tidak baik pada pandangan si hamba namun jika dia benar-benar berserah kepada Allah dia akan mendapat keuntungan daripada takdir tersebut.

Sebaliknya jika seseoarng yang direzekikan dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan sehingga lupa kepada yang Memberi. Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada jauh daripada Allah disebabkan kelalaiannya. Janganlah kita berasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan Allah terhadap orang lain sehingga berusaha untuk mendapatkannya. Walhal apa yang diperuntukkan Allah kepada seseorang hamba itu pasti tidak sama dan tidak dapat dimiliki oleh hambaNYA yang lain yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu. Meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.

Apa yang patut yang dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir Allah sama ada yang dianggap baik atau tidak. Ini kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan Allah adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu dan hati dianggap baik. Sebaliknya apa sahaja yang menyusahkan dan menyeksa nafsunya dikatakan tidak baik. Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu yang tidak lain hanya mengajak kita ingkar dan memusuhi Allah. Ikutilah nilaian dan ukuran Allah. Jika kita dapat menghadapi setiap  takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaanNYA tentulah setiap takdir itu menguntungkan kita. Hasilnya kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan sentiasa optimis dalam segala tindakan.

Selasa, 18 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - TANDA SOLAT KITA DITERIMA

BismillahirRahmaanirRahim

Dalam Hadis Qudsi disebutkan mengenai orang-orang yang diterima solatnya oleh Allah Swt.
"Sesungguhnya Aku (Allah SWT) hanya akan menerima solat dari orang yang dengan solatnya itu dia merendahkan diri di hadapanKu.
Dia tidak sombong dengan makhlukKu yang lain. Dia tidak mengulangi maksiat kepadaKu. Dia menyayangi orang-orang miskin dan orang-orang yang menderita.
Aku akan tutup solat orang itu dengan kebesaranKu. Aku akan menyuruh malaikat untuk menjaganya. Dan kalau dia berdoa kepadaKu, Aku akan memperkenankannya. Perumpamaan dia dengan makhlukKu yang lain adalah seperti perumpamaan firdaus di surga."
Dalam hadis qudsi tersebut disebutkan bahwa tanda-tanda orang yang diterima solatnya oleh Allah Swt. adalah:

PERTAMA

Dia datang untuk melaksanakan solat dengan merendahkan diri kepadaNya. Dalam Al-Quran keadaan seperti itu disebut dengan khusyuk. Dan solat yang khusyuk adalah salah satu tanda orang yang mukmin. Yang disebut dengan solat yang khusyuk itu bukan yang tidak ingat apa pun. Kerana orang yang tidak ingat apa pun itu disebut pengsan. 
Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ali bin Abi Thalib apabila hendak melakukan solat tubuhnya gemetar dan wajahnya pucat lesu. Sehingga ketika ada orang yg bertanya kepadanya, "Mengapa Anda ya Amirul Mukiminin?" Sayyidina Ali menjawab "Engkau tidak tahu bahawa sebentar lagi aku akan menghadapi waktu amanah." Kemudian Sayyidina Ali membacakan sebuah ayat Al-Quran,

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuwatir akan mengkhianatinya. Dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" (QS 33: 72).
Kemudian Sayyidina Ali melanjutkan ucapannya, "solat adalah suatu amanat Allah yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi dan bukit untuk memikulnya. Tetapi mereka menolaknya dan hanya manusia yang sanggup memikulnya. Memikul amanat bererti mengabdikan diri kepadaNya."

KEDUA

"Dia tidak sombong dengan makhlukKu yang lain." Jadi tanda orang yang diterima solatnya ialah tidak takabur. Takabur menurut Imam Al-Ghazali ialah sifat orang yang merasa dirinya lebih besar daripada orang lain. Kemudian ia memandang rendah pada orang lain itu. Boleh jadi ia bersikap demikian kerana ilmu, amal, keturunan, kekayaan, anak buah atau kecantikannya.
Kalau anda merasa besar kerana memiliki hal-hal itu dan memandang rendah orang lain maka anda sudah takabur. Dan solat anda tidak diterima. Bahkan dalam hadis lain disebutkan bahawa Rasulullah Saw. bersabda:
"Takkan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada rasa takabur walaupun sebesar debu saja.
Biasanya masyarakat akan menjadi rosak kalau di tengah-tengah masyarakat itu ada orang yang takabur. Kemudian takabur itu ditunjukkan untuk memperolehi pujian yang istimewa.

KETIGA

Tanda orang yang diterima solatnya ialah orang yang tidak mengulangi maksiatnya kepada Allah Swt. Nabi yang mulia bersabda, "Barangsiapa yang solatnya tidak mencegahnya dari keburukkan dan kemungkaran maka solatnya hanya akan menjauhkan dirinya dari Allah Swt." Dalam hadis yang lain, Rasulullah Saw. bersabda,
"Nanti pada Hari Kiamat ada orang yang membawa solatnya di hadapan Allah swt. Kemudian solatnya diterima dan dilipat-lipat seperti dilipat-lipatnya pakaian yang kotor dan usang. Lalu solat itu dicampakkan ke wajahnya."
Allah tidak menerima solat itu kerana solatnya tidal dapat mencegah perbuatan maksiatnya setelah ia melakukan maksiat tersebut. Bukankah Al-Quran telah mengatakan "Sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar " (QS 29:45).

KEEMPAT ...

Orang yg diterima solatnya ialah orang yang menyayangi orang-orang miskin.  Dia bukan hanya melakukan rukuk dan sujud saja tetapi dia juga memikirkan penderitaan sesamanya. Dia memberikan sebahagian waktu dan rezekinya untuk membahagiakan orang lain.
Kalau dalam solat anda, anda sudah merasakan kebesaran Allah dan tidak takabur dan kalau anda sudah tidak mengulangi perbuatan maksiat sesudah solat dan kalau anda sudah mempunyai perhatian yang besar terhadap kesejahteraan orang lain maka Allah akan melindungi anda dengan jubah kebesaranNya. 
Allah akan memberi kepada anda kemuliaan dengan kemuliaanNya dan membungkus anda dengan busana kebesaranNya. Di samping itu Allah akan menyuruh para malaikat untuk menjaga anda dan para malaikat itu akan berkata sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran,
"Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat. Di dalamnya kamu akan memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula) di dalamnya apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepadamu" (QS 41: 31)


Isnin, 17 Disember 2012

TELEFILEM TV3 - PEREMPUAN ITU IBUKU

PEREMPUAN ITU IBUKU


Dengar tajuk aje dah rasa mesti bagus ceritanya. Selepas tengok cerita drama ini malam tadi memang tabiklah....BEST dan memang memberi keinsafan kepada kita. Dengan selingan lagu yang memang touching dan kena dengan jalan ceritanya. First time dengar lagu tu malam tadi terus cari dalam internet siapa yang nyanyi. Akhirnya dapat siapa dia yang menyanyikan lagu yang menyentuh perasaan dan memberikan keinsafan itu. AKU YANG BERDOSA memang benar2 berdosa......


SINOPSIS PEREMPUAN ITU IBUKU


Perempuan Itu Ibuku mengisahkah Azri dibesarkan di lorong pelacuran di sekitar Chow Kit apabila ibunya, Zainun dipaksa menjadi pelacur setelah ayahnya dijatuhkan hukuman gatung sampai mati atas kesalahan memiliki dadah. Dadah tersebut sebenarnya dimiliki oleh Johan, seorang pengedar dadah dan juga bapa ayam. Johan menuntut ganti rugi daripada Zainun. Apabila Zainun gagal membayar, Johan memaksa Zainun menjadi pelacur dan mengugut akan membunuh Azri sekiranya Zainun berpaling tadah. Azri yang kecewa dengan kehidupannya, sering menghabiskan masa di Masjid Kampung Baru. Selain mendapat makanan daripada mereka yang bersedekah, Azri selalu mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh imam masjid berkenaan iaitu Pak Hamid. Minat yang mendalam dalam bidang agama menyebabkan Azri berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Wilayah apabila mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, kemudian menyambung pelajaran ke Timur Tengah. Setelah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia, Azri terus mencari Zainun dan cuba membawa Zainun ke pangkal jalan. Bagaimanapun Zainun agak keberatan untuk meninggalkan rumah pelacuran. Azri amat kecewa lebih-lebih lagi apabila mendapati Zainun kini telah menjadi ibu ayam.

Lakonan:  Shukri Yahaya, Sherry Merlis, Izreen Azminda dan Zamarul Hisyam.

PELAKON UTAMA SHUKRI YAHAYA

Lirik Lagu Aku Yang Berdosa – Shahir

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh padaMu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepadaMu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu


Ahad, 16 Disember 2012

1 HARI 1 AYAT - WAKTU-WAKTU HARAM SOLAT DHUHA

Sebelum melaksanakan solat dhuha ada baiknya kita mengetahui waktu-waktu yang diharamkan melaksanakan solat secara umum. Kerana walaupun solat dhuha hukumnya sunnah tetapi bila dilaksanakan pada waktu yang haram bukanlah pahala yang kita dapat malah jadi dosa.
Berikut waktu-waktu yang diharamkan untuk melaksanakan solat yang berdasarkan hadits-hadits Rasul iaitu:

1. Rasulullah SAW:
Dari Ibnu Abbas berkata: “Datanglah orang-orang yang diredhai dan ia redha kepada mereka iaitu Umar, ia berkata bahawasanya Nabi s.a.w melarang solat sesudah Subuh hingga matahari bersinar dan sesudah Asar hingga matahari terbenam.” [HR. Bukhari]
 2. Dari Ibnu Umar berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila sinar matahari terbit maka akhirkanlah (jangan melakukan) solat hingga matahari tinggi. Dan apabila sinar matahari terbenam maka akhirkanlah (jangan melakukan) sholat hingga matahari terbenam”. [HR. Bukhari]
3. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w melarang dua solat.
Beliau melarang solat sesudah solat Subuh sampai matahari terbit dan sesudah solat Asar sampai matahari terbenam. [HR. Bukhari]
4. Dari Muawiyah ia berkata (kepada suatu kaum): “Sesungguhnya kamu melakukan solat (dengan salah).
Kami telah menemani Rasulullah s.a.w kami tidak pernah melihat beliau melakukan solat itu kerana beliau telah melarangnya iaitu dua rakaat sesudah solat Asar”. [HR. Bukhari]
5. Dari Uqbah bin Amir: “Rasulullah s.a.w melarang solat pada tiga saat:
(1) ketika terbit matahari sampai tinggi,
(2) ketika hampir Zuhur sampai tergelincir matahari,
(3) ketika matahari hampir terbenam.” [HR. Bukhari]
6. Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah s.a.w telah melarang solat pada waktu tengah hari tepat (matahari di atas kepala) sampai tergelincir matahari kecuali pada hari Jumaat. [HR. Abu Dawud]
Menurut jumhur ulama sholat ini adalah sunat Tahiyatul Masjid selain solat ini tetap dilarang melakukan solat apapun.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w “Matahari terbit dengan diikuti syaitan. Pada waktu mulai terbit, matahari berada dekat dengan syaitan dan ketika telah mulai meninggi berpisah darinya.
Pada waktu matahari berada tepat di tengah-tengah langit, ia kembali dekat dengan syaitan, dan ketika telah zawal (condong ke arah barat) ia berpisah darinya. Pada waktu hampir terbenam ia dekat dengan syaitan dan setelah terbenam ia berpisah lagi darinya.” [HR. Nasa’i]
Waktu-waktu itu adalah waktu yang haram untuk solat. Ertinya apabila kita melakukan solat sunat pada waktu haram maka bukan pahala yang kita dapatkan melainkan dosa.

Waktu-waktu haram solat Dhuha:
1. Waktu haram sesudah Solat Subuh hingga matahari bersinar.
2. Waktu haram ketika hampir masuk waktu Zuhur hingga tergelincir matahari, atau kurang lebih jam 11:30 AM hingga 12:00 PM
Dari Zaid bin Arqam, bahawa ia melihat orang-orang mengerjakan solat Dhuha [pada waktu yang belum begitu siang maka ia berkata: “Ingatlah sesungguhnya mereka telah mengetahui bahawa solat Dhuha pada selain saat-saat seperti itu adalah lebih utama kerana sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Solatnya orang-orang yang kembali kepada ALLAH adalah pada waktu anak-anak unta sudah bangun dari pembaringannya kerana tersengat panasnya matahari”.
-HR. Muslim-

Sabtu, 15 Disember 2012

TERAPI MINDA - MAKANAN DAN MINUMAN AHLI NERAKA

BismillahirRahmaanirRahim ...

Rasulullah Saw. bersabda: "Ahli neraka itu hitam wajahnya, gelap penglihatannya dan hilang akalnya. Kepala mereka bentuknya seperti kubah, badan-badan mereka seperti guntung, matanya melotot, tinggi mereka seperti gunung dan rambut mereka berdiri seperti bambu.
Tidak ada bagi mereka suatu kematian di mana mereka boleh mati dan tiada pula hidup di mana mereka boleh hidup. Setiap penghuni neraka mempunyai 70 kulit dari kulit kulit yang satu ke kulit yang lain terdapat 7 lapis dari api neraka, perut mereka berisi ulat-ulat dari api neraka yang mereka dengar suaranya seperti suara-suara haiwan buas.
Rantai dan belenggu dikalungkan pada mereka dan gada dipukulkan pada tubuh mereka kemudian mereka diseret pada wajahnya." 
Rasulullah Saw bersabda: "Saat-saat yang menyedihkan bagi penghuni neraka adalah sewaktu mereka merintih-rintih: "Wahai Tuhan kami siksa telah meliputi kami." Mereka terpenjara di dalam neraka terbelenggu dengan belenggu neraka. Kalau mereka diam tidaklah dikasihi mereka sabar pun tidak selamat. Jika mereka merintih tidaklah memperoleh perhatian.
Mereka merintih-rintih dengan kerosakan, celaka serta hina. Mereka bersama-sama didalam penjara yang kekal serta diliputi rasa penyesalan. Mereka disiksa lama sekali tempat masuk mereka sempit, nanah mereka mengalir terus, aurat mereka terbuka dan warna mereka berubah."
Orang-orang yang celaka itu berkata: "Ya Tuhan kami, kesesatan telah mengalahkan kepada kami dan kami ini adalah termasuk kaum yang sesat. Ya Tuhan kami, hilangkanlah dari kami siksa ini sesungguhnya kami termasuk orang-orang yang beriman."
Rasulullah Saw. bersabda: "Saat-saat yang paling menyedihkan bagi ahli neraka adalah disaat Allah menciptakan gunung bagi mereka yang dinamakan "Gunung Shu'ud" Mereka naik pada puncak gunung tersebut dengan (menyeret) wajah mereka selama 1000 tahun. Sehingga ketika mereka boleh menaiki gunung itu, gunung itu melemparkan mereka kedasar neraka Jahanam (akhirnya) mereka semua menyesal menaikinya."
Rasulullah Saw. bersabda: "Saat-saat yang sangat menyedihkan bagi ahli neraka adalah ketika mereka meminta hujan maka datanglah mendung yang hitam di atas mereka lalu mereka berkata: "Hendak turun hujan dari sisi Allah Yang Maha Penyayang." Maka turunlah batuan neraka kepada mereka sehingga menimpa kepala mereka kemudian batu itu keluar dari duburnya.
Lalu mereka meminta kepada Allah Swt. selama 1000 tahun agar diturunkan hujan kepada mereka lalu tampaklah awan hitam di atas mereka maka berkatalah mereka: "Inilah awan hujan." Ternyata yang menghujani mereka adalah ular-ular yang besarnya bagai leher unta. Dan barang siapa yang digigit ular itu dengan sekali gigitan maka tidak akan hilang sakit akibat gigitan tersebut selama 1000 tahun."
Allah Swt. berfirman yang ertinya: "Kami tambahkan kepada mereka dengan siksa di atas suatu siksa yang akibat dari mereka selalu berbuat kerusakan." (Qs. An-Nahl: 88).
Rasulullah Saw berbada: "Saat-saat yang sangat menyedihkan bagi ahli neraka adalah ketika mereka memanggil Malaikat Malik as. selama 70000 tahun dan mereka tidak mendapat jawapan.
Maka mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya Malaikat Malik tidak mahu menjawap kepada kami." Kemudian Allah Swt. berfirman: "Wahai Malik jawablah ahli neraka ini." Lalu Malaikat Malik berkata: "Apakah yang kalian katakan wahai ahli neraka orang-orang yang dimurkai Allah."
Maka mereka menjawab: "Wahai Malik, berilah kami minum agar kami merasa puas olehnya kerana api-api telah membakar daging-daging kami, tulang-tulang kami, kulit-kulit kami serta telah merobek-robek tulang kami dan telah memotong-motong hati kami." 
Lalu Malaikat Malik memberikan kepada mereka minuman air yang mendidih. Pada saat minuman itu mereka pegang maka bekecailah jari-jari mereka. Saat air itu telah sampai kewajah mereka maka berjatuhanlah mata dan pipi mereka. Dan disaat air itu masuk keperut mereka maka terputuslah usus-usus dan hati mereka."
Rasulullah Saw. bersabda: "Saat-saat yang menyedihkan bagi ahli neraka adalah ketika mereka menginginkan makanan maka didatangkanlah kepada mereka makanan kayu Zaqqum.
Ketika mereka memakannya maka mendidihlah apa yang ada didalam perut mereka dan otak mereka serta gusi-gusi mereka. Kemudian keluarlah dari mulut mereka api yang menjilat-jilat dan berkecailah anggota tubuh mereka diantara telapak kakinya."
Rasulullah Saw. bersabda: "Saat-saat yang sangat menyedihkan bagi ahli neraka adalah ketika dipakaikan kepada mereka pakaian dari cairan timah dan tembaga. Ketika pakaian itu dipakaikan kepada mereka maka terkupaslah kulit mereka. Orang-orang yang celaka itu berada dalam neraka dalam keadaan buta, bisu dan tuli.
Maka semua orang yang lapar sudah tentu menginginkan makanan kecuali ahli neraka semua orang yang telanjang pasti memerlukan pakaian kecuali ahli neraka dan semua mayat itu menghendaki suatu kehidupan kecuali ahli neraka kerana sesungguhnya mereka itu selalu menghendaki kematian (tetapi mereka tidak dapat mati).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...