Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 7 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

1. Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah saw bersabda, “Apa yang aku perintahkan kepadamu maka kerjakanlah dan apa yang aku larang bagimu maka tinggalkanlah."

2. Dari Abu Hurairah: Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa taat kepadaku, bererti dia telah taat kepada Allah SWT dan barangsiapa menderhakaiku bererti dia durhaka kepada Allah SWT."

3. Dari Abu Hurairah: Rasulullah saw bersabda, "Akan sentiasa ada di kalangan umatku sekelompok (ahli hadis (mengikut terjemahan Imam Ahmad bin Hambal) orang yang tegak (dalam memperjuangkan) perintah Allah S.W.T. Tidak ada membahayakan mereka tindakan orang-orang yang menentangnya.”

4. Dari Irbadh bin Sariyah: Pada suatu hari Rasulullah saw berdiri berkhutbah di tengah-tengah kami. Kemudian beliau saw memberikan nasihat yang sangat mengesankan yang menggetarkan hati dan membuat air mata bercucuran.

Beliau saw ditanya, “Ya Rasulullah saw, engkau menasihati kami dengan nasihat perpisahan, maka berilah kami amanat.”
Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT dengan mendengar dan taat meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.”

Rabu, 6 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - TANDA-TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

22 Tanda Kiamat Sudah Dekat

Setidaknya ada 22 tanda apabila kiamat akan segera datang, hal ini berdasarkan berbagai riwayat dari sahabat nabi, hadidts dan sebagainya. 
Nabi Muhammad SAW telah memberitahu rahsia akan datangnya kiamat kepada umatnya dengan tujuan umatnya akan siap dalam menghadapinya.

KIAMAT 
Berikut Tanda-Tanda Kiamat akan Segera Datang:

1. Solat ditinggalkan. 
2. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
3. Pezina banyak yang menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar.
Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
6. Membayar zakat dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat bebas tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki kahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan mendurhakai ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. 
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak,bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan solat, membuka aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong tidak ada jemaahnya.
15. Ramai yang solat tetapi munafik dan berpura-pura.
Di dalam solat berjanji akan mengikut suruhan Allah SWT tetapi di luar solat melanggar perintahNya.
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba bermaharajelela hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering terjadi pembunuhan, peperangan.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan perintah agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Selasa, 5 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - TIGA TANDA KEMATIAN YANG PASTI MENEMUI KITA

TIGA TANDA KEMATIAN YANG PASTI MENEMUI KITA

Dikisahkan bahawa malaikat maut (Izrail) bersahabat dengan Nabi Ya'kub AS. Suatu ketika Nabi Ya'kub berkata kepada malaikat maut. "Aku menginginkan sesuatu yang harus kamu penuhi sebagai tanda persaudaraan kita."
"Apakah itu?" tanya malaikat maut. "Jika ajalku telah dekat, beri tahu aku." Malaikat maut berkata, "Baik aku akan memenuhi permintaanmu, aku tidak hanya akan mengirim satu utusanku, namun aku akan mengirim dua atau tiga utusanku." Setelah mereka bersepakat, mereka kemudian berpisah.
Setelah beberapa lama, malaikat maut kembali menemui Nabi Ya'kub. Kemudian, Nabi Ya'kub bertanya, "Wahai sahabatku, apakah engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
"Aku datang untuk mencabut nyawamu." Jawab malaikat maut. "Lalu, mana ketiga utusanmu?" tanya Nabi Ya'kub. "Sudah kukirim." Jawab malaikat, "Putihnya rambutmu setelah hitamnya, lemahnya tubuhmu setelah kuatnya dan bungkuknya badanmu setelah tegapnya. Wahai Ya'kub, itulah utusanku untuk setiap bani Adam." 
Kisah tersebut mengingatkan tentang tiga tanda kematian yang akan selalu menemui kita iaitu memutihnya rambut, tubuh semakin lemah dan bungkuknya badan. Jika ketiga atau salah satunya sudah ada pada diri kita itu bererti malaikat maut telah mengirimkan utusannya. Kerana itu setiap Muslim hendaknya sentiasa mempersiapkan diri untuk menghadapi utusan tersebut.
Kematian adalah kepastian yang akan dialami oleh setiap manusia sebagaimana yang telah ditegaskan dalam firman Allah SWT, "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati." (QS Ali Imran [3]: 185).
Kerana itu, kita berharap agar saat menghadapi kematian dalam keadaan tunduk dan patuh kepada-Nya. "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam." (QS Ali Imran [3]: 102).
Tidaklah terlalu penting kita akan mati tapi yang terpenting adalah sejauh mana persiapan menghadapi kematian itu. Rasulullah SAW mengingatkan agar kita bersegera untuk menyiapkan bekal dengan beramal saleh. Bersegeralah kamu beramal sebelum datang tujuh perkara: kemiskinan yang memperdaya, kekayaan yang menyombongkan, sakit yang memayahkan, tua yang melemahkan, kematian yang memutuskan, dajjal yang menyesatkan, dan kiamat yang sangat berat dan menyusahkan." (HR Tirmidzi).
Bekal adalah suatu persiapan, tanpa persiapan tentu akan kesulitan dalam mengarungi perjalanan yang panjang dan melelahkan. Oleh karena itu, "Berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa." (QS Al-Baqarah [2]: 197).

Isnin, 4 Februari 2013

CUCI MATA DI PESTA BUKU PWTC

Cuti hari Wilayah hari tu pergilah ke Pesta Buku di PWTC. Hari Jumaat hari tu pergi bersama dengan kawan baik. Hari Ahad pergi pulak dengan kawan serumah. Biasalah saya bukannya penggemar buku tapi memang suka jalan-jalan sekadar tengok-tengok buku-buku yang dipamerkan. Temankan kawan dan rakan serumah yang sememangnya penggemar buku.


Saya paling suka tengok gerai yang ada jual buku-buku agama. Dapatlah rembat satu cd agama. Tu ajalah yang berkenan di hati setakat ini.


Tak sangka pulak masa tengah kusyuk belek-belek buku dan majalah tiba-tiba ada pengumuman istimewa kehadiran pelakon-pelakon JUVANA. Apa lagi pergilah jumpa. Sporting gileer diorang berdua ni.....Tu dia Adam Syah dan Syazwan Zulkifli. Saya suka kamu berdua berlakon.


Sempat jugak posing dengan mereka berdua. Bolehlah....

Lepas aje habis borong beli buku-buku tu kami terus pergi ke pameran karya MAMBONG. Pameran karya tu kat bawah aje. MAMBONG ni bapa kepada pelakon baru Ema Mambong dan Cha cha Mambong kalau tak silaplah......Cantik karya-karya En. Mambong ni






Itulah karya-karya en. Mambong berkenaan Kesultanan Mealyu Melaka. Memang cantikkan karya-karyanya. Ada seni dan sejarah yang tersendiri.

Ahad, 3 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - SOLAT SUNAT UNTUK MEMUDAHKAN KELUARNYA ROH

Untuk memudahkan roh keluar dari badan apabila tibanya sakaratul maut disunatkan untuk mendirikan sembahyang khas memohon kepada Allah s.w.t akan perkara ini. Sebaik-baiknya ianya dilakukan dengan istiqamah (berterusan) sewaktu seseorang itu masih sihat dan bukan ketika dia sudah terlalu sakit.

Sembahyang ini dilakukan sebanyak 2 rakaat sahaja. Manakala waktunya ialah selepas sembahyang fardhu Maghrib atau Isyak.

CARA MELAKSANAKANNYA

1. Lafaz dan niat sembahyang ialah:


Ertinya: " Sahaja aku sembahyang bagi memudahkan kematian 2 rakaat kerana Allah taala."

2. Surah yang dibaca selepas Fatihah:
Rakaat yang pertama: Surah Al-Zalzalah (15 kali)
Rakaat yang kedua: Sama seperti rakaat pertama

3. Selepas memberi salam bacalah doa seperti ini:


Ertinya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada Tuhan melainkan Allah yang merajai yang Maha Benar dan memberi penjelasan nyata. Muhammad itu Rasulullah yang benar, jujur dan dipercayai. Ya Allah wahai Tuhan yang kekal kurnianya atas umat manusia, wahai yang pemurah dengan pemberiannya, wahai yan memiliki perbendaharaan yang banyak. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhamamd, sebaik-baik manusia dan amounilah kami wahai zat yang Maha Mulia dalam kehidupan ini."

Sabtu, 2 Februari 2013

IRSHAD DAH 3 BULAN



Hari ini IRSHAD genap 3 bulan. Dah pandai melayan. Ramah sungguh dia kalau ada orang melayannya. Kalau balik kampung memang tak sabar-sabar nak jumpa IRSHAD dan 2 orang beradik tu. Inilah yang dikatakan Rahmat Allah dan rezeki Allah. Setiap anak yang dilahirkan itulah rezeki kita. Walaupun belum ada anak sendiri tapi tempias dari anak2 buah kesayangan ini memang terasa. Itulah nikmat yang paling berharga yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau diberi pilihan mahu rasanya memilih rezeki anak-anak dari kekayaan wang ringgit. Tapi apa-apa pun bersyukur dengan segala rezeki pemberian Allah. ALHAMDULILLAH

Jumaat, 1 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - 10 ORANG YANG SOLATNYA TIDAK DITERIMA

10 Orang Solatnya Tidak Diterima Oleh Allah

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...