Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 8 Januari 2013

SERUPA DAN SAMA......IRFAN DAN IRSHAD

  ALONG IRFAN

Sama dan serupakan mereka berdua. Sudah tentulah kerana mereka berdua adik-beradik. Yang atas tu abang long masa kecik tapi tak ingatlah berapa bulan. Yang bawah ni Irshad baru nak 3 bulan. Tang mata tu memang tak boleh nak dinafikan. Sama dan serupa. Tang kepala botak pun sama. Tak tumbuh-tumbuh lagi rambut tu. Apa-apa pun kami semua doakan semoga abang long dan baby Irshad menjadi anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan kedua ibubapanya. Menjadi anak yang taat dan InsyaAllah doa dari kami semua moga menjadi ahli tahfiz dan penghafal al-quran. InsyaAllah walaupun besar cita-cita kami tapi kami percaya dengan izin Allah dan doa yang tak putus-putus dari kami semua.

BABY IRSHAD

Ahad, 6 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - 11 PERKARA YANG HARUS DISEGERAKAN

11 PERKARA YANG HARUS DISEGERAKAN

Sahabatku inilah hal hal yang harus disegerakan ...

1. Segera BERTAUBAT sebelum ajal tiba.
2. Segera tegakkan SOLAT sebelum habis
waktunya.
3. Segera tunaikan ZAKAT sebelum datang bala kerana zakat menolak bala.
4. Segera laksana HAJI kalau sudah mampu kalau tidak mati seperti orang yahudi.
5. Segera selesaikan HUTANG kalau tidak jadi perkara di alam kubur.
6. Segera minta MAAF kalau tidak dibalas di akhirat.
7. Segera menguburkan jenazah muslim.
8. Bila telah selesai satu urusan bersegeralah menyelesaikan urusan berikutnya.
9. Segera NIKAH kalau tidak banyak fitnah.
10. Segera mengembalikan harta yang tidak halal kalau tidak akan menjadi bahan siksaan di akhirat.
11. Setelah mendengar nasihat baik segera mengamalkannya.

“Subhanallah semoga ALLAH jadikan kita hambaNYA yang tidak mensia-siakan waktu hidup di dunia sebentar ini untuk bekal panjang di akhirat nanti"........

Sabtu, 5 Januari 2013

ALONG IRFAN DAH JADI ABANG LONG.....

Sekarang dah jadi 3 beradik....Along bukan setakat jaga adik angah sekarang dah kena jaga baby irshad...Dah jadi abang long sekarang......


Abang Along bersama dengan adik Angah dan baby Irshad


Apa yang abang long buat adik angah pun ikut buat. Along pinjam handphone ayah. Adik angah pinjam handphone ibu. Baru adil. Along tengok ultramen dalam handphone ayah. Adik angah tengok upin dan ipin dalam handphone ibu. Baju pun kena sama warna. Tak boleh lain-lain. Apa-apapun kamu berdua tetap wajah kesayangan kami semua. Tiada mereka di rumah terasa rindu yang teramat sangat.

Abang Angah yang tak boleh berpisah dengan abang long



Huhuhu  seriusnya Abang Long........Tapi kalau adik2 tiada didepan matanya memang dicarinya...Tanya mana adiknya Angah Irham dan baby Irshad

Jumaat, 4 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - BERSYUKURLAH DENGAN PASANGAN KITA

Apabila kita seseorang yang sudah mengetahui betapa pentingnya beristikharah sebelum memilih calon hidup. Ada lafaz dalam doa setelah solat istikharah: 
"...Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik bagiku dalam urusanku di dunia dan di akhirat, (atau baik bagi agama, kehidupan, dan akhir urusanku), maka takdirkanlah hal tersebut untukku, mudahkanlah untukku dan berkahilah ia untukku. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara tersebut buruk bagi agama, kehidupan dan akhir urusanku (atau baik bagiku dalam urusanku di dunia dan akhirat), maka palingkanlah ia dariku, dan palingkanlah aku darinya dan takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya." bukan?

Waktupun berganti dan hari kebahagiaan yang dinanti itu pun tiba. Hari demi hari kita lalui banyak hal di dalamnya...keti­ka itulah seringkali kita lupa bahawa pasangan kita adalah pilihan terbaik yang telah Allah pilihkan untuk bersama kita, baik dia sesuai atau tidak dengan keinginan dan citarasa "terbaik" versi kita.

Ketika kita menemukan kekurangan-keku­rangannya, kenapa kita membandingkan dia dengan pasangan orang lain, ataupun mengingini pasangan yang mempunyai banyak kelebihan sehingga terdetik dihati kita,"Seandain­ya Fulaan/­Fulaanah yang jadi pasangan kita..."

Jika kita menyaksikan seorang yang suka memberi hadiah cantik bahkan mahal bagi pasangannya mungkin terbit rasa kagum dalam hati kita hingga batin kita pun berkata, "Kalaulah pasanganku adalah dia...". Jika kita menemukan ada pasangan yang begitu romantis dan penyayang, "Seandainya pasanganku adalah dia...". Jika kita mendapatkan seorang yang tinggi ilmu serta bagus amalannya, "Kiranya pasanganku adalah dia..." dan bermacam lagi harapan semuanya atas keinginan lainnya. Mulalah kita membandingkan serta mengharap pasangan agar seiring dengan kemahuan kita.

Wahai jiwa...ketahuil­ah bahawa tidak ada manusia yang sempurna. Mengapa kita tidak banyak melihat kelebihan-keleb­ihan pasangan kita jua? Boleh jagi dia tidak romantik, namun dia seorang yang kelakar. Boleh jadi dia tidak suka berbicara, namun dia seorang yang rajin membantu pekerjaan rumah tangga. Boleh jadi begini, begitu, demikian...dan demikian....Mak­a, renungkanlah akan hal itu...Apakah kiranya dia juga tidak menemukan kekurangan dalam diri kita? Tidak mungkin begitu adanya. Sebagaimana hati kita berkata  tidak mustahil dia juga boleh melakukan hal yang sama? Bagaimana jadinya jika kedua belah pihak mengharapkan kelebihan pasangan yang dimiliki orang lain dan fikiran itu selalu berlegar-legar dalam jiwa dan fikiran keduanya. 
Maka, hargai, sayangi, dan cintai pasangan kita dengan segala kekurangan serta kelebihannya. Menerima kekurangannya tidak bererti menafikan pemberian nasihat kebaikan dan perbaikilah diri sendiri agar dia menjadi pasangan yang lebih baik dari sebelumnya. Akan tetapi, menerima kekurangan bererti berusaha berlapang dada dan bersabar untuk kekurangan yang tidak boleh dia perbaiki atau yang sedang dia perbaiki tetapi amat sukar untuk berubah.

Ini pun tidak menafikan munculnya perasaan jemu atau kesal akibat dari kekurangannya (kadang kala). Perasaan jemu dan kesal wajar adanya, asalkan tidak membuat kita mengingkari pemberiannya ibarat "Panas setahun dihapus oleh hujan sehari" atau mengharapkan menjadi sama seperti dengan pasangan orang lain. Kita tidak menemukan pasangan yang baik seperti malaikat tanpa cela pada dirinya bukan? Ya, sebagaimana dia juga tidak menemui bidadari cantik yang anggun sempurna itu pada diri kita...kerana sifat-sifat yang demikian hanya akan kita dapatkan di syurga.

Diakui kebanyakan wanita merupakan penghuni neraka, kerana mereka telah mengkufuri kebaikan suaminya.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يْنُظُرُ اللهُ إِلَى امْرَأَةٍ لاَ تَشْكُرُ لِزَوْجِهَا وَهِيَ لاَ تَسْتَغْنِي عَنْهُ

Dari 'Abdullah ibn 'Umar radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ‘Allah tidak akan melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya padahal dia memerlukannya.­’" (HR. An-Nasa’i dalam Isyratun Nisa’ dari Kitab As-Sunan Al-Kubra. (Hadis: Ash-Shahihah no. 289)

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ، يَكْفُرْنَ» قِيلَ: أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ؟ قَالَ: " يَكْفُرْنَ العَشِيرَ، وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا، قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ "

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu, dia berkata," Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ‘Neraka diperlihatkan kepadaku, ternyata kebanyakkan penghuninya adalah wanita disebabkan kerana kekufuran mereka.’ Ada yang bertanya, ‘Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?’ Beliau menjawab,‘(Tida­k, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka pada suatu masa, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) niscaya ia akan berkata, ‘Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu’"(HR.Buk­hari no.29)

Pandangilah segala sesuatu yang ada dalam diri pasangan dalam bingkai kacamata syukur, bukan kufur...sehingg­a terpahat sebuah keyakinan bahawa “Biarlah orang berkata, diriku ibarat mendapat sebongkah batu hitam yang kurang berharga. Akan tetapi, bagiku engkau laksana permata yang begitu indah dipandang mata…kerana aku melihatmu bukan hanya dengan dua mata yang berada di kepala namun dengan mata hati yang bersemayam di dalam jiwa…”

Mudah-mudahan Allah memberi kemudahan bagi setiap langkah kita dalam mengayuh bahtera rumah tangga agar menjadikan kita sebagai wanita shaalihah yang sentiasa mensyukuri nikmat-Nya dalam diri pasangan kita dan mensyukuri apa yang telah pasangan kita berikan kepada kita.



Khamis, 3 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERINYA

''10 CONTOH PENTING BAGAIMANA RASULULLAH MELAYANI ISTERINYA''

1. Kalau ada pakaian yang koyak Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah beliau selalu membantu dalam urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan mesra untuk Sayidatina Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan ’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata,‘Jika begitu aku puasa sahaja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga jadi aku pukullah dia.’‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam,.‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda,’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain ketika di depan orang ramai mahupun dalam bersendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

10. Hakikatnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina Aisyah,‘Ya Rasulullah bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak,‘Ya Aisyah apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

Rabu, 2 Januari 2013

IRSHAD DAH 2 BULAN...........


Hari ini genap baby IRSHAD berusia 2 bulan (02.01.2013). Comelnya baby Irshad. Seronok sangat melayan kerenah Irshad. Bila melayannya bercakap Irshad pun nak jugak. Ramahnya dia. Dah pandai keraskan badan dan tak suka nak baring. Suka dipegang dan didukung. Seronoknya dapat melayan kerenah baby kecilkan. Betapa sucinya mereka inikan. Tanpa dosa dan bau mereka pun sangat wangi. 

Selasa, 1 Januari 2013

SERUPA dan SAMA....IRSHAD dan IRFAN

01.01.2013 saya berada di kampung. Seronok sangat kali balik sebab dapat jumpa baby Irshad. Baby Irshad dah mula dijaga oleh Wan nya. Ibu dah mula bekerja. Terkejut juga pada mulanya bila tengok baby Irshad. Masa baru lahir wajah macam angah IRHAM. Tapi bila dah 2 bulan ni nampak sangat macam along IRFAN. Dah sah kalau besar sikit sebijik dan serupa macam along IRFAN.



Baby Irshad berusia 2 bulan.


Along IRFAN masa baby......................sebijik dan serupakannnnnnnnnnnnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...