Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 6 November 2012

1 HARI 1 AYAT - KEKUATAN SEDEKAH

KEKUATAN SEDEKAH
Hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ahmad:
Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, " Ada iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi).

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api).

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air).
Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?"
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada iaitu angin" (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).
Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". 
Ertinya yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.
Berkaitan dengan ikhlas ini, Rasulullah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah: " Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya".
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata-mata tanpa berasa ingin dipuji dianggap dermawan, dihormati, dan lain-lain yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

GANJARAN BERSEDEKAH

Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkat. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang bersedekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW.
Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah".{Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan) oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui".{Qs. Al Baqarah (2) : 261} 
Rasulullah SAW bersabda,"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".
  
TOLAK BALA DENGAN SEDEKAH

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW. : 
"Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah".
"Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas dan lain-lain. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran bukan lagi urusan kita kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum solat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkat dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung di sisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

1 HARI 1 AYAT - MENYAPU DAHI DAN HIDUNG SESUDAH SOLAT

Daripada Abu Said al-Khudri: " Aku melihat Rasulullah s.a.w sujud di atas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya." (Riwayat al-Bukhari)

Kefahaman yang dapat diambil daripada hadis ini ialah:-

1. Nabi s.a.w tidak menyapu dahi Baginda semasa solat walaupun dahi Baginda terdapat kesan tanah dan air di dahi Baginda.

2. Nabi s.a.w juga tidak menyapu dahinya selepas solat. Kalaulah terdapat ihtimal selepas solat maka itu kerana membuang kesan tanah, air dan seumpamanya yang ada di dahi. Biasanya kini kita sujud di atas permaidani yang bersih. Maka keperluan menyapu dahi juga bukanlah daripada perbuatan solat yang mesti dibuat. Sahihnya Nabi Muhammmad s.a.w juga tidak melakukannya. Al Hafiz ibn Hajar al-Syafii pula menyatakan bahawa jika Nabi s.a.w melakukannya pun maka ia tindakan menyapu habuk, debu dan kesan tanah di dahi Baginda. Ia termasuk dalam bab jibliyyah (perkara semulajadi kemanusiaan) dan bukannya satu amalan untuk merapatkan diri kepada Allah s.w.t (Fath al-Bari, jil.2 hlmn 416)

Walaupun demikian menurut ulama mazhab Syafii, perbuatan menyapu dahi selepas solat digalakkan berdasarkan hadis berikut:-
" Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil berdoa yang bermaksud: " Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, jauhkan aku daripada kesakitan dan kedukacitaan." (Riwayat al-Tabarani)

Satu lagi hujah berkaitan seperti yang terdapat dalam hadis: " Daripada Qatadah sesungguhnya dia telah menyapu dahinya apabila selesai solat sebelum memberi salam." (Munnannaf Abdul Razzak. jil. 2 hlmn 42)

Menurut ulama Syafii contohnya dalam I'anah al-Talibin walaupun hadis ini daif, ia masih digalakkan untuk dilakukan kerana termasuk dalam kategori fada'il a'-amal (kelebihan-kelebihan amalan). Namun amalan ini tidak dijumpai dalam kitab muktamad mazhab Syafii seperti a-Um, Rawdah al-Talibin, Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj dan lain-lain.

Justeru menisbahkan pendapat menyapu muka seleaps solat kepaad mazhab Syafii masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi beberapa ulama bermazhab Syafii dan bukan pendapat mazhab.



*** Sumber: Formula Solat Sempurna: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (Terbitan Telaga Biru) - Majalah Solusi (Isu No. 45)

Isnin, 5 November 2012

1 HARI 1 AYAT - 10 SEBAB DOA TERTOLAK DAN SYARAT TERKABULNYA DOA

10 SEBAB DOA TERTOLAK

Ketika Ibrahim bin Khadam (seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu:-

PERTAMA
Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
 KEDUA
Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya.
KETIGA
Kamu telah membaca Al Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
KEEMPAT
Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya. 
KELIMA
Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
KEENAM
Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
KETUJUH
Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
KELAPAN
Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya. 
KESEMBILAN
Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri.
KESEPULUH
Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka.

SYARAT TERKABULNYA DOA...

Semua manusia yang berdoa tentunya ia ingin agar doanya itu terkabul. Dan agar doanya itu terkabul maka dibutuhkan adanya beberapa syarat diantaranya sebagai berikut:-
1. Disyaratkan adanya kesucian hati yakni jangan asal mulut bergerak sementara hati melayang ke sana ke mari.
2. Disyaratkan bersih dari noda dan dosa yakni tidak makan barang yang haram. Seperti makan hasil rasuah, mencuri atau menipu orang.
3. Disyaratkan harus bersungguh-sungguh yakni tidak sekadar hanya mengharap.
4. Disyaratkan harus berkeyakinan bahawa doanya itu pasti akan di kabulkan.
5. Disyaratkan tidak berputus asa bila doanya belum terkabulkan.
6. Disyaratkan berdoa tidak pada perkara yang di larang atau mustahil didapati. Umpamanya berdoa mohon dijatuhkan wang yang sekarung dari langit.

ADAB BERDOA

Untuk mencapai doa yang dikabulkan diharuskan adanya beberapa adab diantaranya sebagai berikut:-
1. Mengawali doanya dengan menyebut nama Allah dan memuji kepadaNya serta menyebut langsung tujuan kita memohon.
2. Mengulang-ulang doanya sebanyak 3 kali tanpa merasa jemu atau bosan.
3. Menghadap kiblat dengan berperasaan takut rendah diri.
4. Mengangkat kedua tangan setinggi bahu dengan suara lembut yakni tidak keras sebagai layaknya memanggil orang di tempat yang jauh.
5. Bertaubat sebelum berdoa untuk membersihkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
6. Hendaknya susunan kalimat doanya tidak bersajak cukup dengan susunan kata yang sederhana tidak perlu dilagukan. Kerana itu dianjurkan memakai susunan kalimat doa yang berasal dari Rasulullah SAW, terutama doa-doa yang terdapat dalam Al-Quran.
7. Mengakhiri doanya dengan bacaan selawat kemudian dilanjutkan dengan bacaan alhamdulillah.

Ahad, 4 November 2012

1 HARI 1 AYAT - 6 PESAN UNTUK WANITA


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjurkan baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia dan akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid dan Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Jumaat, 2 November 2012

DAPAT ADIK LAGI......





Berita gembira hari ini buat ke dua-dua orang budak comel ini. Ibu mereka telah selamat melahirkan baby lelaki. Di hari yang menjadi penghulu segala hari (Jumaat). Bermakna along irfan dah bertambah tanggungjawab ke atas adik-adiknya. Berita gembira juga buat diriku selaku makcik kesayangan kerana dapat anak buah baru....Memang dah lama bersabar menunggu hari ini dan tak sabar juga nak balik esok untuk melihat baby baru kesayangan. Moga baby baru ini comel seperti abang-abangnya.

ALHAMDULILLAH ya ALLAH kerana mengurniakan kami dan memberikan kami kegembiraan yang tak dapat di ucapkan dengan kata-kata. Satu rezeki yang amat bernilai dan berharga buat kami sekeluarga. TERIMA KASIH YA ALLAH....TERIMA KASIH YA ALLAH.......TERIMA KASIH YA ALLLAH..... 

1 HARI 1 AYAT - SIAPA YANG MEMILIKI KEKAYAAN

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sahabat-sahabatku di dunia ini beragam keadaan manusia ada yang kaya dan ada pula yang miskin. Bagi orang yang diberi nikmat berupa kekayaaan harta hendaklah tidak menjadikan dirinya tertipu dengan kekayaannya dan mengira bahawa dirinya sebagai manusia yang paling utama dan dimuliakan Allah. Sesungguhnya kedudukan, harta dan tahta tak akan abadi dan bukan penentu kemuliaan seseorang di hadapan Allah  kerana orang yang mulia adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:-
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al-Hujurat:13). 

Orang yang kaya hendaklah mempergauli orang miskin dengan baik tidak menyombongkan diri di hadapannya dan tidak mengungkit-ungkit pemberiannya. Allah memuji orang kaya yang peduli dengan orang miskin dalam usaha mencari keredhaan Alllah dengan firman-Nya. “ Orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan penerima) mereka memperolehi pahala di sisi Rabb mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(QS: Al-Baqarah : 262).

Terkadang dalam keadaan tertentu orang yang fakir amat memerlukan bantuan tangan kita sehingga dengan terpaksa meminta-minta. Dalam keadaan seperti ini hendaklah kita tetap menghadapinya dengan ramah dan akhlak yang baik. Andaikan tak memiliki cukup harta untuk diberikan maka janganlah mengherdiknya dengan ucapan atau perbuatan yang menyakitkan.” Dan terhadap orang yang minta-minta janganlah kamu mengherdiknya.” (QS. Adh-Dhuha:10).

Saudaraku......terlepas dari itu semua sesungguhnya siapakah orang yang disebut kaya dan miskin itu.
Sesungguhnya orang yang kaya adalah orang yang merasa cukup dengan apa yang dimiliki dan tidak terlalu berangan-angan terhadap sesuatu yang tak ada. Orang yang mulia sebenarnya bukan hanya kaya harta tapi kaya jiwa, kaya hati, kaya budi pekerti dan perilaku terpuji. Orang yang kaya adalah orang yang mampu bersyukur sehingga merasa cukup atas nikmat yang diberi dan memiliki jiwa yang peduli kepada saudara-saudara yang memerlukan. Sedangkan orang yang miskin sesungguhnya adalah orang yang selalu merasa kurang dan tidak bersyukur terhadap apapun nikmat yang diberi. Orang yang miskin sejati adalah orang tidak memiliki keimanan, budi pekerti dan lalai dari menuntut ilmu untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. 

Saudaraku..apapun keadaan diri kita saat ini andaikan tidak memiliki kekayaan harta maka jadikanlah kaya iman, kaya hati, kaya budi pekerti dan perilaku terpuji sebagai hiasan diri. Tanamkan mutiara syukur ke dalam hati kita kerana sesunguhnya nikmat-Nya dan kasih sayang-Nya begitu luasnya terhadap kita. Bersyukurlah atas nikmat apapun yang Dia beri hingga kita mampu merasakan kedamaian dan ketenteraman hati dalam menjalani kehidupan ini.


Khamis, 1 November 2012

1 HARI 1 AYAT - MEREKA-MEREKA YANG DOANYA MUSTAJAB


1. Setiap muslim yang berdoa bagi saudaranya sesama muslim dari kejauhan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Tidak seorang muslim pun berdoa dari kejauhan untuk saudaranya muslim yang  lainnya melainkan malaikat “petugas/penjaga” akan berucap: Aamiin dan engkau pun akan mendapatkan yang seperti (isi doamu) itu pula” (HR. Muslim dari sahabat Abud-Darda’ ra.).

2. Doa orang yang dizalimi/teraniaya.
Salah satu pesan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada sahabat Mu’adz bin Jabal ra. saat diutus untuk berdakwah ke Yaman ialah sabda beliau (yang ertinya): “Dan waspadalah terhadap doa orang yang dizalimi. Kerana tidak ada hijab penghalang antara doanya itu dan Allah” (HR. Al-Bukhari).

3. Doa seorang musafir.
Rasulullah Saw. bersabda, "Tiga orang yang doanya pasti dikabulkan adalah doa orang yang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orangtua untuk anaknya." (HR. Bukhari, Abu Dawud, dan Tirmidzi)

4. Doa orang tua untuk anaknya berupa doa baik atau doa buruk.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Ada tiga doa yang mustajab tanpa keraguan di dalamnya: Doa orang yang dizalimi, doa seorang musafir dan doa orang tua untuk anaknya” (HR. At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani).

5. Doa anak yang soleh untuk kedua orang tuanya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Apabila seseorang meninggal, maka terputuslah (pahala) amalnya kecuali dari tiga jalur amal: amal sedekah jariyah, ilmu yang tetap dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (HR. Muslim). Dan di dalam hadis lain: “Sesungguhnya Allah akan meninggikan darjat seorang hamba yang soleh di Syurga sampai sang hamba itu berkata: Ya Rabbi, bagaimana aku boleh mendapatkan darjat setinggi ini? Maka Allah menjawab: Itu berkat doa istighfar anak-anak untukmu!” (HR. Ahmad dan sanadnya dishahihkan oleh Ibnu Katsir).

6. Doa orang yang sedang berpuasa sampai berbuka.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Tiga orang yang doanya tidak tertolak adalah: orang yang sedang berpuasa sampai berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi/teraniaya. Allah mengangkatnya ke atas awan dibukakan baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman (yang ertinya): “Demi keagungan-Ku pasti Aku akan menolongmu meskipun setelah beberapa waktu” (HR. At-Tirmidzi dan lainnya dan dishahihkan oleh Al-Albani)

7. Doa pemimpin yang adil.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Tiga orang yang doanya tidak tertolak adalah: orang yang sedang berpuasa sampai berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi/teraniaya. Allah mengangkatnya ke atas awan dibukakan baginya pintu-pintu langit dan Allah berfirman (yang ertinya): “Demi keagungan-Ku pasti Aku akan menolongmu meskipun setelah beberapa waktu” (HR. At-Tirmidzi dan lainnya dan dishahihkan oleh Al-Albani).

8. Doa orang mudhtharr (yang sedang dalam kesulitan, terhimpit, terdesak atau kesusahan).
Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya): “Atau siapakah (selain Allah) yang mengabulkan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya dan yang menghilangkan kesusahan?” (QS. An-Naml: 62).

9. Orang yang tidur dalam kedaan suci (berwudhu Insya-allah termasuk yang dalam keadaan junub dan berhalangan sekalipun) dan berzikir kepada Allah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Tidak seorang muslimpun tidur malam dengan berzikir kepada Allah dan dalam keadaan suci (berwudhu dan berzikir sebelum tidur) lalu terbangun pada malam hari dan berdoa kepada Allah memohon kebaikan dunia dan akhirat melainkan Allah akan memberikan kepadanya apa yang dipintanya itu” (HR. Abu Dawud dan Ahmad, serta dishahihkan oleh Al-Albani).

10. Orang yang berdoa dengan wasilah doa Nabi Yunus ‘alaihis-salam.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Doa Dzun-Nun (Nabi Yunus as.) yang dibaca saat berada di dalam perut ikan ialah: “La ilaha illa Anta, subhanaka, inni kuntu minadz-dzalimin” [Tiada tuhan yang berhak diisembah secara benar kecuali hanya Engkau. Maha sucilah Engkau. Sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang zalim/aniaya] – QS. Al-Anbiyaa’: 87-88).
Sesungguhnya tidak seorang muslim pun berdoa dengan wasilah doa tersebut dalam hal apapun kecuali Allah akan mengabulkannya” (HR. At-Tirmdzi dan lainnya dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqash ra dan dishahihkan oleh Al-Albani).

11. Doa orang yang berzikir saat terbangun di tengah malam.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Barangsiapa terbangun di tengah malam lalu membaca berzikir ini: La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa Huwa ‘ala kulli syai-in qadir. Alhamdu lillah, wa subhanallah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billah (Tiada tuhan yang berhak diisembah dengan benar selain Allah satu-satu-Nya tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya seluruh kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala puji. Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah. Tiada tuhan yang benar kecuali Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah). Kemudian ia membaca istighfar: Allahummaghfirli (ya Allah ampunkanlah daku) atau berdoa dengan doa apapun. (Barangsiapa yang membaca zikir tersebut lalu berdoa) maka doanya akan dikabulkan. Sedangkan yang lebih semangat lagi lalu berwudhu (dan solat) maka solatnya diterima” (QS. Al-Bukhari).

12. Doa jamaah haji.
Doa orang yang berperang fisabilillah orang yang berhaji, orang yg ber umrah adalah duta-duta Allah, doa mereka dikabulkan, permohonan mereka diluluskan (HR. Ibnu Majah),

13. Doa jamaah umrah.
Doa orang yang berperang fisabilillah, orang yang berhaji, orang yg ber umrah adalah duta-duta Allah, doa mereka dikabulkan, permohonan mereka diluluskan (HR. Ibnu Majah)

14. Doa mujahid yang berperang di jalan Allah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Mujahid yang berperang di jalan Allah, jemaah haji dan jemaah umrah adalah tamu Allah. Dia (Allah) mengundang mereka (untuk berjihad, berhaji dan ber umrah) lalu mereka pun menyambut undangan. Maka jika mereka berdoa memohon kepada-Nya, Dia-pun akan memenuhi doa permohonan mereka” (HR. Ibnu Majah dan dihasankan oleh Al-Albani).

15. Doa ahli zikir (orang yang banyak berzikir kepada Allah).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Tiga orang yang (termasuk) doanya tidak tertolak adalah orang yang banyak berzikir kepada Allah, doa orang yang terzalimi, dan pemimpin yang adil” (HR. Al-Baihaqi dan Ath-Thabrani, dan dihasankan oleh Al-Albani).

16. Doa waliyyullah (seorang mukmin yang telah sampai darjat dicintai oleh Allah kerana darjat ketaatan dan kesolehannya yang tinggi serta istimewa).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman (dalam hadis qudsi – yang ertinya): “Barangsiapa yang memusuhi seorang wali-Ku, maka Aku-pun memusuhinya. Dan tiada cara taqarrub (pendekatan diri) kepada-Ku yang lebih Aku sukai selain dengan melakukan apa-apa yang Aku wajibkan. Dan (setelah yang wajib dan fardhu itu) hamba-Ku akan terus ber-taqarrub kepada-Ku melalui amal-amal nafilah (sunnah), sampai Aku mencintainya. Dan jika Aku telah mencintainya maka Aku menjadi pendengaran untuk ia mendengar, penglihatan untuk ia melihat, tangan untuk ia bersedekah dan kaki untuk ia berjalan. Apabila ia meminta kepada-Ku pasti Aku penuhi permintaannya dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku pasti Aku lindungi…” (HR. Al-Bukhari dari Abu Hurairah ra.).

17. Selain itu sebenarnya setiap muslim atau muslimah siapapun dia tetap berpotensi doanya juga mustajab selama syarat-syarat pengkabulannya terpenuhi serta unsur-unsur penghalangnya terhindari. Apalagi jika ditepatkan dengan faktor-faktor pengijabahan doa seperti waktu-waktu mustajab, tempat-tempat mustajab, situasi-situasi dan keadaan-keadaan mustajab dan lain-lain. Perhatikan misalnya beberapa contoh firman Allah Ta’ala dan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berikut ini:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang (siapapun dia) yang berdoa apabila ia (benar-benar) berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam petunjuk” (QS. Al-Baqarah: 186).
“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku niscaya akan Aku kabulkan (doa) bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong diri dari beribadah (berdoa) kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. Al-Mukmin/Ghaafir: 60).
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.” (HR. At-Tirmidzi dari Abu Hurairah ra.).

“Doa seorang hamba sentiasa akan dikabulkan selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak tergesa-gesa.” Seorang sahabat bertanya; ‘Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan tergesa-gesa? ‘ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: ‘Yang dimaksud dengan tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu mengatakan; ‘Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi tidak kunjung dikabulkan juga’. Setelah itu iapun merasa putus asa (kecewa) dan tidak mau berdoa lagi.’ (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra.).

“Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan suatu doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan tali silaturrahim kecuali Allah akan memberinya tiga kemungkinan disegerakan permohonan doanya (di dunia ini), atau disimpan pahalanya baginya (untuk diberikan) di akhirat kelak atau ia dijauhkan dari keburukan yang setara nilainya (dengan yang dipinta)”. Para sahabat berkata: “Jika demikian kita perbanyak (berdoa yang banyak) saja”, beliau bersabda: “Allah memiliki yang lebih banyak (sebagai balasan dan pengkabulan” (HR. Ahmad dan Al-Hakim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...