Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 31 Mac 2014

CALON ISTERI JUTAWAN.....TERJEBAK SUDAH


Oh my god.....memang tak percaya terjebak juga akhirnya dengan novel.....bukan peminat tegar ye cuma mengisi masa lapang. Best cerita ni. Jalan cerita yang tidak membosankan dan mudah difahami. Boleh gelak sorang2 baca novel ni. Hilang sikit segala stresssssss. Hahaha lawak pun ada. TERBAIKLAHHHHH....Tak rugi beli novel ni. Berbaloi. Membaca novel ni mengingatkan saya sebuah rancangan reality tv yang macam jalan cerita novel ni. Tak silap saya dalam 9 tahun lepas ada disiarkan sebuah rancangan realiti tv yang mencari pasangan untuk lelaki dan wanita jutawan. Calon-calon tersebut bertanding sesama sendiri untuk menjadi pilihan lelaki dan wanita jutawan tersebut. Rancangan tu disiarkan pada waktu tengah malam. Saya jarang mengikutinya tetapi kadang-kadang tonton juga jika mata masih belum mengantuk lagi. Lebih kurang sama cerita dalam novel dengan realiti tv tu......


Sinopsis:
Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia?
Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan. Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit. Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan. “Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.” “Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.” “Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”
Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa. Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya... “Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.” “Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”
“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”
Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan
sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? 
Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan
kehadirannya.
 
 
Baca jangan tak baca.......best tau novel ni....

Jumaat, 28 Mac 2014

JALAN-JALAN CARI MAKAN...LUNCH DI MEAL STATION MAJU JUNCTION

Lunch di Meal Station Maju Junction........Biasalah saya dan rakan kalau dah bosan makan nasi campur kami berdua selalu cari makan tengahari di tempat-tempat yang lain sikit. Dah banyak kalilah kami makan kat Meal Station Maju Junction ni..Macam-macam ada tapi saya biasa suka order set nasi lemak tu. Memang sedap.


Saya order air hazelnut Whitecofee harganya RM 4.00



Yang ini untuk set lunch express. Boleh pilih nak makan apa



Bagi yang tak suka makan nasi atau makan benda yang berat. ada macam-macam menu yang simple2. Boleh pilih yang mana satu berkenan di hati.

 
Menu untuk air buah pun ada
 
 
 
Jengggggg.....nasi lemak kesukaan saya Meal Fried Chiken RM 10.90. Kalau datang sini mesti order yang ini.
 
 
Untuk set mee pun ada. Tapi saya tak pernah cuba lagi.
 

Untuk yang panas dan sejuk.


Menu sandwich dan bakar pun ada.


Yang ini menu yang paling saya gemari.


 

Rabu, 26 Mac 2014

MOOD LAPAR....OAT & WHEAT..........


Produk terbaru dipasaran tapi tidak dijual dipasaraya lagi ye. Memang tak akan jumpa lagi. Cuma boleh didapati di online sahaja. Saya dapat pun dari kawan office yang jual. Sepeket RM 15. Sedap dan saya suka sangat ada rasa manis-manis. Memandang yang saya tak berapa suka makan quaker oat jadi bila quaker oat itu telah di upgradekan menjadi seperti biskut. Saya suka sangat sebab boleh ngam dengan tekak sayalah.....Kalu nak suruh makan quaker oats yang biasa tu alamatnya takkan bersentuhlah. Kirim salam tak pandang pun.


Inilah dia rupanya bila dah keluar dari paket asalnya. Macam biskut dan coklat kan. Boleh makan bila2 masa aje dan boleh isi dalam hand beg, simpan di office or kat rumah. Buat stok ketika lapar atau tak de mood nak makan. TERBAIKKKKK.....SEDAPPPP. Cuba jangan tak cuba....beli jangan tak beli boleh share dengan kawan2 kat office kalau dah beli....bagi rasa kat kawan2.....dapat pahala...

Jumaat, 21 Mac 2014

PEMINAT NOVEL.....I don't believe

Bukanlah peminat tegar novel sebenarnya. Baca pun kalau ada sesiapa yang beritahu jalan cerita best baru berminat nak baca. Seingat saya baca novel ini pun boleh dikira dengan jari. Jarang-jarang bak kata P. Ramlee. Bukan peminat setia novel. Ini pun yang saya ingat baca setakat ini 3 novel ini ajelah. Itupun sebab penonton setia drama yang telah di adaptasikan ke drama tv.
 
First novel CINTA KAU dan AKU. Terjerat nak baca novel ini sebab follow cerita drama di TV1. Novel ini pun pinjam atas ehsan kawan serumah.




Novel ke 2 THE WEEDING BREAKER. Di adaptasikan ke drama Ariana Rose di TV3. Drama ni memang buat semua peminat di Malaysia ni gileer menontonnya. Termasuklah saya sanggup tunggu setiap hari dari isnin hingga jumaat. Memang terbaikkkkkkklah drama ni. 5 star untuk team Pena Creative dan pelakon-pelakon terbaik Ariana Rose terutama Nur Fathia, Keith Foo, Nabila Huda, Hisyam hamid, Arja Lee. Barisan pelakon yang mantap dan hebat.



Tapi memang tak masuk akal biler first time dalam hidup saya terbeli novel KERANA MAHALNYA SYURGA. Hahahahaahaaa memang tak percaya. Dah habis baca novel. Terkejut juga bila dapat tahu penulisnya seorang lelaki. Biasanya penulis novel kebanyakkan wanita. Walaupun bukan peminat tegar novel tapi ambil tau jugalah


Khamis, 20 Mac 2014

Tak perlu yang kata apa-apa...

Kalau dah anak ayah macam tulah gayanya.......






Tak perlulah nak kata apa-apa hanya gambar yang bisa menerangkan...

Selasa, 18 Mac 2014

1 HARI 1 AYAT - SABAR SENJATA BERKESAN HADAPI UJIAN

Sebagai hamba Allah SWT, kita tidak akan terlepas daripada kesusuhan, dugaan, ujian, musibah dan kedukaan. Musibah boleh berlaku kepada diri sendiri, ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai mahupun masyarakat dan negara. Bagi seorang Mukmin, mereka hendaklah sentiasa bersikap positif serta reda dengan qada dan qadar Allah SWT. Setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT dianggap terbaik kerana mengandungi hikmah yang mungkin tidak dapat dijangka akal fikiran manusia.


Baginda SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba seorang di antara kamu dengan cubaan sepertimana seorang daripada kamu kadar emasnya dengan api. Maka, sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam dan itulah orang yang tergoda fitnah."(Riwayat Tabrani). Sheikh Sharawi menyebut manusia mesti mengetahui apa yang diambil oleh Allah itu kerana sesuatu hikmah dan apa yang dibekalkan juga adalah hikmah. Manusia tidak akan terpisah antara hikmah dan rahmatNya.


SENJATA AMPUH HADAPI UJIAN


Justeru kesabaran adalah senjata ampuh bagi menghadapi segala ujian dunia. Sifat sabar adalah sifat orang Mukmin yang hati dan jiwanya sentiasa berhubung dengan Allah SWT. Apabila sesuatu mendukacitakan berlaku lidahnya terus menyebut, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.

Firman Allah SWT bermaksud: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang yang yang sesat."(Surah al-Hijr : 56). Orang Mukmin yang sabar dan yakin dengan janji Allah SWT mestilah mempunyai beberapa prinsip yang melenyapkan sifat kecewa serta putus asa dengan rahmat allah SWT. Mereka mesti yakin kerana kenyakinan kepada Allah sepenuhnya menjadikan mereka tentang menerima ketentuanNya.

Mereka yakin apa yang ditentukan itu adalah adalah yang terbaik, sekalipun pada zahirnya seolah-olah tidak berpihak kepada mereka. Kejayaan dalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai denagn bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT. Di samping itu kita juga harus bertawakal kepada Allah SWT tatkala menghadapi ujian. Bertawakkal bermakna berusaha dengan segala upaya untuk mengatasinya kemudian menyerahkannya kepada Allah SWT yang menentukkan kesudahannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sepenuhnya urusanku ini, kupasrahkan kepada Allah SWT kerana Dialah yang Maha Memperhatikan semua urusan hambaNya."(Surah al-Mukmin: 44). Ternyata suasana yang sedang berlaku dalam negara kita adalah satu ujian daripada Allah SWT. Namun hakikat yang pahit ini masih ramai yang tidak sanggup untuk menelannya.


HADAPI DENGAN LAPANG DADA


Jika kefahaman kita sudah mendalam mengenai konsep cubaan Allah SWT dan memiliki iman yang utuh, sudah tentu hal ini dapat dihadapi dengan lapang dada, fikiran waras dan emosi mereka terkawal. Peranan kesabaran seseorang sangat penting dalam menghadapi situasi buruk yang memang tidak disukai ini. Kita mestilah berfikiran terbuku dan sentiasa berbincang mencari jalan bagaimana berdepan keadaan ini seterusnya cara menagtasinya. Jika masing-masing saling menunding jari maka maslah tidak selesai bahkan akan menambahkan kekusutan yang ada. Akhirnya boleh menimbulkan persengketaan dan pepecahan dalam masyarakat yang tidak ada titik kesudahan.


JAUHI SIKAP SOMBONG


Kita hendaklah menjauhi sikap sombong yang menganggap bahawa kitalah yang paling betul dalam membuat sesuatu keputusan tanpa melihat pandangan orang lain. Inilah kerugian digambarkan Allah SWT yang mana kita boleh terjebak ke lembah kekufuran kerana melanggar syariat Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakan wahai Muhammad, mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang paling rugi amal perbuatannya? Merekalah orang yang sia-sia amalan usahanya di dunia ini sedangkan mereka menyangka merekalah yang sentiasa betul dan baik terhadap apa yang telah dilakukan. Merekalah orang yang kufur terhadap kebesaran Allah dan pertemuan denganNya. Lalu gugurlah amalan mereka dan tiada bermakna apa-apa timbangan mereka pada hari kiamat."(Surah al-Kahfi: 103-106).

Terkadang Allah SWT menzahirkan sedikit daripada kekuasaanNya yang maha luas. Diuji manusia dengan kemarau, jerebu dan kehilangan pesawat. Negara jiran pula dihujani dengan banjir sedangkan keduanya adalah negara berjiran. Teknologi ciptaan manusia sudah pasti menghadapi kelemahannya kerana ia adalah sifat bagi manusia. Namun segala-galanya akan menjadikan manusia faham tujuan ditimpa kan sesuatu musibah dan ujian. Marilah kita berpegang kepada prinsip di atas semoga hati kita sentiasa reda dan tidak keliru dengan segala dugaan serta cabaran dalam kehidupan ini. Ingatlah hidup kita hanya sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.

Apabila kita bersabar maka Allah SWT telah berjanji dalam firman yang bermaksud: "Sesungguhnya oarng yang bersabarlah saja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."(Surah az-Zumar: 10).



Khamis, 13 Mac 2014

3 TAHUN......HAPPY BIRTHDAY SAYANG


HAPPY BIRTHDAY.....to my kesayangan Muhammad raqib Irham. Dah 3 tahun lah. Moga kehidupan kesayangan dalam doa-doa kami semua. Kehidupan yang sentiasa diberkati dan dalam rahmat Allah. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dengan rezeki yang berkat. Panjang umur, Kehidupan yang sentiasa dipermudahkan Allah, menjadi anak-anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibubapa, mendapat perkerjaan yang baik, jodoh yang baik dan tempat tinggal yang baik. AMIN
 
Doa kami semua yang sentiasa berada disampingmu.



Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Doa Nabi Ibrahim)

Jumaat, 7 Mac 2014

1 HARI 1 AYAT - GOLONGAN MUNAFIK PERDAYA DIRI SENDIRI

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya."( Surah al-Baqarah: 8-9). Allah SWT di permulaan surah al-Baqarah memaparkan keapda kita sifat manusia terhadap manhaj Allah kepada 3 golongan.
 
 
Golongan pertama ialah orang beriman di mana Allah SWT memperjelaskan sifat mereka di 3 ayat dalam firmanNya yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang yang beriman kepada Kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang yang Berjaya."(surah al-Baqarah: 3-5)
 
 
Golongan kedua ialah orang kafir yang mana Allah SWT mendedahkan ciri-ciri mereka dalam firmanNya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman) sama saja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keinginan mereka). Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."(Surah al-Baqarah: 6-7).
 
 
Seterusnya Allah SWT memperkenalkan kepada kita golongan yang ketiga iaitu orang munafik dan Allah SWT menerangkan ciri-ciri mereka dalam 13 ayat secara berturut-turut bermula ayat kelapan surah al-Baqarah. Ini tidak lain tidak bukan untuk menggambarkan bahayanya kewujudan orang munafik kepada agama. Jika berdepan orang kafir kita akan berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada kerana mereka sudah mengisytiharkan kekufuran mereka. Sementara orang munafik pula mereka berpura-pura beriman dan menyimpan kekufuran seta kejahatan dalam hati mereka.
 
 
 
CIRI-CIRI SUFAT NIFAK
 
 
Imam Ibnu Kathir menyebut dalam tafsirnya, ciri-ciri nifak itu ialah menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan sama ada dalam bentuk nifak iktikad yang menyebabkan seseorang itu kekal dalam neraka. Atau nifak dalam amalan iaitu sebesar-besar dosa kerana seorang munafik tidak akan sama antara percakapan dan perbuatannya ketika berada di hadapan atau belakang orang yang beriman. Alalh SWT mendedahkan semua ini untuk mengingatkan keburukan, tipu daya, kebodohan dan kehinaan perbuatan mereka sebagai orang yang tuli, bisu dan buta malah mengumpamakan mereka dengan sehina-hina perumpamaan.
 
 
Golongan munafik ini tidak pernah wujud di Mekah kerana orang yang beriman ketika berada di Mekah tidak mempunyai kekuasaan dan kekuatan bahkan mereka sentiasa ditindas serta dihina. Berbeza keadaan umat Islam di Madinah kerana mereka mempunyai kekuatan dan kerajaan sendiri yang memaksa orang munafik berpura-pura masuk islam demi menjaga kedudukan serta kepentingan mereka warisi sejak turun temurun. Antara pembesar itu ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, seorang yang pernah kaumnya membuat mahkota untuk memahkotakannya sebagai raja sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Sifat pertama golongan munafik, mereka mempamerkan keimanan tetapi menyembunyikan kekufuran. Setiap ketaatan dilakukan hanyalah lakonan semata-mata. Apabila mendirikan solat mereka lakukan dengan rasa malas dan berat. Apabila menunaikan zakat mereka menunaikannya dengan dengan penuh kebencian kerana sangkaan mereka menginfak harta di jalan Allah akan mengurangkan harta.
 
 
Jika salah seorang daripada mereka terbunuh dalam peperangan mereka akan meratapinya kerana merasakan kematian berjuang di jalan itu sebagai sia-sia. Berbeza orang Mukmin yang menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan berjuang di jalan Allah untuk mendapatkan kurnia Alalh SWT di akhirat.
 
 
 
SIFAT PURA-PURA ORANG MUKMIN
 
 
Sifat kedua orang munafik yang ingin memperdayakan Alalh dan orang berimanmenggambarkan kealpaan dan kebebalan cara mereka berfikir. Mereka merasakan sifat berpura-pura boleh memperdayakan Allah SWT. Walhal jika digunakan fikiran logic, adalkah manusia boleh menipu Allah Tuhan sekelian alam? Sedangkan Allah SWT Maha mengetahui segala-galanya sama ada disembunyikan atau dizahirkan bahkan Allah SWT mengetahui apa yang masih tersembunyi di sebalik yang tersembunyi.
 
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu (maka yang demikian tidaklah perlu) kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala yang tersembunyi."(Surah Toha: 7). Di samping menipu Allah SWT, golongan munafik juga beranggapan mereka dapat menipu orang yang beriman. hakikatnya, tipu daya mereka ini menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam keadaan takut, bimbang serta tertekan kerana bimbang rahsia mereka diketahui oleh orang yang beriman.
 
 
Justeru itu apabila golongan munafik ini ingin bercakap, mereka perlu memastikan orang beriman tidak ada dalam kumpulan itu supaya rahsia nifak mereka tidak terdedah. Sebenarnya mereka memperdayakan diri sendiri kerana Allah SWT Maha mengetahui.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...