Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 15 November 2013

BILA SI KAKAK TEMANKAN ADIK...

Genap 3 bulan si adik dibawa ke klinik untuk cucuk. Seperti biasa si kakak sentiasa setia setia menemani si adik.




Sebijak pandai si kakak ni...ayah nak ajar pun dia tak nak. Nak guna sendiri dan tekan sendiri. Kakak....kakak.....


Tu dia dah dapat game kesukaannya.....


Penat menunggu nama adik dipanggil untuk cucuk pinjam ayah punya ipad nak main game. Itulah kerjanya si kakak bakal generasi pintar akan datang.

Jumaat, 8 November 2013

GELAGAT SI KAKAK.......

Assalammualaikum

Salam Jumaat dan hari segala penghulu. Macam tulah gelagat si kakak kalau bawa berjalan mesti nak bergaya.



 
 

topi ni ayah saya yang belikan...comel tak saya, cantik tak saya, manis tak saya, comel, manis, cantikkan saya......huhuhuhu

Rabu, 6 November 2013

SEDAPNYA........

Nilah dia aktiviti kalau makan kat luar si kakak ni sama geng dengan ayah dia suka sangat makan kat KFC. Mengkayakan taukeh KFC tu ajelah kau orang anak-beranak ye. Rezeki ALLAH swt. Baguslah ayahnya ada rezeki bawa anak isteri makan kat luar. Moga rezeki ayah si kakak ni bertambah-tambah hendaknya. Yang penting kepentingan keluarga harus di utamakan dahulu. Bak kata orang family first.
 
 
penuhnya meja dia.......sedapnya nyam3...ni penuh di depan bukan untuk saya tapi mama dan ayah saya punya.
 
 
Senyuman untuk ayah dan mama sebab selalu bawa kakak makan kat sini. Terima kasih ayah dan mama....
 
 
Saya dah tak sabar ni......lapar2. Cepatlah
 
 
Adik nashriq tak dilupakan tetap ada bersama. Temankan kakak
 

Isnin, 4 November 2013

HAPPY BIRTHDAY BABY.....

 
02.11.2013 genap umur Mohammad Rafiee Irsyad setahun. Pejam celik pejam celik dah setahun baby Irsyad. Dah macam-macam perangai irsyad pandai buat. Cuma berjalan aje yang belum pandai lagi. Letih jugak nak melayan kerenah baby irsyad sorang ni. Jenis yang tak suka duduk dalam rumah. Kerjanya suka nak berjalan keluar rumah. Kalau dah tahu berjalan tu tak apalah jugak boleh pergi nak ini tahu jalan lagi letihlah wan nya nak mendukung dia bawa berjalan. Kalau mak cik, ayah dan ibu dia bolehlah lagi melayan kerenah baby irsyad ni. Tiba tang wan dan atuknya awal-awal tak larat nak dukung irsyad. Huhuhu semakin irsyad membesar berbagai ragam irsyad buat. Tapi semua itu menjadi penghibur hati kami sekeluarga semua. Penat-penat pun layankan juga perangai irsyad ni. Nasib baiklah abang long dan abang ngah tak buat perangai. Abang long dan abang ngah dah pandai main sendiri-sendiri. Lepas ni kalau irsyad dah besar irsyad boleh join abang long dan abang ngah main sama-sama. Selama ini irsyad cuma tengok ajelah abang long dan abang ngah main. Setiap kali irsyad nak join abang long dan abang ngah main mesti abang along akan cakap .........irsyad tak boleh main...irsyad kecik lagi.....itulah ayat yang abang long suka sebut...Setelah 2 minggu baby irsyad baik dari demam bermula dengan ulser di mulut kemudian demam diikuti dengan demam campak pulak, baik aje campak kena pulak batuk dan selsema. Agaknya tu demam nak naik setahun. Alhamdulillah syukur kepadaMU Ya ALLAH atas kurnianMU yang amat berharga ini. 
 

Irsyad yang dah setahun......cepat membesar dan moga menjadi anak yang soleh yang sentiasa  mendoakan untuk ayah dan ibu.


Abang ngah pun nak melaram macam baby irsyad. Itulah rupanya tiga beradik ni apa irsyad buat abang long dan abang ngah mesti nak ikut buat. Tapi kalau irsyad nak ikut apa abang long dan abang ngah buat tak boleh....sebab abang long dah cakap.....irsyad kecik lagi......Abang long yang TERBAIKKKKK

 
Anugerah Allah yang tak terhingga untuk kami semua sekeluarga. Akan kami jaga dan kami didik amanah dari Allah yang amat besar dan tak ternilai ini. InsyaAllah moga menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.
 






Yeaaahhhh...akhirnya irsyad ada kek hari jadi ulangtahun yang pertama. Doa kami semua semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah, dimurahkan rezeki yang halal, hidup dunia dan akhirat yang sentiasa diberkati Allah, mendapat jodoh yang baik dan diberikan kesihatan yang baik. AMIN


Abang Long, abang ngah dan baby irsyad sama-sama nak tiup lilin kek baby irsyad. Semoga 3 beradik ini sentiasa dilindungi Allah dunia dan akhirat.


Akhirnya baby irsyad nak tiup lilin. Abang long dan abang ngah bodyguard kiri dan kanan untuk baby irsyad.



Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian orang-orang mukmin pada hari hisab nanti" (Ibrahim: 40-41)


Ketika itu Nabi Zakariya berdo’a kepada TuhanNya, katanya: “Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan.” (Ali Imran: 38)
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 128)
'Ya Tuhanku, anugerahkan kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh." (Surah as-Saffat ayat 100)  
 
 
 
 

Sabtu, 2 November 2013

SYURGA ALLAH.....alahai comelnya


Alhamdulillah sempena Awal Muharam ni.....comelnya syurga Allah ni pakai tudung. Anak-anak kecil yang yang belum ada dosa dan pahala. Kitalah ibubapanya yang mencorakkan kehidupan mereka. Moga menjadi penyejuk hati ibu dan ayah di dunia ini dan di akhirat nanti. Moga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah. AMIN



Permata hati yang tidak ternilai harganya. Rezeki Allah untuk kami sekeluarga.
 
 
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
 
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...