Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 23 April 2012

IRFAN GENAP 2 TAHUN

Genap sudah Irfan 2 tahun. OHHHHH makin besar makin manja anak buah kesayangan sorang ni. Macam2 perangai dia buat. Mentang2 ramai yang sayangkan dia. Seronok melayan kerenah IRFAN.



Nyum, nyum, nyum sedapnya along makan. Memang Irfan suka makan lagi kalau makanan tu makanan pedas........






Abang Adam dan Abang Syahril.....along nak main bola..jom main dengan along.....nanti dah besar along nak main pasukan bola sepak negara.




Inilah anak yang menjadi harapan keluarga...Alahai rajinnya along tolong wan kat rumah. Tolong kemas rumah, sapu sampah buat sepah pun kerja along juga.




Tu dia buaian tempat along dan adik selalu main....Buaian ni ajelah yang mampu atuk buat untuk along dan adik main. Huhuhu sayang juga atuk kat along dan adik. Terima kasih ATUK



TERIMA KASIH wan dan atuk kerana menjaga along dan adik yang sangat nakal ini. TERIMA KASIH juga untuk Mak long dan sepupu along SYIMA yang tak jemu2 melayan kerenah nakal along dan adik. Buat sepupu2 abang adam dan abang syahril  TERIMA KASIH kerana sentiasa menghiburkan along dan adik. Buat mak cik tersayang walaupun berada jauh dari along dan adik. Kasih sayang makcik tetap along dan adik hargai. LOVE untuk semua.






CELEBRATE BIRTHDAY IRFAN

Pada malam 21 April kami sekeluarga menyambut birthday khas untuk my anak buah kesayangan MOHAMAMD RAFIQ IRFAN dan NUR NAZATUL SYIMA. Macam2 kami sefamily masak. Ada nasi ayam, roti jala, mee kari, nasi impit, kuah kacang, kari ayam dan puding jagung. Makan besar malam tu. Sebenarnya nak buat sekali dengan birthday NUR ADRIEANA NATASYA. Tapi familynya tak dapat join sebab my adik kerja.



Jumaat, 13 April 2012

HAPPY BIRTHDAY IRFAN

SELAMAT HARI JADI MUHAMMAD RAFIQ IRFAN yang genap 2 tahun pada 13/04/12. Semoga irfan menjadi anak yang soleh dan menjadi abang yang baik kepada adik2.





Selasa, 10 April 2012

HAPPY BIRTHDAY TASYA




Happy birthday untuk my anak buah kesayangan NUR ADRIEANNA NATASYA yang genap 2 tahun hari ini 10/04/2012. Semoga Tasya menjadi anak yang solehah dan menjadi harapan keluarga.


hadiah birthday yang comel untuk tasya tersayang......

Khamis, 5 April 2012

aku dari tulang rusukmu


Ya Allah
kurniakan aku insan selayaknya yang akan sama-sama melayari bahtera di dunia dan belayar mencari destinasi akhirat yg kekal..♥
berikan aku insan yg mengajarku menjadi wanita yg solehah..♥
berikan aku insan yg sama-sama suka dan berduka..♥
berikan aku penyeri dunia agar aku dapat menyerikan hidupnya hingga akhirat..♥
aku ingin CINTAMU untuk aku MENCINTAINYA
mencintaimu bererti aku mahu memimpinmu ke syurgaNya, bukan menyeretmu ke nerakaNya...


 
Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untukmu..pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lain pun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu..kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan BERTUKAR..(✿◠‿◠) ♥ ♥ ♥

Jika dia TIDAK MEMPERMAINKAN waktu solat, dia juga tidak akan mempermainkan waktu bersamamu dan BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk membina kehidupan bersamamu.. maka carilah ‘si dia’ yang menjaga solatnya..

 
Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. Jadilah PERMAISURI hatinya, peneman dikala SUKA dan DUKA, pengubat RINDU dan LARA

 
AMIN

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في
الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا


Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)


وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...