Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 27 Mac 2012

doa seorang pencinta

Jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau itu hanya akan menghancurkan perasaannya.........Jangan pernah menatap matanya jika semua yang kamu lakukan hanya bohong.....Perkara yang paling kejam adalah membiarkannya jatuh cinta sementara kamu tidak mencintainya


Pelajarilah untuk menyintai seseorang itu dengan Sepenuh hati.. Syukurilah kelebihan yang ada padanya dan bukan mempermainkan kelebihan yang ada padanya.. Redhalah segala kekurangan yang ada padanya dan bukan mempersendakan kekurangannya..

Cuba lihat diri kita, cukup sempurnakah kita untuk mendapat segala kesempurnaan? Bukankah segala kelebihan dan kekurangan itu ditampung bersama?


Ya Allah
jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu. Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam JURANG CINTA.  Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu….jika aku rindu, rindukanlah pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
 
jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu…
Ya Allah
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampai batas, sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
 
Engkau mengetahui bahwa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, dan telah terpadu dalam membela syariatMu, penuhilah hati-hati ini dengan nurMu yang tidak pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan…
Aamiiin yaa rabbal ‘aalamiin.


bertambah keluarga kami

Alhamdulillah akan bertambah meriah lagi bilangan keluarga kami. Terbaru disahkan kakak iparku pregnant lagi. Yahooooo.....best giler lepas ni rumah usang mak di kampung. Makin peninglah atok dan wan kat rumah. Dan makin banyaklah buaian bergantungan dirumah. Tak tau nak cakap camna tapi memang happening bila rumah mak dipenuhi dengan anak2 kecil yang comel2 belaka. Sayalah yang paling suka sangat  dengan baby dan anak2 kecil. Mungkin disebabkan diri sendiri ni belum lagi di temani anak sendiri. Masih menunggu lamaran.Hahahaahaa. Secomel anak2 buahku yang kusayangi....



Selasa, 13 Mac 2012

Happy Birthday Adik

13/03/2012 genap setahun umur adik yang comel dan semakin menakal ni. HAPPY BIRTHDAY TO YOU MOHD RAQIB IRHAM............semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi harapan ibu dan ayah yang amat menyayangimu..............dari makcik yang sentiasa loving




Isnin, 12 Mac 2012

Jom tengok 7 Petala Cinta

Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.

Sinopsis 7 Petala Cinta


Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.


Macam best aje sinopsis cerite ni. Masa tengok the making Petala Cinta di TV hari tu memang nampak best. Lain dari cerita yang lain. Ada unsur islamik. Jom pi ramai-ramai g panggung pada 15 Mac 2012.....GSC

Weekend family di Wet World Shah Alam

Apabila adik merancang untuk bersantai di Wet World Shah Alam 18 Feb 2012 untuk mandi manda apa lagi kami sefamily pun on saje. Kami bertolak dalam pukul 12.30 tghari. Agak jem jugalah Bandar Klang klu bertolak dalam tengahari. Sampai di wet World dalam pukul 1.00 lebih. Sampai-sampai kami terus g ke aqarium ikan2 yang ada di situ. Mak aiiiiii bukan saje anak ikan ada.....bapak ikan pun ada......huhuhu







Dah puas tgk2 ikan....time untuk mandi pulak.....jom kita mandi








Dah puas mandi2 dan makan dalam pukul 6.00 baru kami bertolak balik ke Banting. Itupun setelah mak bising kata dah petang tak nak balik ke....memang tak sedar diri bila dah mandi....hahahahha



Jumaat, 9 Mac 2012

santai di Pantai Kelanang

Dah lama tak update blog ni almaklum sibuk memanjang. Tak tau ler kenapa tiba2 aje hari ni rasa gatal tangan nak menaip banyak kat blog ni. Awal tahun 2012 kami sefamily sje2 santai g pantai kelanang. Saya ni nama aje orang banting tapi itulah pantai kelanang pun tak pernah nak jejak sejak2 dah jadi orang KL ni. sibuk dengan kerja...WORK WORK WORK....Bila first time g pantai kelanang ni not bad lah..cantik dan ramai orang masa g tu mungkin sebab tahun baru. Ramai yang bawa family masing2.



Melayan kerenah irfan sampai malam pn dia tak nak balik.....tapi blik juga petang tu lepas dia puas berendam dalam air laut. Mula2 bawa irfan g main air kat persisir pantai tu aje...lepas tu dia tengok air kat tengah laut terus nak g tengah laut.....Letih pakcik kesayangannya nak melayan

Sambil2 my family lepak santai.....saya dan anak buah yang lain apa lgi g photoshoot giler2.




Terasa betul2 tenang dan bebas dari kesibukan kerja di bandar. Rasanya kalau boleh nak terus santai di tepi pantai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...