Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 18 Oktober 2011

Mencintai seseorang...Cintai dalam diam

Kalau kita sukakan seseorang jangan beritahu dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya tapi luahkan pada Allah, beritahulah pada Allah. Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita. Cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya pada ALLAH.

"Dan segala sesuatu KAMI ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran ALLAH." (Adz Dzariyat:49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina  sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk." (Al Israa:32)

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, ALLAH S.W.T mempunyai CINTA dan KASIH yang lebih besar dari segalanya dan DIA telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak. Ketika kau merasakan bahawa kau mencintai seseorang namun kau tahu cintamu tak berbalas Allah S.W.T tahu apa yang ada di depanmu dan DIA sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.

Cukup cintai dalam diam bukan kerana membenci hadirnya tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup. Cukup cintai dari kejauhan kerana hadirmu tiada akan mampu menjauhkan dari ujian kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga. Cukup cinta dengan kesederhanaan, memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan. Cintailah dengan keikhlasan kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salma Al Farisi...?

"Boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:216)

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki nanti ada hati  yang kecewa sendiri sebaliknya bergantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi nescaya dirimu tidak sekali-kali dizalimi kerana DIA mendengar pengharapanmu setiap kali dan DIA menunaikannya dengan caraNYA yang tersendiri. Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan kerana tiada yang tahu rencana ALLAH mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Serahkan rasa itu pada Yang Maha Memberi dan Memilikinya biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain pasti kehormatan dirinya akan terjaga". (Umar Bin Khattab)

" Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah dan menikah kerana Allah maka bererti ia telah sempurna imannya." (HR. Al-Hakim)

Isnin, 17 Oktober 2011

HALAL FEST

Sabtu lepas sempat lagi luangkan masa gi jalan2 tengok Halal Festival di PWTC. Seronok gi sana dapat rasa mcm2 makanan.... dah nak pun free apa lagi balun ler.....








Sempat lagi posing dengan artis..............




Ni dia housemate yang rajin temankan saya klu nak g jalan2.....makan angin


Isnin, 10 Oktober 2011

gelagat along dan adik

Weekend yang lepas dapat juga balik kampung jumpa along dan adik yang sentiasa di rindui di hati ini. Hilang segala masalah dan tekanan bler jumpa buah hati ini. Adik dah pandai menerap dan main golek-golek. Sempat juga bawa buah hati 2 orang ni gie main taman permainan...Suka sungguh along dapat main kat taman....Mak cik sayang you all semua. I love 4ever...



Adik yang semakin comel.......semua orang panggil adik dengan gelaran "cubby"


Rabu, 5 Oktober 2011

madah cinta

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

" Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya akan diberikan keampunan "
~riwayat imam ahmad~

Isnin, 3 Oktober 2011

along dan adik penghibur hati

Ni dia penghibur mak cik nyer di kala sunyi dan sepi....along dan adik...mak cik sayang along dan adik

along irfan yang semakin sayangkan adik.....tak boleh tengok adiknya diganggu oleh orang.


adik irham

Dia pergi jua.......

Terasa sangat bler dia pergi untuk meneruskan kerjayanya.....apa2 pun saya bersyukur kerana ini adalah demi untuk masa depannya...Entahlah gembira bercampur sedih..tapi itulah hakikatnya..bler dah berjauhan baru terasa hangatnya kasih ini...jika dapat diputarkan masa.....hadirnya awak hanya untuk diri saya

Boleh jadi kita sama-sama tidak menyukai perkara tersebut....tapi sebenarnya ianya amat baik buat kita berdua...sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui..sedangkan kita tidak mengetahuinya...Perancangan Allah itu indah dan kita tidak mengetahui di sebaliknya..Good luck honey....i miss you 4ever..take care...saya tunggu awak

CINTAI AKU SEADANYA.......


ku sedar ku tak seberapa
jika dibanding mereka
yang jauh lebih megah dari diri ini
apa yang mampu ku berhias
hanyalah hati yang ikhlas
terpendam simpan untuk dia yang sudi


mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
dalam waktu sedu
dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela


mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
kisah dongeng saja


belum pernah ku merasakan
dipeluk dalam dakapan
eratnya melindungi jiwa rapuh ini

sanubariku memerlukan
kehadiran seorang teman
tulus mencurah kasih sepenuh hati


mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
dalam waktu sedu
dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela

mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
kisah dongeng saja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...