Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 12 November 2012

MASAK TULANG ASAM PEDAS DAN PARU BERCILI

Semalam ada kelapangan untuk masak lebihan daging pemberiaan masa Hari Raya Korban tempoh hari. First time cuba masak tulang lembu masak asam pedas. Biasanya masak sup tulang lembu. Tapi semalam cuba resipi baru. Lebihan paru masak goreng cili. Memang TERANGKATTTTT...


Tulang Lembu masak asam pedas

Resipi

4 Ketul tulang lembu

Bahan-bahan untuk dikisar
10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah (suka guna lebih bawang supaya nak hilang pedas cili)
6 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
10 biji lada hitam
1 inci belacan (dibakar)

1 batang bunga kantan
4 tangkai daun kesum ( suka guna banyak sebab suka bau daunnya)
asam jawa

Cara-cara memasak.

Rebus tulang lembu sehingga empuk. Tumiskan bahan seperti bawang, cili kering, bawang putih, halia lengkuas, serai, lada hitam dan belacan yang telah dibakar dan di kisar halus. Masukkan bunga kantan yang telah dipotong serong bersama daun kesum. Tumiskan sehingga pecah minyak dan masukkan tulang lembu. Masukkan 1 cawan air rebusan tulang daging tadi. Biarkan sehingga daging empuk. Apabila daging sudah agak empuk masukkan air asam jawa dan tambah lagi 2 cawan lebihan air rebusan daging. Tambah garam, serbuk perasa (saya lebih suka guna KNORR pasti sedap) dan gula. Masak sehingga asam pedas tersebut pecah minyak. 



Paru masak cili

Resipi

daging paru (agak-agaklah berapa banyak)

Bahan-bahan untuk dikisar
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi (ikut suka kalau nak pedas)
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci lengkuas
2 inci halia

Bahan untuk perap paru
serbuk lada hitam
3 biji bawang merah

Cara-cara Memasak
Paru direbus kemudian potong menjadi kepingan yang kecil dan diperap bersama serbuk lada hitam dan bawang yang telah dikisar. Setelah diperap goreng paru tadi. Kemudian asingkan. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi masak sehingga pecah minyak. Tambah garam, gula dan serbuk perasa. Kalau suka tambah beberapa biji cili api. Masukkan paru yang telah digoreng dan masak sehingga cili kering.



Jom makan.......BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...