Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 6 November 2012

1 HARI 1 AYAT - MENYAPU DAHI DAN HIDUNG SESUDAH SOLAT

Daripada Abu Said al-Khudri: " Aku melihat Rasulullah s.a.w sujud di atas air dan tanah sehingga dapat dilihat debu dan kesan tanah di dahinya." (Riwayat al-Bukhari)

Kefahaman yang dapat diambil daripada hadis ini ialah:-

1. Nabi s.a.w tidak menyapu dahi Baginda semasa solat walaupun dahi Baginda terdapat kesan tanah dan air di dahi Baginda.

2. Nabi s.a.w juga tidak menyapu dahinya selepas solat. Kalaulah terdapat ihtimal selepas solat maka itu kerana membuang kesan tanah, air dan seumpamanya yang ada di dahi. Biasanya kini kita sujud di atas permaidani yang bersih. Maka keperluan menyapu dahi juga bukanlah daripada perbuatan solat yang mesti dibuat. Sahihnya Nabi Muhammmad s.a.w juga tidak melakukannya. Al Hafiz ibn Hajar al-Syafii pula menyatakan bahawa jika Nabi s.a.w melakukannya pun maka ia tindakan menyapu habuk, debu dan kesan tanah di dahi Baginda. Ia termasuk dalam bab jibliyyah (perkara semulajadi kemanusiaan) dan bukannya satu amalan untuk merapatkan diri kepada Allah s.w.t (Fath al-Bari, jil.2 hlmn 416)

Walaupun demikian menurut ulama mazhab Syafii, perbuatan menyapu dahi selepas solat digalakkan berdasarkan hadis berikut:-
" Apabila Rasulullah s.a.w selesai solat maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanan sambil berdoa yang bermaksud: " Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah, jauhkan aku daripada kesakitan dan kedukacitaan." (Riwayat al-Tabarani)

Satu lagi hujah berkaitan seperti yang terdapat dalam hadis: " Daripada Qatadah sesungguhnya dia telah menyapu dahinya apabila selesai solat sebelum memberi salam." (Munnannaf Abdul Razzak. jil. 2 hlmn 42)

Menurut ulama Syafii contohnya dalam I'anah al-Talibin walaupun hadis ini daif, ia masih digalakkan untuk dilakukan kerana termasuk dalam kategori fada'il a'-amal (kelebihan-kelebihan amalan). Namun amalan ini tidak dijumpai dalam kitab muktamad mazhab Syafii seperti a-Um, Rawdah al-Talibin, Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj dan lain-lain.

Justeru menisbahkan pendapat menyapu muka seleaps solat kepaad mazhab Syafii masih boleh dipertikaikan kerana ia mungkin pendapat peribadi beberapa ulama bermazhab Syafii dan bukan pendapat mazhab.



*** Sumber: Formula Solat Sempurna: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (Terbitan Telaga Biru) - Majalah Solusi (Isu No. 45)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...