Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 28 November 2012

1 HARI 1 AYAT - 7 SUNNAH NABI



 
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim 
“ Subhannallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Allahu Akbar!” Kita semua menyedari bahawa HIDUP INI HANYALAH SESAAT. Dan kita akan HIDUP SELAMANYA DI AKHIRAT kelak.
Keadaan inilah yang membangun ’semangat berjibaku’ agar kita semua MENGATUR HIDUP yang sesaat ini untuk kebahagiaan selama-lamanya di akhirat kelak.
Tidaklah hairan mengapa orang Mukmin semakin hari semakin bertakwa. Kerana merekan tahu dan sedar bahawa SEMAKIN HARI SEMAKIN DEKAT PERJUMPAAN DENGAN ALLAH SWT. Sehingga hari-harinya dilalui dengan kesibukan untuk MEMPERBAIKI DIRI dalam kebaikan
Salah satu usahanya adalah dengan MENGAMALKAN SUNNAH HARIAN Rasulullah SAW.
Rakan-rakan seiman marilah kita berhenti  sejenak aktiviti kita sehari-hari yang menyibukkan diri agar kita dapat sejenak waktu untuk BERHENTI, BERFIKIR, MERENUNG dan MENCONTOHI teladan RASULULLAH SAW, agar menjadikan hidup kita lebih bermakna untuk mempersiapkan diri kita dalam menghadapi sisa-sisa kehidupan kita. 
1. SOLAT TAHAJUD
Kita semua mengetahui bahawa Solat Tahajud adalah SOLAT TERAMAT PENTING SETELAH SOLAT FARDHU (wajib) lima waktu. Kerana dengan solat Tahajud Allah SWT akan MENGANGKAT DARJAT kehidupan manusia.
Solat Tahajud dilakukan di waktu malam (setelah tidur) kerana disaat malam sunyi tersebut melakukan solat akan LEBIH KHUSYUK dan bacaan di waktu tersebut LEBIH BERKESAN.
Al-Isra: 79” Dan dari sebahagian malam hendaklah engkau bangun (tahajud) sebagai AMALAN TAMBAHAN untukmu. Semoga Tuhanmu mengangkat (darjatmu) ke tempat terpuji”.
Abu Huraira R.A meriwayatkan RASULULLAH SAW bersabda:”Tuhan kita turun SETIAP MALAM ke langit dunia pada SEPERTIGA MALAM terakhir dan berfirman:
Siapa yang BERDOA kepadaKu PASTI AKU KABULKAN siapa yang MEMOHON kepadaKu PASTI AKU BERI dan siapa yang MEMOHON AMPUN kepadaKu, PASTI AKU AMPUNI !” (HR. Al-Jama’ah).
Amr bin Al-Ash meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
”Sedekat-dekat hamba kepada Allah SWT adalah PADA TENGAH MALAM TERAKHIR. Apabila engkau termasuk golongan orang BERDZIKIR mengingat Allah SWT pada saat itu, maka lakukanlah ” (HR. Al-Hakim).
Salman Al-Farisi meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
”Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah KEBIASAAN ORANG SOLEH sebelum kamu, JALAN MENDEKATKAN DIRI kepada Tuhan, PENEBUS KEBURUKKAN, PENCEGAH DOSA serta PENGHALAU SAKIT ”.
Subhanallah! Demikian besarnya keutamaan Solat Tahajud. Marilah kita rutin melakukannya! 
Pelaksanaan:
1. Solat malam sebaiknya DILAKUKAN DI RUMAH bukan di Masjid.
2. Bacaan solat malam BOLEH NYARING dan juga BOLEH PERLAHAN.
3. Jumlah rakaatnya MINIMA 2 rakaat, 4, 8, dan seterusnya tidak terbatas.
4. Diakhiri dengan SOLAT SUNNAH WITIR 3 rakaat  ganjil.

2. MEMBACA DAN MEMPELAJARI  AL-QUR’AN
Rakan-rakan Muslim terjadinya berbagai masalah, tekanan dalam kehidupan peribadi, keluarga, organisasi, pekerjaan terjadinya kerana semua bersumber kepada AL-QURAN TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI PETUNJUK dan PEDOMAN HIDUP. 
Kinilah saatnya kita ”kembali untuk mendalami” kitab yang bersumber dari Allah SWT! (bukan karangan manusia !) tersebut.
Al-Quran sebaiknya dipelajari secara SISTEMATIK, diungkap maknanya, digali kandungannya dan isinya sebagai PEDOMAN HIDUP. Al-Qur’an harus didekati secara emosional, MELIBATKAN PERASAAN dalam upaya menyelami makna terdalam dan hikmah tertinggi yang dimiliki.
”Dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah SWT yang maha Pemurah kepada mereka, mereka MENYUNGKUR, BERSUJUD dan MENANGIS” (QS. Maryam : 58)
HR.Tirmidzi :
”Al-Quran adalah kitab Allah SWT yang berisi SEJARAH UMAT sebelum kamu, BERITA UMAT sesudahmu, kitab yang MEMUTUSKAN dan menyelesaikan urusan di antara kamu, yang nilainya bersifat PASTI & ABSOLUT. Siapa saja yang derhaka ”meninggalkannya” pasti Allah SWT akan ”memusuhinya”. Siapa yang MENCARI PETUNJUK SELAIN AL-QURAN, PASTI AKAN TERSESAT. Al-Quran adalah tali Allah yang sangat kuat, PERINGATAN YANG BIJAKSANA dan JALAN YANG SANGAT LURUS”.
Langkah yang sebaiknya kita lakukan adalah dengan :
- Membacanya
- Mencatatnya
- Menghafalnya
- Memahaminya
- Mengamalkannya
Perlu diingat bahawa Al-Quran baru terbukti menjadi petunjuk DALAM KEHIDUPAN kita. Agar pemahaman Al-Quran yang kita lakukan semakin bertambah positif bagi kita dan manusia secara umum maka dalam MENGKAJI isi, kisah, hikmah Al-Quran seharusnya kita belajar kepada para ulama yang sudah lebih awal dan lebih panjang mempelajari Al-Quran termasuk sejumlah tafsir dan karya tulis.
Sedemikian pentingnya sebuah kandungan makna dan isi Al-Quran sampai Allah SWT berfirman: 
”Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran kepada sebuah gunung pasti kamu akan melihatnya TUNDUK BERPECAH-PECAH disebabkan TAKUT KEPADA ALLAH SWT. Perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka BERFIKIR ! ” (QS. Al-Hasyr: 21)
3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID 
Rasulullah SAW menyampaikan sebuah hadits di hadapan para sahabatnya ketika menanyakan salah seorang jemaahnya tidak terlihat dalam shaf subuh berkali-kali :
”Sungguh, solat yang PALING BERAT BAGI ORANG MUNAFIK adalah solat Isyak dan SOLAT SUBUH. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya mereka pasti mendatangani keduanya, SEKALIPUN DENGAN MERANGKAK ” (HR. Bukhari-Muslim).
Banyak ulama hadits menilai tentang penjelasan hadits ini di antaranya bahwa untuk menilai seseorang apakah sungguh-SUNGGUH BERIMAN atau malah MUNAFIK, maka dapat dilihat solat shubuhnya. 
Solat Subuh merupakan satu di antara solat wajib 5 waktu yang mempunyai PENGKHUSUSAN dan memiliki KEUTAMAAN yang luar biasa.
1. Merupakan SOLAT PALING UTAMA yang diwajibkan pada kaum Muslimin. (merupakan solat yang sejak awal disyariatkan tetap 2 rakaat).
2. AZAN subuh berbeza dengan azan solat wajib lainnya dengan menambahkan ’Ash-shaltu khairum minan naum’ – ”solat itu lebih baik dari tidur sebanyak 2 kali”.
3. Rasulullah SAW memberikan DOA KHUSUS setelah solat subuh yang berbeza dengan solat lain. Doa ini sebagai tambahan ’wirid’ penutup solat.
Diriwayatkan oleh Abu Dzar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
”Siapa mengatakan setelah solat subuh, SEBELUM MENINGGALKAN TEMPAT DUDUKNYA dan BERBICARA SEDIKITPUN – La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yuhyi wa yumitu wahuwa ala kulli sya in qadir - sebanyak 10X, maka akan ditulis baginya 10 kebaikan, dihapus 10 kesalahan dan diangkat darjatnya 10 kali lebih tinggi. Satu hari penuh ia terlindungi dari suatu yang tidak disukai, terlindungi dari syaitan tidak ada dosa  dianggap sebagai dosa kecuali syirik ” (HR.Tirmidzi).
Rasulullah SAW pernah menasihati Muslim bin harits: ” Jika kamu solat subuh maka bacalah sebelum kamu berbicara – Allahumma ajirni minannar (Ya ALLAH lindungilah aku dari api neraka) – sebanyak 7X, maka jika kamu mati hari itu ALLAH akan menjauhkanmu dari api neraka ” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).
4. Rasulullah SAW selalu MENYURUH MEMENDEKKAN BACAAN solat, KECUALI SOLAT SUBUH! Abu Barzah Al-Islami meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pada solat subuh membaca 60 sampai 100 ayat …..sampai sebentar lagi matahari terbit (HR. Muslim). 
5. Rasulullah SAW mempunyai BACAAN KHUSUS SOLAT SUBUH di HARI JUMAAT! Abu Huraira meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW membaca pada rakaat pertama SURAH AS-SAJADAH dan rakaat kedua SURAH AL-INSAN. Keistimewaan ini tidak terjadi pada solat wajib lainnya!
6. Solat subuh TIDAK BOLEH DI QASAR dan DIJAMAK!

Seperti yang juga kita fahami dari beberapa hadits pada saat solat subuh inilah pertukaran malam dan siang bermula. Pada saat itu pula MALAIKAT MALAM dan SIANG BERKUMPUL dan BERGANTI TUGAS.
”SOLAT BERJAMAAH LEBIH UTAMA dari solat sendirian sebanyak 25 kali gandat. Malaikat penjaga malam dan siang BERKUMPUL PADA SOLAT SUBUH” (HR. Bukhari).
ALLAH SWT berfirman: ”Dan dirikanlah SOLAT SUBUH. Sungguh solat subuh itu DISAKSIKAN OLEH PARA MALAIKAT” (QS. Al-Isra : 78). 
Ada lagi hal utama dalam solat subuh, adalah  DUA RAKAAT SOLAT FAJAR (solat sunat sebelum atau qabliyah subuh) yang LEBIH BAIK DARI DUNIA & SEISINYA (HR. Muslim).
Rasulullah SAW mengistimewakan solat ini dengan menggambarkan bahawa: ”Seandainya dunia dan seisinya ini adalah sebuah kebaikan, maka JAUH LEBIH BAIK 2 RAKAAT SOLAT FAJAR YANG KITA KERJAKAN” !
Selain itu pula SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID boleh menjadi PENERANG PADA HARI KIAMAT KELAK seperti yg di sabdakan Rasulullah SAW: ”Berilah khabar gembira bagi orang-orang YANG BERJALAN DI DALAM KEGELAPAN MENUJU MASJID (untuk mengerjakan solat subuh) DENGAN CAHAYA YANG TERANG-BENDERANG (pertolongan) PADA HARI KIAMAT! ” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Majah).
Dari semua pengetahuan kita tentang keutamaan SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID INI, kesombongan apalagi pada diri kita yang akan menghalangi untuk menjalankannya?

4. MELAKUKAN SOLAT DHUHA 
”Wahai anak Adam, cukupilah aku dengan melakukan EMPAT RAKAAT SOLAT DHUHA pada pagi hari maka aku akan MENCUKUPI KEPERLUANMU pada akhir hayatmu” (HR Ahmad & Abu Ya’la).
Beliau berwasiat kepadaku tentang 3 hal yang sejak itu aku TIDAK PERNAH MENINGGALKANNYA:
1. Hendaknya aku tidak tidur sebelum mengerjakan SOLAT WITIR.
2. Hendaknya aku tidak meninggalkan dua rakaat SOLAT DHUHA (kerana solat DHUHA adalah solatnya ’awwabin’-orang yang bertaubat kepada ALLAH SWT serta meninggalkan maksiat) 
3. Hendaknya aku BERPUASA 3 HARI setiap bulan - (HR. Tirmidzi dan Nasa’i)
Salah satu makna kepentingan solat DHUHA adalah agar pengamalnya MENDAPATKAN REZEKI dan DIJAUHKAN DARI KEMISKINAN: ”Solat DHUHA itu mendatangkan rezeki dan menolak kemiskinan dan tidak ada yang memelihara solat kecuali orang-orang bertaubat” (HR. Tirmidzi) 
”Siapa yang mengerjakan solat DHUHA 2 rakaat dia TIDAK AKAN dicatat dalam kelompok orang-orang yang LUPA. Siapa yang mengerjakan solat DHUHA 4 rakaat dia dicatat dalam kelompok orang-orang yang AHLI IBADAH. Siapa yang mengerjakan solat DHUHA 6 rakaat pada hari itu segala keperluannya DICUKUPI oleh ALLAH SWT. Siapa yang mengerjakan solat DHUHA 8 rakaat maka ALLAH SWT mencatatnya termasuk golongan yang TUNDUK dan menghabiskan waktunya untuk BERIBADAH. Dan, siapa yang mengerjakan solat DHUHA 12 rakaat maka ALLAH SWT membangunkan baginya sebuah ISTANA INDAH DALAM SYURGA. Tidak ada dalam sehari-semalam kecuali ALLAH SWT pasti MEMBERIKAN ANUGERAH serta SEDEKAH kepada hambaNYA” (HR. Thabrani dan Abu Daud).
Subhanallah !

5. BERSEDEKAH
Maha suci ALLAH SWT, ZAT yang telah membersihkan hati orang-orang beriman dari sifat angkuh dan serakah. ALLAH SWT lah yang menyelipkan ke sanubari orang beriman perasaan hiba, simpati sekaligus kasihani kepada orang-orang yang lemah dan memerlukan bantuan, melalui bersedekah. 
Bersedekah tidak harus besar yang penting dengan KEIKHLASAN.
Kita bersedekah TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN dari orang yang kita bantu. Kita harus yakin ALLAH SWT lah yang akan membalas. 
”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. (iaitu) orang-orang yang MENAFKAHKAN (HARTANYA) DI WAKTU LAPANG & DI WAKTU SEMPIT dan orang-orang yg menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat baik ” (QS. Ali Imran : 133-134)
” Perbandingan (balasan atau pahala) bagi orang-orang yang MEMBELANJAKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH seperti satu biji yang menumbuhkan tujuh cabang di setiap cabang menjuntai seratus buah dan ALLAH akan menggandakan (pahala) kepada siapa yang Dia kehendaki dan ALLAH itu luas (pemberianNya) lagi sangat mengetahui ” (QS. Al-Baqarah : 261)
”Siapa yang MEMBANTU MENYELESAIKAN KESUSAHAN SESEORANG di dunia (lebih-lebih lagi saudara sesama Muslim) ALLAH PASTI MEMBANTU MENYELESAIKAN KESUSAHANNYA DI DUNIA dan AKHIRAT ” (HR. Bukhari).
Berkat sedekah boleh hilang jika orang yang bersedekah itu MENGUNGKIT-UNGKIT dan SELALU MENYEBUT-NYEBUT sedekah itu di depan umum.
Sedekah dapat MEMADAMKAN MURKA ALLAH SWT
Sedekah dapat MEMELIHARA MANUSIA DARI KEJAHATAN
Siapakah yang DIUTAMAKAN UNTUK DIBERI SEDEKAH?
1. ANAK YATIM kerana sebelum dewasa anak yatim belum memahami erti hidup. Mereka adalah TITIPAN ALLAH SWT kepada hamba lainnya yang mampu.
2. FAKIR MISKIN yang perlu dibantu agar dapat memperbaiki hidup.
3. JANDA dan BALU kerana kehilangan tulang punggung pencari nafkahnya serta kehilangan masa produktifnya.
4. YANG TERBEBAN DENGAN HUTANG
5. YANG TERKENA MUSIBAH

6. SELALU DALAM KEADAAN BERWUDHU
Banyak hadits yang sangat menganjurkan untuk TETAP BERWUDHU WALAUPUN TIDAK HENDAK MENDIRIKAN SOLAT.
Berdasarkan sunnah tersebut mulai generasi sahabat hingga orang-orang soleh sentiasa mereka MENJAGA WUDHU baik dalam perjalanan, membaca Al-Quran, menuntut ilmu, dalam bekerja, ketika hendak tidur termasuk sebelum dan sesudah berhubungan suami-isteri.
BERWUDHU BUKAN HANYA DISAAT MENGHADAP ALLAH SWT dalam solat tapi juga ketika akan tidak BERADA DALAM KESUCIAN.
ALLAH SWT berfirman: ”Sungguh ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan mereka yang MENYUCIKAN DIRI” (QS. Al-Baqarah : 222).
Abu Hurairah meriwayatkan RASULULLAH SAW, bersabda:
”Pada hari kiamat wajah mereka bercahaya kerana bekas wudhunya ” (HR. Bukhari).
”Siapa yang BERWUDHU (untuk mendapatkan) KESUCIAN maka ALLAH akan MENETAPKAN BAGINYA DENGAN SEPULUH KEBAIKAN” (HR. Abu Daud)
”Seseorang sentiasa DIANGGAP SEPERTI DALAM KEADAAN SOLAT asal dia tidak berhadas (buang angin)” (HR. Bukhari)

7. SELALU BERZIKIR
Zikrullah memiliki daya hidup. Menghidupkan dan menyuburkan jiwa yang rapuh, melapangkan jiwa yang sempit serta membangkitkan keyakinan bagi yang mengalami kekecewaan dalam menjalani kehidupan.
ZIKIR yang UTAMA:
* La ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahul mulku wa lahu hamdu wa huwa ’ala kulli syay’in qadir
* Subhanallah wal hamdu lillah wa ilaha illallah wallahu akbar
* Subhanallah wa bihamdihi
* Subhanallahi wa bihamdihi, subhanallahil azhim
* (surah Al-Fatihah) 
Rasulullah SAW bersabda: ”Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berdzikir seperti ORANG YANG HIDUP dan ORANG YANG MATI” (HR. Bukhari)
”Dan laki-laki yang BANYAK MENYEBUT (MENGINGATI) ALLAH disertai dengan perempuan yang banyak menyebut Allah maka Allah telah menyediakan untuk mereka AMPUNAN & PAHALA YANG BESAR ” (QS. Al-Ahzab : 35)
”Maka apabila kami telah menyelesaikan solat, INGATLAH DI WAKTU BERDIRI, DUDUK maupun BERBARING ….” (QS. An-Nisa : 103)
”Kerana itu INGATLAH KALIAN PADAKU, niscaya Aku pun akan ingat pada kalian…” (QS. Al-Baqarah : 152)
”INGATLAH TUHANMU SEBANYAK-BANYAKNYA dan BERTASBIHLAH dengan memuji Tuhanmu di waktu petang dan pagi ” (QS. Ali-Imran : 41)
Peribadi yang BERDZIKIR : 
Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR
Setiap NAPASNYA adalah TASBIH ...
Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA
Setiap PIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ... 
Setiap GERAK HATINYA adalah DOA
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD...
Kekuatannya adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...