Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Khamis, 15 November 2012

1 HARI 1 AYAT - KELEBIHAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS

KEUTAMAAN PUASA ISNIN DAN KHAMIS

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
Puasa adalah amalan yang sangat utama. Dengan puasa seseorang akan terlepas dari berbagai godaan syahwat di dunia dan terlepas dari siksa neraka di akhirat. Puasa pun ada yang diwajibkan dan ada yang disunnahkan. Setelah kita menunaikan yang wajib maka alangkah bagusnya kita boleh menyempurnakannya dengan amalan yang sunat. Ketahuilah bahawa puasa sunat nantinya akan menutup kekurangan yang ada pada puasa wajib. Oleh kerana itu amalan sunat sudah seharusnya kita lakukan.

Puasa hari isnin dan khamis adalah termasuk amalan sunat yang di lakukan Rasulullah s.a.w banyak keutamaan-keutamaan yang terdapat di dalamnya seperti puasa-puasa sunat yang lainnya khususnya isnin adalah hari di mana Rasulullah s.a.w di lahirkan dan di turunkan wahyu kepadanya dan juga bahawa hari isnin dan khamis adalah hari di mana amalan seorang hamba di angkat.

Dalil Puasa Isnin Khamis. 
Dari ’Aisyah radhiyallahu ’anha beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.aw  bersabda,

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ 
”Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang sentiasa berterusan walaupun itu sedikit.” Aisyah pun ketika melakukan suatu amalan selalu berkeinginan keras untuk merutinkannya.
Dari ’Aisyah, beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w di tanya mengenai amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah. Rasul s.a.w  menjawab:

أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ 
”Amalan yang rutin  walaupun sedikit.”
’Alqomah pernah bertanya pada Ummul Mukminin ’Aisyah, ”Wahai Ummul Mukminin bagaimanakah Rasulullah s.a.w beramal? Apakah beliau mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beramal?” ’Aisyah menjawab:

لاَ. كَانَ عَمَلُهُ دِيمَةً وَأَيُّكُمْ يَسْتَطِيعُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَسْتَطِيعُ 
”Tidak. Amalan beliau adalah amalan yang berterusan (rutin dilakukan). Siapa saja di antara kalian pasti mampu melakukan yang beliau shallallahu ’alaihi wa sallam lakukan.”

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ
الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.”” (HR. Muslim no. 1151)

Dalam riwayat lain dikatakan,

قَالَ اللَّهُ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصِّيَامَ ، فَإِنَّهُ لِى
“Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), “Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Amalan puasa adalah untukKu.” (HR. Bukhari no. 1904)

Dalam riwayat Ahmad dikatakan,
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ كُلُّ الْعَمَلِ كَفَّارَةٌ إِلاَّ الصَّوْمَ وَالصَّوْمُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ
“Allah ‘azza wa jalla berfirman (yang ertinya), “Setiap amalan adalah sebagai kifarah/tebusan kecuali amalan puasa. Amalan puasa adalah untukKu. Aku sendiri yang akan membalasnya”.” (HR. Ahmad. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim)

Dari Abu Qotadah Al Anshori radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai puasa pada hari isnin, lantas beliau menjawab:
ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَىَّ فِيهِ
“Hari tersebut adalah hari aku dilahirkan hari aku diutus atau diturunkannya wahyu untukku.”

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah s.a.w bersabda: 
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِى وَأَنَا صَائِمٌ
“Berbagai amalan dihadapkan (pada Allah) pada hari isnin dan khamis maka aku suka jika amalanku dihadapkan sedangkan aku sedang berpuasa.”

Dari ‘Aisyah, beliau mengatakan,
إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يَتَحَرَّى صِيَامَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ.
“Rasulullah s.a.w  biasa menaruh pilihan berpuasa pada hari isnin dan khamis.”

Tata Cara Puasa Isnin dan Khamis

Banyak dari kita menyangka bahawa puasa isnin dan khamis harus di lakukan pada dua-duanya sehingga ketika telah berpuasa isnin dan tertinggal pada hari khamisnya berfikiran bahawa puasanya tidak sah.
Cara puasa isnin dan khamis adalah seperti puasa sunat pada umumnya dan yang perlu di ketahui adalah bahawa hari isnin adalah amalan tersendiri dan hari khamis adalah amalan tersendiri. Rasulullah s.a.w bersabda :

تعرض الأعمال يوم الاثنين والخميس، فأحب أن يعرض عملي وأنا صائم
Ertinya: "(pahala) Amalan di angkat pada hari isnin dan khamis maka aku menyukai jika ketika amalanku di angkat aku dalam keadaan berpuasa." (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Dan ketika di tanya tentang puasa isnin dan khamis, Beliau juga bersabda khususnya pada hari isnin:

ذاك يوم وُلدتُ فيه وأُنزلَ عليَّ فيه
Ertinya: "Hari itu aku di lahirkan dan pada hari itu (pula) wahyu di turunkan kepadaku." (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w tidak mensyaratkan bahawa harus di lakukan pada isnin dan khamis dan tidak boleh melewatkan salah satu hari tersebut akan tetapi isnin adalah amalan tersendiri dan khamis pun begitu kerana beliau mengatakan bahawa (pahala) amalan di angkat pada hari isnin dan khamis.

Niat Puasa Isnin dan Khamis
Adapun niat adalah niat hendak puasa isnin atau khamis dan niat di lakukan sebelum fajar hari isnin atau khamis dan pada puasa sunat di perbolehkan niat pada tengah-tengah hari di riwayatkan dari 'Aisyah -radhiallahu 'anha- berkata:

كان رسولُ الله -صلى الله عليه وسلم- إِذا دخل عليَّ قال : هل عندكم طعام؟ فإذا قلنا : لا ، قال : إني صائم
Ertinya: "Ketika Rasulullah s.a.w masuk kepadaku dan bertanya: apakah engkau memiliki makanan? aku berkata: tidak, beliau berkata: bererti aku puasa." (HR Abu Daud)
Adapun tempatnya niat adalah di dalam hati dan tidak ada lafaz niat puasa isnin dan khamis yang di riwayatkan dari Nabi s.a.w. 

Keutamaan Puasa Isnin dan Khamis 
Banyak sekali keutamaan yang terdapat dalam puasa isnin dan khamis. Berikut adalah beberapa keutamaan yang terdapat pada puasa isnin dan khamis dan puasa sunat lainnya.

Rasulullah s.a.w bersabda:

إن في الجنة بابًا يقال له: الريان، يدخل منه الصائمون يوم القيامة لا يدخل منه أحد غيرهم. يقال: أين الصائمون؟ فيقومون لا يدخل منه أحد غيرهم، فإذا دخلوا أغلق فلم يدخل منه أحد
Ertinya: "Sesungguhnya di syurga ada satu pintu yang namanya "Ar-Rayyan," yang akan di masuki oleh orang-orang yang sering berpuasa kelak pada hari kiamat tidak akan masuk dari pintu itu kecuali orang yang suka berpuasa di katakan: manakah orang-orang yang suka berpuasa? maka mereka pun berdiri dan tidak masuk lewat pintu itu kecuali mereka jika mereka telah masuk maka pintu itu di tutup sehingga tidak seorang pun masuk melaluinya lagi." (HR Bukhori dan Muslim)

عن عائشة ـ رضي الله عنها ـ أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يتحرى صيام الاثنين والخميس
Ertinya: "Dari 'Aisyah radhiallahu 'anha: bahawa Nabi s.a.w sering melakukan puasa isnin dan khamis." (HR Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan An-Nasai)

Puasa sunat merupakan janji seorang muslim untuk Rabbnya bahawa ketaatan itu akan terus berlangsung dan tidak hanya pada bulan Ramadhan saja bahawa kehidupan ini secara keseluruhannya adalah ibadah. Dengan demikian puasa itu tidak berakhir dengan berakhirnya bulan Ramadhan tetapi puasa itu terus disyari'atkan sepanjang tahun. Maha benar Allah subhanahu wata’ala yang telah berfirman, “Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam.” (QS. 6:162)
Puasa sunnah menjadi sebab timbulnya kecintaan Allah subhanahu wata’ala kepada hamba-Nya serta sebab terkabulnya doa, terhapusnya kesalahan-kesalahan, berlipatgandanya kebaikan kebaikan, tingginya darjat serta sebab keberuntungan mendapatkan syurga yang penuh dengan kenikmatan.
Puasa sunnah dapat dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Rabb-Nya kerana membiasakan diri berpuasa di luar puasa Ramadhan merupakan tanda diterimanya amal perbuatan Insya Allah. Hal ini kerana Allah subhanahu wata’ala jika menerima amal seorang muslim maka dia akan memberikan petunjuk kepadanya untuk mengerjakan amal soleh setelahnya. 
Ketika Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa pada hari isnin maka beliau bersabda, "Itu adalah hari aku dilahirkan, hari aku diutus sebagai Nabi atau hari diturunkannya al-Qur'an kepadaku."
Di dalam riwayat yang bersumber dari Aisyah radhiyallahu ‘anha dia berkata, "Nabi s.a.w sentiasa menjaga puasa isnin dan khamis. (HR. Lima Imam ahli hadits, kecuali Abu Dawud).
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Nabi s.a.w bersabda, "Amal-amal itu diperlihatkan pada hari isnin dan khamis maka aku senang jika amalku ditampakkan pada saat aku sedang berpuasa." (HR at-Tirmidzi)

4 ulasan:

  1. terima kasih atas perkongsian..semoga mendapat syafaat dari perkongsian..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah,,syukur dan terima kasih atas perkongsian ilmu,,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...