Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 24 Oktober 2012

1 HARI 1 AYAT - MEMBUAT WAJAH BERCAHAYA


... MEMBUAT WAJAH BERCAHAYA ...

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ....
Memiliki wajah bercahaya adalah keinginan dari semua wanita. Wajah bercahaya bukan bererti harus berwajah cantik banyak wanita yang memiliki wajah cantik, tetapi tidak sedap dipandang mata. Sebaliknya banyak wanita yang memilki wajah yang biasa saja, tetapi terlihat menarik di mata orang lain. Bentuk wajah, warna kulit dalam keadaan tertentu memang memberikan keindahan tetapi telah terbukti ada hal lain yang membuat seseorangan menjadi cantik. Kita boleh melihat keindahan dalaman dan keindahan lahiriah. Keindahan dalaman adalah zat yang dicintai seperti keindahan ilmu, akal, kemurahan hati, keberanian dan lain-lainnya.
Keindahan dalaman ini menghiasi rupa lahir sekalipun tidak indah. Orang yang memiliki keindahan dalaman walaupun berpakaian cantik, kemuliaan dan karisma akan terasa bila ruhnya tertanam sifat-sifat tersebut. Siapa yang melihatnya akan merasa enggan kepadanya dan siapa yang bergaul dengannya akan merasa nyaman. Barangkali anda pernah lihat orang yang secara lahiriah berkulit hitam, tidak elok tapi kerana memiliki sifat-sifat terpuji dan rajin solat malam maka dengan sendirinya akan terlihat bagus rupa, menyenangkan dan wajahnya bercahaya cemerlang.
Sebahagian wanita ada yang banyak mendirikan solat malam. Ketika hal itu ditanyakan kepadanya maka para wanita menjawab, “Sesungguhnya soalat malam itu boleh membuat wajah menjadi elok dan saya suka jika wajahku menjadi elok”.
Beberapa tahun lalu saya melihat seorang wanita yang memancarkan wajah yang berbeza dari wanita lain. Orang-orang senang dengan kehadirannya dan merasa kehilangan ketika dia tidak ada. Sebenarnya wajah wanita itu biasa saja bahkan berkulit hitam. Awalnya saya mengira hanya saya yang mempunyai prasangka tentang sinaran wajahnya. Ternyata teman-teman saya yang menyatakan hal yang sama. Saya pun berusaha untuk mencari tahu apa yang membuat wajah wanita ini begitu menarik.
Saya curiga dia pasti melakukan ibadah sunnah secara rutin ketika ada kesempatan, hal itu saya tanyakan kepadanya. Awalnya dia tidak mahu menjawab setelah didesak dia baru mengaku bahawa selama lima tahun dia terus menerus puasa isnin dan khamis dan apabila haid pada hari itu dia menggantikannya dengan puasa daud. Wanita ini juga hampir setiap malam solat tahajud. Luar biasa. Ini adalah salah satu bukti bahawa apabila kita dekat kepada Allah akan menimbulkan pancaran keagungan wajah kerana apa saja yang mendekati sumber cahaya, dia akan terkena pancaran cahaya.

Keindahan Lahir ... 
Keindahan lahir merupakan hiasan yang secara khusus diberikan Allah kepada sebahagian rupa manusia dan sebahagian lain tidak diberi-Nya. Hal ini termasuk tambahan penciptaan-Nya seperti firman berikut: “Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya ” (Fathir:1).
Menurut para ulama maksudnya adalah suara merdu dan rupa yang elok, keindahan lahir yang diberikan Allah perlu dijaga dari kesombongan kerana kadang manusia lupa akan hal ini, merasa hebat akan lahir yang diberi-Nya. Jadi mengenakan pakaian dan kasut yang bagus tidak apa-apa selagi berniat hanya kerana Allah. Tandanya jika merasa hebat menunjuk-nunjuk terhadap orang lain maka dialah orang yang rugi kerana kesombongannya sendiri dalam kehidupan hariannya  pun orang sekitarnya akan menjauh tidak mencintainya dan tidak merasa selesa.

Keindahan Batin ...
Keindahan batin merupakan nikmat Allah yang paling agung diberi pada hamba-Nya. keindahan ini akan terpancar jika bertakwa kepada-Nya. Menjaga keindahan ini akan menambah keindahan yang ada semakin bertambah indah. Jika keindahan ini digunakan untuk mendurhakai-Nya maka apa yang ada di dunia akan diubah selagi ia masih di dunia. Sehingga yang dia dapat sebelumnya akan menjadi sebaliknya, menjadi keburukan dan sesuatu yang menjijikkan di hadapan manusia kerana keindahan batin dapat menutupi dan menghapus kekurangan lahiriah sedangkan keburukan batin akan menghapuskan keindahan lahiriah dan menutupinya.
Hindari kekejian wahai yang berwajah tampan
Jangan ubah keindahan dengan keburukan 
Berbuat baiklah wahai yang tak berwajah tampan
Tidak akan menyatu dua jenis keburukan

Kerana keindahan merupakan yang disukai jiwa dan diidam-idamkan hati maka Allah tidak mengutus seorang nabi pun kecuali rupanya elok dan wajahnya tampan dan merdu suaranya. Begitulah yang diutarakan Ali bin Abu Talib. Rasulullah saw merupakan ciptaan Allah yang paling elok dan paling tampan sebagaimana yang dikatakan Al-Barra bu Azib Radhiyallahu Anhu. Dia pernah ditanya, ” Apakah wajah Rasulullah saw laksana pedang?” Dia menjawab “Tidak tetapi seperti rembulan.” (HR Bukhari-Muslim). 
Aisyah Radhiyallahu Anha berkata, bahawa pernah Rasulullah saw sedang ditunggu beberapa orang dari para sahabat di ambang pintu. Beliau bercermin di atas permukaan air, menyikat rambut dan janggutnya kemudian baru menemui mereka. Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, jadi engkau perlu berbuat seperti itu?”. Rasulullah menjawab, “Benar jika seseorang hendak menemui saudara maka hendaklah dia menjaga penampilannya terlebih dulu. Sebab Allah itu indah dan menyukai keindahan.” Ada seorang wanita cantik menemui Hasan Basri, seraya berkata, “Wahai Abu Sai’d, haruskah kaum laki-laki menikahi wanita?” “Begitulah” jawab Al-Hasan. “Bagaimana dengan diriku” tatkala bertanya itulah wanita tersebut sempat melihat wajah Hasan Basri yang tampan dan dia tak pernah melihat wajah yang setampan dia. Maka wanita itu berkata lagi, “Wahai Abu Sai’d janganlah engkau menggoda wanita dengan wajahmu!” katanya sambil mengalihkan pandangannya.
Hasan Basri berkata, “Andaikata di rumah seorang laki-laki ada wanita seperti dirimu tentu dia tidak lagi merasakan perlu dunia”. Abdullah bin Quraib Al-Ashmay berkata, “tatkala saya sedang berada di sebuah mata air tiba-tiba orang berkata, “Dia telah datang dia telah datang.” Semua orang bangkit dan saya berdiri bersama mereka. Ternyata ada seorang gadis yang hendak mengambil air. Tak pernah kulihat wajah yang secantik dia ditambah lagi perwatakkannya benar-benar sempurna. Tatkala dia merasa bahawa semua mata tertumpu ke arah diriku maka dia segera menutupkan kain tudungnya seakan-akan gumpalan awan yang sedang menutupi matahari. Saya berkata, “Jangan engkau halangi kami untuk menikmati wajahmu yang cantik menawan itu!”  

Makna Keindahan ....
Apa itu keindahan? kita tidak mungkin mengetahui erti keindahan sampai kita dapat mengagumi keindahan itu sendiri dan mengagumi yang menciptakan keindahan. Ada yang berpendapat, keindahan adalah keserasian ciptaan, harmoni dan keselarasannya. Ada juga yang memiliki keserasian, tetapi belum tentu disebut indah. Ada pula yang berpendapat bahawa keindahan itu terangkum dalam beberapa hal seperti keceriaan, keelokan, kebagusan bentuk dan kelembutan.
Dari beberapa definisi keindahan di atas bahawa setiap manusia mempunyai kemampuan untuk mendefinasikannya. Rasulullah saw berada tertinggi dalam hal keindahan. Suatu kali, Aisyah memandang beliau lalu tersenyum sendiri. “ Mengapa engkau tersenyum begitu?” Tanya beliau Aisyah menjawab, “Abu Bakar Al-Hudzaliy pernah menceritakannya dalam syair, Dialah penyembuh wanita yang mengalami kelainan ubat mujarab bagi wanita yang sedang menyusui. Andaikan kau lihat urat-urat dikeningnya tentu di sana dapat dilihat sinar berkilauan.
Ada sebahagian sahabat bertanya dengan seorang rahib lalu berkata, “Sebutlah ciri-ciri Muhammad kepadaku kerana seakan-akan aku bisa melihatnya di dalam taurat dan injil.” Sahabat itu menjawab, “Beliau tidak terlalu jangkung dan tidak pula pendek di atas rata-rata warna kulitnya putih bersih kemerah-merahan, rambutnya tidak keriting dan tidak pula kaku, rambutnya berjuntai hingga menyentuh daun telinga, keningnya kuat, pipinya lebar, matanya hitam dan lebar, hidungnya mancung, gigi-giginya tersusun, lehernya seakan-akan kendi yang terbuat dari perak, wajahnya seperti rembulan”
Setelah mendengarnya rahib itu pun masuk Islam dengan keadaan dan rupa seperti itu beliau masih di anugerahi cinta dan karisma. Siapa pun yang memandangnya tentu akan mencintai dan enggan terhadap beliau. Allah terlalu merangkum urut-urutan keindahan lahir mahupun batin, beliau adalah makhluk Allah yang paling indah, ciptaan mahupun aklaknya dan rupa mahupun perangainya.
Keadaan Rasulullah mempunyai keindahan seperti keadaan Nabi Yusuf as keindahan Nabi Yusuf as terlihat pada saat penolakan terhadap isteri tuannya yang terpesona akan keindahan lahirnya dan saat itu keindahan Nabi Yusuf lebih indah dari lahirnya yang selalu menjaga kehormatan diri dan menghindari hal-hal yang hina.
Allah SWT memberi keindahan lahir mereka dan wajah yang jernih dan membaguskan batin mereka dengan kegembiraan seperti firman Allah: “ Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri, kepada rabbiNya mereka melihat.” (Al-Qiyamah:22-23).
Allah menghiasi lahir langit dengan bintang-bintang dan menghiasi batinnya dengan memelihara-Nya dari gangguan syaitan. Ayat lain yang serupa sebagai berikut: “Berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.” (Al-Baqarah:197).
Allah menyebutkan bekal lahir dan bekal batin. Ini merupakan hiasan batin dalam Al-Quran yang dikaitkan dengan hiasan lahir. Firman ini ditunjukkan kepada Adam seperti berikut: “Sesungguhnya kamu tidak akan kelaparan di dalamnya dan tidak akan telanjang dan sesungguhnya kamu tidak akan merasa dahaga dan tidak akan ditimpa panas matahari di dalamnya.” (Thaha:118-119)
Allah menyertai kelaparan dengan telanjang bukan dengan kehausan menyertai kehausan dan kepanasan, bukan dengan kelaparan. Sebab rasa lapar itu merupakan ketelanjangan batin, sedangkan telanjang merupakan ketelanjangan lahir. Rasa haus adalah panasnya batin sedangkan panasnya terik matahari merupakan panasnya lahir. Umar Bin Khatab Radhuyallahu Anhu berkata, “Jika warna putih kulit wanita sama dengan rambut uban maka keindahaannya sudah sempurna.”
Aisya Radhuyallahu Anhu berkata, “Kulit yang berwarna putih itu separuh dari keindahan”. Ada empat bahagian yang menentukan keindahan di wanita kerana bentuknya panjang iaitu tangan dan kaki, perawakan, rambut dan lehernya, kekurangan diri wanita terletak di empat bahagian iaitu pada kaki, tangan, lidah dan matanya. Seorang wanita tidak boleh membelanjakan apa yang ada dalam rumah suaminya, tidak boleh keluar tanpa izin suami serta tidak boleh mengumpat (menjaga lisan) dan pandangannya.
Allah mempunyai cara tersendiri untuk mewujudkan keindahan pada manusia beserta makhluk dan isi alam ini kerana hanya Allah SWT yang mempunyai keindahan sempurna.

Menahan Pandangan Mata ...
Menahan pandangan mata merupakan dasar untuk menjaga kemaluan maka menahan mata itu disebutkan paling awal. Kerana pengharamannya hanya merupakan pengharaman awal, bererti pandangan mata diperbolehkan jika untuk kebaikkan yang pasti dan tidak diharamkan jika dikhawatirkan akan mengakibatkan kerosakan serta tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas di samping kerosakan itu.
Allah tidak memerintahkan untuk menahan pandangan mata secara total tetapi memerintahkan sebahagian pandangan mata. Allah menjadikan mata sebagai cermin hati. Jika seseorang menahan pandangan matanya bererti dia menahan syahwat dan keinginan hati. Jika dia mengalihkan pandangan matanya bererti dia mengalihkan syahwat hatinya.

Allah berfirman
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikan itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya” (An-Nur:30-31)

Manfaat menahan pandangan mata ...
Ada beberapa manfaat yang boleh diperolehi kerana menahan pandangan mata di bawah ini sebagai berikut: 
1. Membersihkan hati dan derita penyesalan ...
Seseorang yang suka menahankan pandangan matanya maka yang diakibatkan setelahnya adalah penyesalan yang tiada henti-hentinya. Kerana sesuatu yang paling berbahaya bagi hati adalah mengalih pandangan.
Ada kisah dari Al-Ashmay berkata, “Saya pernah melihat seorang gadis sedang tawaf yang seakan-akan dia adalah matahari saya terus memandanginya dan hatiku berdegup kerana keelokannya. Lalu wanita itu bertanya kepadaku. “Ada apa engkau ini?” Saya menjawab, “Engkau amat layak untuk dipandangi”
Wanita itu membacakan syair
Selagi pandangan matamu berkeliaran
Segala pemandangan akan membebani hati
Kau pandang segala sesuatu diluar kemampuan 
Sebahagian hati tiada kesabaran lagi

Pandangan akan menyusup ke dalam hati seperti anak panah yang meluncur saat dilancarkan. Jika tidak membunuh tentu anak panah akan membuat luka. Atau pandangan itu layaknya bara api yang dilemparkan ke dahan-dahan kering. Dikatakan dalam sebuah syair.
Segala peristiwa berawal dari pandangan mata
Jilatan api bermula dari setitik bara
Berapa banyak pandangan yang membelah hati
Laksana anak panah yang melesat dari busurnya
Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang
Dia tidak pernah lepas dari bahaya yang menghadang
Terasa senang di permulaan dan ada bahaya di kemudian hari
Tiada ucapan selamat datang dan ada bahaya saat kembali

2. Mendatangkan cahaya dan keceriaan hati.. 
Cahaya dan kecerian yang datang kerana menahan mata ini boleh terlihat di mata, wajah dan seluruh anggota tubuh, sebagaimana menahan pandangan yang mendatangkan kepekatan yang terlihat di wajah dan seluruh anggota tubuh. Oleh kerana itu Allah menyebutkan di dalam surat an-Nur, “Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.” (An-Nur:35)
Dalam ayat sebelumnya Allah telah berfirman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya.” (An-Nur:30)
3. Mendatangkan kekuatan firasat yang benar ...
Firasat akan datang dengan sendirinya kepada anda bila dapat menahan pandangan kerana firasat termasuk cahaya dan buah dari cahaya. Jika hati anda bercahaya maka firasat juga tidak akan meleset. Sebab hati itu kedudukannya seperti cermin yang memperlihatkan seluruh data seperti apa adanya. Sedangkan pandangan adalah seperti menghembuskan nafas di cermin. Jadi jika anda membuang pandangan mata maka seperti menghembuskan nafas di cermin hatinya. Hasilnya cahayanya akan memudar.  
Syuja’Al-Karmany berkata, “Jika zahir seseorang mengikuti sunnah Nabi batinnya merasakan pengawasan Allah, dia menahan pandangan mata dari hal yang dilarang Allah (haram), menahan diri dari syahwat dan memakan yang halal, tentu hatinya tidak akan meleset.” (Juga dikenal sebagai orang yang hatinya jitu dan tak pernah meleset)

4. Membuka pintu dan jalan ilmu serta memudahkan untuk mendapatkan sebab-sebab ilmu ...
Ilmu pengetahuan akan muncul bila hati bersinar terang sehingga sebahagian ilmu itu mudah diserap. Namun bila anda tetap menahan pandangan mata maka hati akan gelap tertutup untuk masuknya pengetahuan.
5. Mendatangkan kekuatan hati, keteguhan dan keberanian ... 
Al-Hasan berkata, ”Jika kehinaan dan kedurhakaan ada di hati mereka niscaya Allah akan menghinakan orang yang mendurhakai-Nya. Orang yang boleh menahan pandangan mata bererti boleh menahan datangnya ketakutan.
6. Mendatangkan kegembiraan, kesenangan dan kenikmatan ...
Mana yang anda pilih kegembiraan, kesenangan, dan kenikmatan dengan menahan pandangan. Bila anda dapat menahan nafsu bererti telah mengalahkan musuh  di samping itu tatkala dia mampu menahan kesenangan dan syahwatnya kerana Allah suatu kesenangan yang menjurus kepada keburukan maka Allah SWT menggantikan dengan kesenangan dan kenikmatan yang lengkap sebagaimana yang biasa di katakan orang, “Demi Allah, kenikmatan kerana menjaga diri dari hal-hal yang hina jauh lebih besar daripada kenikmatan mendatangkan dosa.”
7. Membebaskan hati dari tawanan syahwat ...
Bebaskan diri anda dari syahwat kerana perlu anda ketahui secara halus ditawan oleh syahwat anda layaknya burung yang dimainkan anak kecil sesuka hati.
8. Menutup pintu neraka jahanam ...
Pandangan mata merupakan pintu syahwat yang menagih pelaksanaanya anda akan terjerumus. Ia tak kuat menahannya. Tahanlah mata anda bila ingin menutup pintu ini kerana orang yang sudah terbiasa dengan sesuatu yang pernah ada tidak menolak untuk menerima sesuatu yang baru apalagi bila itu tampak lebih indah dan membuat mata lapar akan hal itu.
9. Menguatkan dan mempertajamkan akal ....
Orang yang berusaha lebih baik dia tetap mengasah akalnya bila berbuat dapat mempertimbangkan hasilnya. 
10. Membebaskan hati dari syahwat yang memabukkan ..
Tidak menahan pandangan mata pasti akan membuahkan lalai terhadap Allah dan akhirat serta akan membuat mabuk kepayang dalam tawanan cinta seperti yang disebutkan firman Allah, 
“Demi umurmu (Muhammad) sesungguhnya mereka terumbang-ambing di dalam kemabukkan (kesesatan)” (Al-Hijr:72)
Pandangan mata adalah segelas arak dan cinta adalah mabuk yang diakibatkan mabuk itu. Mabuk cinta jauh lebih parah dari mabuk arak.  
Al-Hafidz Muhammad bin Nashir, berkata, “ Para utusan Abdul-Qais mendatangi Rasulullah saw. Di antara mereka ada seorang pemuda yang tampan. Lalu, Rasulullah saw mendudukkan pemuda itu di belakang punggungnya seraya bersabda, “Orang yang memandangannya adalah orang yang melakukan kesalahan.”
Bahkan Ibrahim An-Nakhay untuk menghindari fikiran kotor melarang duduk-duduk terlalu lama dengan pemuda tampan beliau berkata, “Duduk dengan pemuda tampan adalah cubaan kerana pemuda tampan itu tak ubahnya wanita.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...