Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Ahad, 5 Ogos 2012

CANTIK OH CANTIK......

Kalau sebut pasal kecantikan ini macam-macam pendapat. Setiap orang lain pendapatnya. Ada yang pandang pada luaran sahaja. Di luar nampak cantik, sempurna dan tiada cacat cela. Potongan badan mak aiii, melentik dan bergetah, wajah putih mulus, gebu dan halus. Macam kat iklan-iklan majalah dan suratkhabar yang sentiasa ada mempromosikan produk kecantikan. Bagi setengah-setengah orang Kecantikan pada saya sebenarnya terletak pada hati. Kalau hati kita bersih maka akan terpancarlah kebersihan pada wajah tersebut. Walaupun hakikat luarannya tidak cantik tapi kenapa bila kita pandang seseorang itu kita akan rasa seronok dan tenang. Bak kata orang manis itu ada. Kadang-kadang dengan hanya senyuman pun boleh membuatkan seseorang itu nampak cantik. Pada saya terpulangkan kepada individu itu sendiri. Sebagai manusia kita dibenarkan untuk berusaha kelihatan cantik dan kemas. Dalam islam itu sendiri ada mengatakan Islam suka pada keindahan dan kecantikan. Cuma kita tidak dibenarkan untuk mengubah kecantikan anugerah Allah yang telah diberikan. Kita tidak dibenarkan mengubah atau menambah apa yang dah ada pada kita. Dalam Islam tidak membenarkan umatnya mengubah wajah yang telah sedia ada sepeti meruncingkan dagu, memancungkan hidung, membesarkan mata, mencantikan wajah dengan memakai susuk dan memakai rambut palsu. Dalam islam sendiri sudah ada cara macam nak mencantikkan peribadi kita:
  1. Hiasilah muka dengan air sembahyang nescaya wajah akan sentiasa berseri-seri dan tampak bercahaya.
  2. Berkatalah hanya perkataan yang baik-baik agar kita terhindar dari keji dan umpatan orang.
  3. Bercakaplah hanya perkara yang benar agar kita tidak di salah sangka kelak.
  4. Beristigarlah apabila kita sedang marah nescaya kemarahan itu akan kurang dan hilang.
  5. Tutupilah rambutmu agar terhindar dari pandangan lelaki-lelaki yang merbahayakan.
  6. Salutilah tubuhmu dengan seeloknya sesungguhnya menutup aurat tu dapat menjauhkan diri dari fitnah.
  7. Peliharalah matamu dari memandang perkara maksiat sesungguhnya mata itu permulaan segala perkara.
  8. Terangilah hati dengan ayat-ayat suci Al-Quran nescaya akan hilang segala bintik-bintik hitam di dalam hati kita.
  9. Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
  10. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN.
  11. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
  12. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Semua perempuan nak cantik. Perempuan mana yang tak nak cantik sehingga ada yang sanggup berhabisan ribu-ribuan semata-mata nak cantik. Sanggup menyeksa diri dengan tidak makan semata-mata nak badan cantik. Sanggup tak nak mengandung lagi semata-mata takut badan tak cantik. Pada saya semua itu terletak pada diri sendiri. Sekiranya kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita. InsyaAllah kita tidak akan jadi seperti mereka-mereka ini. Setiap manusia dilahirkan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Sekiranya kita boleh menerima kelemahan dan kelebihan diri kita dan kita perbaiki apa yang terkurang dan kita tutup kekurangan diri kita dengan kelebihan yang ada. Allah ciptakan manusia dengan ciptaan yang cukup sempurna dan setiap ciptaanNya itu mempunyai kelebihan masing-masing.

SIAPAKAH MILIKI WAJAH YANG CANTIK

Pada hari kiamat kelak Allah swt akan membangkitkan suatu umat daripada kubur mereka dengan wajah yang berseri-seri. Para malaikat bertanya kepada mereka 'Apakah amalan kamu sewaktu di dunia?' Mereka pun menjawab ' Kalau mendengar seruan azan kami terus bangun, bersuci dan tidak mengendahkan pekerjaan lain.' Kemudian terdapat pula suatu umat yang dibangkitkan dengan wajah seperti bulan purnama. Apabila ditanya mereka menjawab, ' Kami berwuduk sebelum tiba waktu solat.' Ada pula suatu umat yang lain yang mana wajah mereka bercahaya seperti matahari. Para malaikat bertanya lalu mereka menjawab: "Setiap kali azan dikumandangkan kami sudah terlebih dahulu berada di dalam masjid.'

“Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu, hiasilah diriku dengan sifat lemah lembut, muliakanlah aku dengan ketakwaan dan cantikkanlah aku dengan kesihatan”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...