Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 4 Julai 2012

TERAPI MINDA - SEBERSIH HATI ATHIYAH

Athiyah bin Khilaf adalah seorang pedagang kurma di Mesir. Allah s.w.t telah memberikan kekayaan kepadanya yang melimpah ruah. Belum berapa lama beliau ditimpa ujian kemiskinan sehingga yang tinggal hanyalah pakaian yang dipakainya ketika itu.

Pernah suatu ketika pada hari Ayura (10 Muharam) Athiyah menunaikan solat Subuh di masjid Amru Al Ash. Beliau duduk berjauhan sedikit daripada orang lain untuk berdoa dan bermunajat ke hadrat Allah s.w.t. Lazimnya kaum perempuan tidak dibenarkan memasuki masjid tersebut tetapi berlainan pula pada hari Asyura. Mereka dibenarkan masuk sekadar berdoa di dalamnya.

Tiba-tiba seorang wanita dan anak-anaknya datang kepada Athiyah. Dia merayu supaya dapat kiranya diberi sedikit makanan kepada anak-anaknya yang telah yatim. Wanita itu tiada tempat untuk mengadu nasibnya kerana asalnya keturunan syarifah (mulia). Dia pula tidak mengenali sesiapa pun. Dia juga tidak pernah keluar rumah kecualilah pada hari itu. Keadaannya sudah terdesak. Athiyah berkata pada dirinya, " Aku sendiri pun tidak mempunyai apa-apa kecuali kain yang aku pakai ini. Sekiranya kain ini aku berikan kepadanya di sini maka terbukalah auratku. Tetapi jika aku menolak permintaannya bagaimana aku hendak menjawab pertanyaan Allah dan rasulullah s.a.w nanti."

Athiyah pun mengajak wanita tersebut ke rumahnya. Sampai saja di rumah Athiyah masuk ke rumahnya sementara wanita dan anak-anaknya tadi menunggu di luar. Athiyah pun membuka pakaian yang dipakainya tadi lalu menyerahkan pakaiannya kepada wanita itu. Beliau mencari sisa-sisa kain yang tidak dapat dipakai lagi untuk menutup auratnya. "Terima kasih, tuan. Semoga Allah s.w.t memberi pakaian perhiasan syurga dan semoga engkau tidak lagi berhajat pada orang lain sesudah ini." kata wanita itu dengan gembirannya sambil berdoa.

Pada malam itu Athiyah bermimpi bertemu dengan bidadari yang teramat cantik. Bidadari itu memegang sebiji buah epal yang harum baunya. Dia memberikan epal itu kepada Athiyah. Ahtiyah pun membelah epal itu. Tampaklah di dalamnya perhiasan syurga yang tidak dapat dinilai dengan dunia dan seisinya.
" Siapakah engkau?"
" Aku Asyura ," isterimu di syurga."
" Bagaimanakah saya memperolehi perhiasan ini? Dengan doa wanita itu dan anak-anaknya yang telah engkau tolong itu," jelas bidadari itu.

Bukan sebarang orang dapat melakukan seperti Athiyah tadi. Hanya orang beriman yang yakin dengan janji-janji Allah s.w.t sedia berkorban walaupun yang ada padanya hanya sehelai pakaian yang tinggal. Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesiapa yang diminta sesuatu kerana Allah maka apa yang diberikan itu ditulis untuknya pahala tujuh puluh kebaikan."

Oleh itu manfaatkanlah harta yang kita miliki seperti wang yang berlebihan, kain baju yang banyak dan apa sahaja yang ada pada kita. Sedekahkanlah kepada orang lain yang lebih memerlukannya. Hayatilah firman Allah s.w.t ini:

" Di hari kiamat nanti, harta dan anak pinak tidak berguna lagi kecuali orang-orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera bersih dan beriman." (Surah Asy Syura: 88 dan 89)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...