Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 6 Julai 2012

1 Hari 1 Ayat - BERSILATURAHIM SESAMA AHLI KELUARGA

Abu Laits Assamarqandi berkata: Jika seseorang itu dekat dengan ahli keluarganya maka ziarahilah mereka. Jika tidak dapat membantu mereka dengan harta, memadai dengan tenaga dan jika berjauhan, utuslah surat. Yang terbaik sekali ialah menziarahi mereka. Ketahuilah bahawa terdapat 10 kebaikan bersilaturahim dengan ahli keluarga.

1. Mendapat keredhaan Allah
2. Menggembirakan mereka kerana terdapat hadis yang mengatakan bahawa amal yang paling utama ialah menyenangkan hati orang mukmin.
3. Malaikat gembira dengan orang yang bersilaturahim
4. Mendapat pujian kaum muslimin
5. Iblis berdukacita
6. Allah s.w.t panjangkan umur
7. Rezeki diberkati
8. Melapangkan roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia
9. Memupuk rasa sayang dan saling suka membantu di kalangan ahli keluarga
10. Apabila dia meninggal dunia, ahli keluarga akan sentiasa mengingati dan mendoakan kebaikan untuknya. Pahalanya akan bertambah.

”Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang).” (Hadis riwayat Bukhari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...