Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 27 Mei 2014

1 HARI 1 AYAT - ISRAK MIKRAJ UJIAN AKIDAH UMAT ISLAM

Tanggal 27 Rejab mengingatkan umat islam peristiwa israj dan mikraj, satu sejarah yang penting dalam kehidupan Baginda SAW. Malngnya meskipun peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita setiap kali sambutan Israk Mikraj, roh dan inti pati disebalik peristiwa itu masih tidak meresap dalam jiwa masyarakat islam kini. Mereka seolah-olah masih tercari-cari suatu jalan menuju kebenaran sehingga terkadang keliru disebabkan suasana masyarakat yang sentiasa menjadikan dunia sebagai wadah perjuangan. Peristiwa ini adalah noktah penting dalam menyampaikan seruan dakwah diperingkat awal dakwah Islamiyah.


Inilah penapisan pertama bagi mereka yang beriman terhadap kebenaran Islam. Di sinilah bermulanya ujian Alalh SWT terhadap akidah umat islam sehingga ramai yang telah gagal dalam ujian ini apabila mereka mengingkari kebenaran peristiwa Israk Mikraj. Maka muncullah sahsiah individu Muslim yang tulen seperti Abu Bakar dan sahabt yang lain. Perjalanan dari MasjidilHaram ke Masjidil Aqsa hingga ke Sidratul Muntaha adalah perjalanan di luar jangkauan akal manusia yang memisahkan mereka yang benar-benar beriman dengan Allah SWT dan mereka yang munafik.


Segala-galanya telah dirakamkan oleh Alalh SWT dalam surah Israk. Apabila berbicara mengenai mengenai peristiwa Israk dan Mikraj kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah SAW bersama malaikat Jibrail dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada 2 fasa. 


PERTAMA

Israk ialah perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari MasjidilHaram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis Palestin


KEDUA

Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.


Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya supaya Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Israk:1)


Hanya dengan keimanan yang jitu serta kenyakinan mantap terhadap agama saja dapat menilai peristiwa Israk Mikraj sebagai suatu kebenaran daripada Allah SWT. Hakikat sebenar adalah kekuasaan Alalh SWT mengatasi segala kemampuan akal manusia yang amat terbatas. Kita mengetahui masa seruan dakwah di Makkah telah menghadapi ujian getir serta tentangan hebat daripada pihak Musyrikin Quraisy. Tekanan ini bertambah parah dengan berlakunya peristiwa Taif yang menyayat hati apabila Baginda SAW cedera akibat dibaling batu oleh penduduk Taif.


Di sinilah kita dapat melihat munajat seorang mukmin adalah senjata utama dalam dakwah. Baginda SAW menadah tangan berdoa dengan doa masyur: "Wahai Tuhan, sesungguhnya aku mengadu mengenai kelemahan diriku ini dan betapa hinanya aku dalam kalangan manusia, Engkaulah Tuhan yang akan membantu golongan yang lemah dan tiada lagi tempat mengadu selain daripada diriMu. Jika ujian ini tidak mengundang kemurkaanMu maka aku terima dengan dada terbuka."


Keyakinan terhadap kebenaran adalah kunci kepada kesanggupan jiwa untuk berkorban dengan bayaran harga yang tinggi terhadap kebenaran itu. Justeru sifat dendam perlu dikikis daripada sanubari umat islam kerana ia tidak dapat membantu dalam urusan dakwah. Ini dapat dilihat apabila malaikat menawarkan diri untuk meruntuhkan dua bukit bagi menghancurkan penduduk Taif. Namun, Baginda menjawab dengan ungkapan yang penuh bermakna. Sabda Baginda SAW: "Sesungguhnya aku mengahrapkan daripada kelahiran yang akan datang daripada zuriat mereka seorang insan yang akan menyembah Alalh SWT suatu hari nanti. Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."


Sifat putus asa juga perlu dihindarkan bagi menjamin kejayaan yang cemerlang di amas hadapan. Peristiwa itu antara mukadimah kepada perjalanan israk mikraj, ganjaran Allah SWT menggantikan kesedihan Baginda SAW terhadap kehilangan insan yang menjadi roh perjuangan baginda. Penghormatan yang dianugerahkan Allah SWT kepada Baginda SAW lebih jelas apabila Baginda diundang untuk mengimami semua nabi-nabi ketika solat di Baitulmaqdis seterusnya menjadi tetamu Allah SWT ke langit.


Dengan itu lengkaplah gambaran kekuasaan Allah SWT di langit dan bumi bagi menzahirkan keagunganNya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Penglihatannya (Muhamamd) pada malam itu amat jelas. Sesungguhnya dia telah melihat tanda kekuasaan Tuhannya yang amat besar."(Surah an-Najm: 17-18).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...