Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 17 Jun 2013

PERCUTIAN 1 - PULAU PERHENTIAN

Lama tak update blog ni....bukan sebab malas ke atau kekangan masa tapi sebab tak ada mood nak update. Bahan banyak dan idea banyak tapi tulah mood tak ada. Banyak bahan yang dah terperam tak dikeluarkan. Hari ini terasa macam nak keluarkan balik bahan yang dah terperam lama ni. Mood bercuti dari pulau perhentian masih ada lagi walaupun dah seminggu berlalu. Sekarang ni tengah berusaha untuk memutihkan semula kulit selepas terbakar oleh sinaran matahari masa pergi pulau perhentian hari tu. Hari-hari bubuh daun lidah buaya kat muka ni. Dalam masa seminggu ni memang rasa panas aje muka ni sebab tak hilang lagi kesan sunburn muka ni. Nasib baiklah ada daun lidah buaya kat rumah. Hari-hari pakai. Tradisional lah pulak. Semua orang tahukan apa kelebihan daun lidah buaya ni kan. Tak perlulah saya nak terangkan kat sini cari aje kat internet tu. Itulah pada sesiapa yang malas nak guna produk yang kat luar tu yang macam bagai tu gunalah produk lidah buaya yang tak perlukan kos cuma tenaga ajelah. Memang rasa segar dan sejuk bila pakai ketika wajah terasa seperti terbakar oleh pancaran matahari. Dah seminggu ni muka dah beransur hilang sikit gelapnya. Cuma yang masih nampak gelap di tangan. Kalau yang sesiapa memang sayangkan kulit muka sangat dan tak nak bila balik dari bercuti nanti muka nampak gelap atau seperti terbakar tu rajin-rajinlah pakai sunblok kat muka dan seluruh tangan. Kalau tak nak nampak gelaplah. Kalau yang brutal tu dan kisah suka hati koranglah nak pakai ke tak nak. Kalau saya tak berapa suka sangat pakai bagai-bagai ni. Biarlah nak nampak gelap bukti pergi mandi laut baru nampak seronok.

Hari ni nak cerita persiapan masa nak pergi pulau Perhentian hari tu. Dah nak masuk 2 minggu berlalu baru nak bercerita. Tiket bas awal-awal dah beli seminggu lebih awal takut tak ada maklumlah masa tu cuti sekolah. Mahu tak takut kalau tak ada alamatnya tak bercutilah kami berdualah ni. Saya beli tiket pergi dan balik. Pergi dari KL ke Kuala Besut. Balik dari Kuala Terengganu ke KL. Kami naik bas Sani Ekspress. First time naik bas ekspress yang jalan jauh. Biasalah selama ni kalau pergi mana-mana bawa kereta aje. Cadangan kami selepas aje kami habis bercuti di Pulau perhentian kami tak nak terus balik KL tapi kami nak singgah dulu pergi Pasar payang kat Kuala Terengganu. Tu yang kami beli tiket dari Kuala Terengganu.
 
 
03 JUNE 2013
 
Habis sahaja kerja petang tu saya terus balik rumah dan rehat sementara nak bertolak pada malam tu. Tengok-tengok tv dahulu dan makan. Isi perut dulu yang penting. Sempat juga kami tengok drama kesukaan kami TEDUHAN KASIH tu. Kami solat maghrib dan isyak di rumah dulu. Dalam pukul 9.00 malam barulah kami keluar rumah menaiki LRT ke stesen PWTC. Kami naik bas kat Hentian PUTRA. Masa kami sampai memang ramai orang kat hentian. Ini pun first time naik bas nak ke Pantai Timur sebelum ni kalau saya nak ke Terengganu naik kereta aje.


Tiket bas pergi balik dari KL ke Kuala Besut dan Kuala Terengganu ke KL yang telah dibeli awal-awal lagi.
 
Pukul 10.30 seperti yang tertulis dalam tiket bas kami pun sampai dan kami pun terus naik dan duduk di seat yang kami dah booking awal-awal lagi di tingkat atas. Macam best aje naik bas 2 tingkat ni. Sepanjang perjalanan malam tu apalagi aktiviti kami dalam bas tu tidurlah ler. Tapi ada masa tertentu duduk di seat atas ni seperti berada di tengah lautan. Terhentak-hentak, terhenjut-henjut. Ada kami kisah semua tu, sedar-sedar dah sampai ke Kuala Besut tepat jam 6.20 pagi bertepatan dengan alarm di handphone saya.


Kalau dari arah stesen bas Kuala Besut nak ke jeti tu ikut arah kiri aje. Nanti jumpalah Jeti Kuala Besut ni.
 
 
Sampai aje kat Kuala Besut tu perkara pertama yang kami cari ialah surau. Solat dulu dah masuk waktu subuh. Nasib baiklah surau tu dekat aje kat Jeti tu. Selesai solat kami sarapan pagi dulu kat Jeti Kuala Besut tu. Tak perlu risau nak sarapan memang ada gerai makan sarapan pagi kat situ. Kami pekena nasi lemak dulu sambil lepak-lepak kat tepi laut tu sebelum daftarkan diri kat office chalet kami. Office chalet kami buka pukul 8.00 pagi. Sementara menunggu tu dok tengoklah dulu matahari terbit. Cantik dan rasa aman dan tenang di samping bunyi bot-bot kecil dan bot laju yang baru memulakan aktiviti mereka.


Waktu matahari terbit
 

Sekitar kawasan jeti banyak bot-bot nelayan.
 

Nilah dia ke rupanya Jeti nak Pulau Perhentian.


Pukul 8.00 aje kami pergi daftar kat office chalet kami Pejabat Samudera Chalet. Sebenarnya kat jeti Kuala Besut banyak sangat terdapat office chalet yang telah disediakan untuk pendaftaran. Tak susah lah kalau nak cari office chalet masing-masing sebab memang berada di sekitar kawasan tersebut. Pagi tu masa kami sampai memang ramai orang kat sini. Lepas aje daftar kami pergi sekejap cuci mata jalan-jalan sekitar jeti untuk melihat apa-apa yang menarik dijual di sini sementara menunggu boatman kami datang jemput kami pada pukul 9.00 nanti. Jalan punya jalan singgah jap kat kedai cenderahati yang telah dibuka pada masa tu sempatlah rembat satu helai t-shirt nak pakai masa kat pulau nanti. Maklumlah saya tak bawa banyak t-shirt. Memang dah rancang nak beli t-shirt kat sini aje.
 
Dalam 8.45 kami pun balik semula kat office chalet kami dan pada pukul 9.00 tu kami telah dibawa oleh boatman kami ke jeti untuk menaiki boat laju. Naik aje boat tu kami disuruh mrmakai jaket keselamatan untuk langkah berjaga-jaga. Bermulalah perjalanan kami menaiki boat laju. Cantik dan sungguh cantik permandangan laut. Dan inilah first time dalam sejarah hidup saya naik boat laju. Sebelum ni pernahlah naik feri. Tapi tak seindah naik bot laju ni. Memang terasa aura laut. Laut yang terbentang luas dan percikan ombak yang benar-benar mengkagumkan. Indah sungguh ciptaan ALLAH. Perjalanan boat laju mengambil masa 35 minit untuk kami sampai ke Pulau Perhentian kami. Sebenarnya kami menginap di Pulau Perhentian Besar. Kat sini ada banyak pulau-pulau. Cuma ada kat Pulau Perhentian Kecil sahaja kami dimaklumkan ada sekolah, klinik dan penduduk. Alhamdulillah akhirnya selepas melalui permandangan yang indah di laut kami pun sampai ke destinasi kami. Itulah dia PULAU PERHENTIAN BESAR. Kami sampai akhirnya.
 
 
PULAU PERHENTIAN
 
 
Permandangan di tepi pantai Pulau Perhentian
 

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...