Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 7 Mac 2014

1 HARI 1 AYAT - GOLONGAN MUNAFIK PERDAYA DIRI SENDIRI

Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri sedang mereka tidak menyedarinya."( Surah al-Baqarah: 8-9). Allah SWT di permulaan surah al-Baqarah memaparkan keapda kita sifat manusia terhadap manhaj Allah kepada 3 golongan.
 
 
Golongan pertama ialah orang beriman di mana Allah SWT memperjelaskan sifat mereka di 3 ayat dalam firmanNya yang bermaksud: "Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang yang beriman kepada Kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang yang Berjaya."(surah al-Baqarah: 3-5)
 
 
Golongan kedua ialah orang kafir yang mana Allah SWT mendedahkan ciri-ciri mereka dalam firmanNya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman) sama saja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keinginan mereka). Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."(Surah al-Baqarah: 6-7).
 
 
Seterusnya Allah SWT memperkenalkan kepada kita golongan yang ketiga iaitu orang munafik dan Allah SWT menerangkan ciri-ciri mereka dalam 13 ayat secara berturut-turut bermula ayat kelapan surah al-Baqarah. Ini tidak lain tidak bukan untuk menggambarkan bahayanya kewujudan orang munafik kepada agama. Jika berdepan orang kafir kita akan berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada kerana mereka sudah mengisytiharkan kekufuran mereka. Sementara orang munafik pula mereka berpura-pura beriman dan menyimpan kekufuran seta kejahatan dalam hati mereka.
 
 
 
CIRI-CIRI SUFAT NIFAK
 
 
Imam Ibnu Kathir menyebut dalam tafsirnya, ciri-ciri nifak itu ialah menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan sama ada dalam bentuk nifak iktikad yang menyebabkan seseorang itu kekal dalam neraka. Atau nifak dalam amalan iaitu sebesar-besar dosa kerana seorang munafik tidak akan sama antara percakapan dan perbuatannya ketika berada di hadapan atau belakang orang yang beriman. Alalh SWT mendedahkan semua ini untuk mengingatkan keburukan, tipu daya, kebodohan dan kehinaan perbuatan mereka sebagai orang yang tuli, bisu dan buta malah mengumpamakan mereka dengan sehina-hina perumpamaan.
 
 
Golongan munafik ini tidak pernah wujud di Mekah kerana orang yang beriman ketika berada di Mekah tidak mempunyai kekuasaan dan kekuatan bahkan mereka sentiasa ditindas serta dihina. Berbeza keadaan umat Islam di Madinah kerana mereka mempunyai kekuatan dan kerajaan sendiri yang memaksa orang munafik berpura-pura masuk islam demi menjaga kedudukan serta kepentingan mereka warisi sejak turun temurun. Antara pembesar itu ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, seorang yang pernah kaumnya membuat mahkota untuk memahkotakannya sebagai raja sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Sifat pertama golongan munafik, mereka mempamerkan keimanan tetapi menyembunyikan kekufuran. Setiap ketaatan dilakukan hanyalah lakonan semata-mata. Apabila mendirikan solat mereka lakukan dengan rasa malas dan berat. Apabila menunaikan zakat mereka menunaikannya dengan dengan penuh kebencian kerana sangkaan mereka menginfak harta di jalan Allah akan mengurangkan harta.
 
 
Jika salah seorang daripada mereka terbunuh dalam peperangan mereka akan meratapinya kerana merasakan kematian berjuang di jalan itu sebagai sia-sia. Berbeza orang Mukmin yang menunaikan solat, mengeluarkan zakat dan berjuang di jalan Allah untuk mendapatkan kurnia Alalh SWT di akhirat.
 
 
 
SIFAT PURA-PURA ORANG MUKMIN
 
 
Sifat kedua orang munafik yang ingin memperdayakan Alalh dan orang berimanmenggambarkan kealpaan dan kebebalan cara mereka berfikir. Mereka merasakan sifat berpura-pura boleh memperdayakan Allah SWT. Walhal jika digunakan fikiran logic, adalkah manusia boleh menipu Allah Tuhan sekelian alam? Sedangkan Allah SWT Maha mengetahui segala-galanya sama ada disembunyikan atau dizahirkan bahkan Allah SWT mengetahui apa yang masih tersembunyi di sebalik yang tersembunyi.
 
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu (maka yang demikian tidaklah perlu) kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala yang tersembunyi."(Surah Toha: 7). Di samping menipu Allah SWT, golongan munafik juga beranggapan mereka dapat menipu orang yang beriman. hakikatnya, tipu daya mereka ini menyebabkan mereka sentiasa hidup dalam keadaan takut, bimbang serta tertekan kerana bimbang rahsia mereka diketahui oleh orang yang beriman.
 
 
Justeru itu apabila golongan munafik ini ingin bercakap, mereka perlu memastikan orang beriman tidak ada dalam kumpulan itu supaya rahsia nifak mereka tidak terdedah. Sebenarnya mereka memperdayakan diri sendiri kerana Allah SWT Maha mengetahui.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...