Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 18 Mac 2014

1 HARI 1 AYAT - SABAR SENJATA BERKESAN HADAPI UJIAN

Sebagai hamba Allah SWT, kita tidak akan terlepas daripada kesusuhan, dugaan, ujian, musibah dan kedukaan. Musibah boleh berlaku kepada diri sendiri, ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai mahupun masyarakat dan negara. Bagi seorang Mukmin, mereka hendaklah sentiasa bersikap positif serta reda dengan qada dan qadar Allah SWT. Setiap apa yang ditakdirkan oleh Allah SWT dianggap terbaik kerana mengandungi hikmah yang mungkin tidak dapat dijangka akal fikiran manusia.


Baginda SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba seorang di antara kamu dengan cubaan sepertimana seorang daripada kamu kadar emasnya dengan api. Maka, sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam dan itulah orang yang tergoda fitnah."(Riwayat Tabrani). Sheikh Sharawi menyebut manusia mesti mengetahui apa yang diambil oleh Allah itu kerana sesuatu hikmah dan apa yang dibekalkan juga adalah hikmah. Manusia tidak akan terpisah antara hikmah dan rahmatNya.


SENJATA AMPUH HADAPI UJIAN


Justeru kesabaran adalah senjata ampuh bagi menghadapi segala ujian dunia. Sifat sabar adalah sifat orang Mukmin yang hati dan jiwanya sentiasa berhubung dengan Allah SWT. Apabila sesuatu mendukacitakan berlaku lidahnya terus menyebut, sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.

Firman Allah SWT bermaksud: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya kecuali orang yang yang sesat."(Surah al-Hijr : 56). Orang Mukmin yang sabar dan yakin dengan janji Allah SWT mestilah mempunyai beberapa prinsip yang melenyapkan sifat kecewa serta putus asa dengan rahmat allah SWT. Mereka mesti yakin kerana kenyakinan kepada Allah sepenuhnya menjadikan mereka tentang menerima ketentuanNya.

Mereka yakin apa yang ditentukan itu adalah adalah yang terbaik, sekalipun pada zahirnya seolah-olah tidak berpihak kepada mereka. Kejayaan dalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai denagn bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT. Di samping itu kita juga harus bertawakal kepada Allah SWT tatkala menghadapi ujian. Bertawakkal bermakna berusaha dengan segala upaya untuk mengatasinya kemudian menyerahkannya kepada Allah SWT yang menentukkan kesudahannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan sepenuhnya urusanku ini, kupasrahkan kepada Allah SWT kerana Dialah yang Maha Memperhatikan semua urusan hambaNya."(Surah al-Mukmin: 44). Ternyata suasana yang sedang berlaku dalam negara kita adalah satu ujian daripada Allah SWT. Namun hakikat yang pahit ini masih ramai yang tidak sanggup untuk menelannya.


HADAPI DENGAN LAPANG DADA


Jika kefahaman kita sudah mendalam mengenai konsep cubaan Allah SWT dan memiliki iman yang utuh, sudah tentu hal ini dapat dihadapi dengan lapang dada, fikiran waras dan emosi mereka terkawal. Peranan kesabaran seseorang sangat penting dalam menghadapi situasi buruk yang memang tidak disukai ini. Kita mestilah berfikiran terbuku dan sentiasa berbincang mencari jalan bagaimana berdepan keadaan ini seterusnya cara menagtasinya. Jika masing-masing saling menunding jari maka maslah tidak selesai bahkan akan menambahkan kekusutan yang ada. Akhirnya boleh menimbulkan persengketaan dan pepecahan dalam masyarakat yang tidak ada titik kesudahan.


JAUHI SIKAP SOMBONG


Kita hendaklah menjauhi sikap sombong yang menganggap bahawa kitalah yang paling betul dalam membuat sesuatu keputusan tanpa melihat pandangan orang lain. Inilah kerugian digambarkan Allah SWT yang mana kita boleh terjebak ke lembah kekufuran kerana melanggar syariat Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakan wahai Muhammad, mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang paling rugi amal perbuatannya? Merekalah orang yang sia-sia amalan usahanya di dunia ini sedangkan mereka menyangka merekalah yang sentiasa betul dan baik terhadap apa yang telah dilakukan. Merekalah orang yang kufur terhadap kebesaran Allah dan pertemuan denganNya. Lalu gugurlah amalan mereka dan tiada bermakna apa-apa timbangan mereka pada hari kiamat."(Surah al-Kahfi: 103-106).

Terkadang Allah SWT menzahirkan sedikit daripada kekuasaanNya yang maha luas. Diuji manusia dengan kemarau, jerebu dan kehilangan pesawat. Negara jiran pula dihujani dengan banjir sedangkan keduanya adalah negara berjiran. Teknologi ciptaan manusia sudah pasti menghadapi kelemahannya kerana ia adalah sifat bagi manusia. Namun segala-galanya akan menjadikan manusia faham tujuan ditimpa kan sesuatu musibah dan ujian. Marilah kita berpegang kepada prinsip di atas semoga hati kita sentiasa reda dan tidak keliru dengan segala dugaan serta cabaran dalam kehidupan ini. Ingatlah hidup kita hanya sementara dan akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.

Apabila kita bersabar maka Allah SWT telah berjanji dalam firman yang bermaksud: "Sesungguhnya oarng yang bersabarlah saja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."(Surah az-Zumar: 10).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...