Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 28 Februari 2014

1 HARI 1 AYAT - GOLONGAN KUFUR TENTANG KEBENARAN

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang Berjaya. sesungguhnya orang yang kafir (yang tidak beriman ) sama saja kepada mereka: samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keengkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."(Surah al-Baqarah:5-7). Pada ayat ke 5 surah Al-Baqarah ini, Allah SWT menjelaskan orang yang mempunyai sifat takwa seperti beriman dengan perkara ghaib, mendirikan solat, menafkahkan harta ke jalanNya, beriman dengan apa yang diturunkan ke atas rasul, percaya kepada akhirat, mereka sentiasa mendapat petunjuk atau cahaya daripada Allah SWT dan termasuk dalam golongan orang yang mendapat kejayaan.
 
Dalam tafsir Jalallain, maksud orang yang berjaya itu ialah orang yang berjaya mendapatkan syurga dan terlepas daripada seksaan api neraka. Ungkapan 'mereka itulah' disebut 2 kali dalam ayat bermaksud sama iaitu merangkumi orang mukmin daripada golongan ahli kitab dan bukan ahli kitab.
 
 
GAMBARAN ORANG KAFIR
 
 
Pengulangan ini menunjukkan orang yang beriman yang berasal daripada kedua-dua golongan itu sama-sama memperoleh petunjuk di sisi Allah SWT. Setelah Allah SWT menceritakan sifat orang Mukmin dan pembalasan bakal diperoleh diakhirat, ayat berikutnya memberi gambaran sebaliknya bagi orang kafir.  Ungkapan orang kafir dalam ayat itu bermaksud orang yang mempunyai sifat kafir yang sebati dalam dirinya sehingga tidak mahu menerima keimanan. Justeru, mereka mengingkari segala ajaran dibawa oleh Nabi SAW meskipun mereka telah diberi penjelasan berdasarkan dalil yang rasional.
 
Malah mereka menghadapi semua perdebatan itu dengan keingkaran dan penghinaan. Firman Allah SWT yang bermaksud: Bagaimana kamu tergamakkufur (mengingkari) Allah pada hal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian Allah menghidupkan kamu pula pada hari akhirat, akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)."Surah Al-Baqarah: 28). Begitulah persoalan yang dilontarkan Allah SWT dan mereka tidak mampu memberi jawapan kerana Dialah Allah yang menciptakan dan menjadikan manusia. Tiada manusia yang boleh mendakwa dia boleh menciptakan dirinya sendiri dan mencipta orang lain.
 
 
DUA GOLONGAN KAFIR
 
 
Mereka yang dikatakan kafir ini terbahagi 2 golongan iaitu mereka yang kufur kepada Allah tetapi apabila datang petunjuk, dai menggunakan pemikirannya dan mengetahui itu adalah kebenaran lalu beriman.
 
Golongan ke 2 pula ialah yang mendapat faedah keduniaan daripada kekufurannya. Justeru apa saja eringatan, dalil dan bukti yang jelas dan nyata, dia tetap berdegil untuk terus mengingkarinya kerana ingin menjaga kuasa, kedudukan serta pengaruh yang dibina atas kezaliman dan keangkuhan. Mereka kufur bukan kerana dakwah tidak sampai atau rasul dan nabi tidak memimpin mereka ke jalan yang lurus tetapi mereka menjadikan kekufuran sebagai manhaj kehidupan. Mereka inilah yang mendapat faedah daripada kekufuran yang menjadikan mereka pemimpin.
 
Bagi orang kufur jika mereka menerima dakwah Rasul, sudah tentu mereka akan menjadi manusia biasa kerana Islam tidak membezakan manusia melainkan dengan takwa dan amal soleh. Lantaran itu sama ada Rasulullah SAW mengingatkan ancaman seksa atau tidak, ia sama saja. Sudah menjadi Sunnatullah mereka yang terjebak dalam kekafiran pasti hati, penglihatan dan pendengaran akan tertutup mati sehingga tidak lagi mahu menerima keimanan. Justeru Allah SWT telah menetapkan seksaan yang pedih bagi mereka pada hari pembalasan. Sementara itu, di dunia ini pula mereka menerima penghinaan dan kelemahan seperti disebut dalam firmanNya yang bermaksud: " Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."(Surah Al-Baqarah:114).
 
Apabila hati seseorang sudah menjadi buta untuk meihat keperluan beriman kepada Allah dan Rasul, maka tidak ada mata yang boleh melihat ayat-ayat keimanan tidak ada lagi telinga yang mampu mendengar ayat-ayat Allah SWT. Antara faktor yang menyebabkan mereak kufur ialah menentang kebenaran walaupun mereka mengetahui. Golongan dikategorikan dalam golongan ini ialah orang musyrik dan Yahudi yang hidup pada zaman Rasulullah SAW seperti Abu Lahab, Abu jahal, Alwalid Ibnu Al-Mughirah dan pendeta Yahudi.
 
 
BERSIKAP SOMBONG, ABAI KEBENARAN
 
 
Mereka bersikap sombong serta mengabaikan kebenaran, golongan ini sebenarnya terdapat di setiap tempat dan zaman. Antara keagungan Allah SWT ialah Dia Maha Mengetahui siapa sebaliknya tanpa Allah SWT masuk campur dalam pilihan mereka. Ketika Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh selama 950 tahun sebelum datangnya taufan dan banjir besar, Allah SWT mengetahui tidak ramai akan beriman. Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh untuk membina bahtera bagi menyelamatkan orang Mukmin daripada banjir besar itu.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu melainkan orang yang telah sedia beriman. Oleh itu janganlah engkau berdukacita mengenai apa yang mereka sentiasa lakukan. Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami(mengenai cara membuatnya). "(Surah Hud:36-37)
 
Allah SWT Maha Mengetahui siapa yang akan mati dalam keadaan kekufuran tetapi mengapa Allah SWT meminta daripada RasulNya, Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan Islam kepada mereka. Jawapannya ialah supaya manusia yang enggan beriman itu tidak boleh berhujah di akhirat bahawa sewaktu mereka di dunia dulu, mereka tidak didatangani oleh rasul untuk menyampaikan ajaran tauhid kepada mereka.
 
 
 
Sumber rujukan: Berita Harian 28 FEB 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...