Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Khamis, 18 April 2013

MAKAN BESAR - Sate Kajang terbaikkkkkk

Malam Sabtu kami adik beradik pergi makan sate kajang. Makan sate kajang atas ihsan adik sempena mendapat bonus 6 bulan gaji dan antara kakitangan yang terbaik. Dia belanja kami makan besar malam tu. Kami bertolak dari rumah mak di Banting dalam pukul 9.45 malam selepas menanti ketibaan adik kami yang seorang lagi sampai dari Rawang. Kami tiba di Kajang hampir pukul 11.30 malam. Masa sampai tu memang ramai orang dan penuh. Memang sedaplah sate kajang ni. Memang TERBAIKKKK. Besar pulak tu satenya. Kalau kita makan sate kat KL mahupun di selangor ni pun kecil aje satenya dan ada setengah tu dengan lemak-lemaknya sekali dibubuh. Mak pun puji sate Samuri ni sedap sebab mak saya ni memang kurang sikit makan sate. Tapi sebab mak kata tak ada lemak-lemak ayam jadi dia makan. Tapi sate kajang ni memang BESTlah semuanya isi dan padat. Puaslah makan dan kenyang gilerrrrr. Terima kasih adik dan isteri yang belanja kami sekeluarga makan sate. Semoga rezeki kamu berdua bertambah-tambah, hidup sentiasa dalam keberkatan, disayangi semua orang, cepat naik pangkat dan semoga doa-doa anda berdoa dimakbulkan Allah s.w.t dan moga dapat baby cepat. AMIN. Panjang doa ni. Tak salahkan kita mendoakan kebaikan untuk orang lain kan dari kejauhan kerana doa orang dari kejauhan akan ada 2 malaikat yang akan mengaminkan doa tersebut. Selesai makan besar kami terus pergi jalan-jalan cuci mata sebentar di gerai-gerai yang menjual sekitar restoren sate kajang tersebut. Sempatlah rembat satu baju kanak-kanak perempuan khas untuk anak buah kesayangan saya sempena hari jadi beliau pada 10.04.2013. Biasalah hobi saya kan yang suka mengumpul fridge magnet. Apa lagi rembatlah 3 buah fridge magnet pelbagai rupa. I likes. Hampir pukul 1.45 pagi kami sampai di Banting.


Di pintu masuk restoran tu dah tertulis Sate Kajang Hj Samuri


Along dan angah yang sememang ye sangat baik senang bawa mereka berjalan sebab tak meragam dan tak buat hal.

 
Muka-muka lapar semua ni.....dah tak sabar tunggu sate tiba

 
Sementara menunggu sate tersedia biasalah orang muda chat dulu kat handphone.
 

Muka laparlah ni.......sabar ye kejap lagi siap

 
Akhirnya terhidang sudah sate yang ditunggu-tunggu
 

Kuah kacang berserta nasi impit, timun dan bawang memang pasangan yang ideal dengan sate. Kalau tak ada semua ini tak lengkaplah hidangan sate


Huhhuhu sedapnya along dan adik makan sate...

 
Apa lagi sate dah sampai jom kita makan...yang tudung oren tu my mother kesayangan...
 
 
Sedang menjamu selera


Tengok si kecik tu sempat lagi nak mengusik makcik kesayangannya nak makan.
 

Inilah dia orangnya yang bermurah hati belanja kami sekeluarga makan besar. Terima kasih adik semoga bertambah-tambahlah rezeki selepas ini.


Selepas kenyang dan sebelum beransur pulang ke rumah sempatlah pergi tengok-tengok gerai-gerai yang menjual disekitar restoran tersebut kot-kot kalau ada yang berkenan dihati. Seperti biasalah rembat juga fridge magnet tersebut.


Inilah dia hasil tangkapannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...