Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 29 April 2013

HAPPY BIRTHDAY TASYA.....Dah 3 tahun

Kelmarin adik saya telah membuat sambutan hari jadi untuk anak perempuan beliau di rumah emak mertuanya. Setiap tahun adik saya akan buat di rumah emak mertuanya. Kami telah dijemput hadir ke majlis tersebut. Majlis telah bermula pada pikul 2.00 petang dengan dimulai dengan bacaan doa selamat untuk arwah bapa mertua adik saya. Selesai sahaja bacaan doa selamat kami semua dijamu dengan pelbagai hidangan antaranya nasi impit, kuah kacang, nasi putih, sambal sotong, ikan masin, ikan goreng, sayur kacang panjang goreng dan tempe, nasi hujan panas, kurma ayam, ayam masak merah, acar nenas, mee kari, apam, kuih kasui, donat, tembikai dan macam-macam lagilah. Memang kenyang dan makan besarlah hari tu. Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki untuk adik saya sekeluarga dan keluarga ibu mertunya.

 
Birthday girl sedang meniup lilin. Happy birthday sayang semoga menjadi kebanggaan keluarga, murah rezeki, sentiasa dalam rahmat dan hidayah Allah, hidup dalam keberkatan, disayangi semua orang, panjang umur dan berbakti kepada ayah dan mama.
 

Birthday girl bersama ayah tersayang. Anak ayahlah katakan. Muahhhhhhh


Kek Mickey Mouse sempena ulangtahun yang ke 3 untuk si comel dan simanja Tasya.

 
 
Birthday girl yang sedang melaram selepas majlis selesai terus ikut makciknya nak balik. Tak boleh berenggang langsung dengan makciknya.
 
 
Hadiah birthday girl khas untuk Tasya tersayang...Tahun lepas dh dpt brown teddy bear tahun ini dapat pulak red bee....comelkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...