Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 9 April 2013

LUNCH di RESTORAN INSAF - Nasi beriani ayam madu

Dah lama tak makan nasi beriani kat Restoran INSAF. Hari Jumaat lepas berkesempatan makan tengahari kat Restoran INSAF jalan TAR. Kebetulan hari Jumaat masa pun panjang sikit rehat. Cuma pada Hari Jumaat kalau nak makan kat restoran ni ke datang awal sebab tutup awal menghormati orang lelaki untuk pergi sembahyang jumaat. Pukul 12.15 sahaja selepas punch card office berbunyi menandakan waktu rehat saya dan rakan pun bergegaslah ke restoran tersebut. Jalan kaki sampai aje terus order makanan. Kalau sampai pukul 1.00 restoren dah tutup dari luar kalau yang tengah makan di dalam akan tutup pada pukul 1.20 mereka akan maklumkan yang mereka hendak menunaikan solat jumaat. Saya pun orderlah nasi beriani dengan ayam madu dan air tembikaii. Memang sedap gileeer. Banyak mahal-mahal gileer tak sedap. Semua nasi beriani tak kiralah order ayam masak apa sekali pun, ayam madu ke, ayam goreng ke, ayam kurma, ayam kari harga tetap RM 12.00. Tak tahu pula kalau order sotong, kambing atau daging mungkin harga sama kot. Sebab tak pernah order lagi lauk macam tu. Nasi beriani ini juga dihidangkan dengan arca timun. Arca timun ni memang kegemaran saya. Kalau kita minta lebih pun pada arca timun pun mereka bagi tak kedekut. Harga air pun standard semua air buah RM 5.00 aje. Puas hatilah dan memang kenyang giler. Nasinya punyalah banyak macam orang lelaki makan. Dah kenyang makan barulah kami pergi jalan-jalan di Jalan TAR untuk cuci mata. Shooping ler apa lagi.

 

Nyum-nyum sedapnya jemput makan.......


Menu saya nasi beriani ayam madu dan air tembikai


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...