Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sabtu, 22 Disember 2012

TERAPI MINDA - BILA ROH MENINGGALKAN TUBUH

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim

Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak bermaya.Tapi nun di satu sudut rohnya masih berada di sisi jasad memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh menjerit-jerit, merintih dan merayu.
Semua makhluk mendengar jeritan kecuali jin dan manusia.
“Wahai orang yang memandikanku minta kepadamu kerana Allah supaya melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru saja beristirehat daripada seretan malaikat maut!”
Oleh kerana itu ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita yang yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika susah untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut.
Orang yang meninggal dunia (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti di tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.
Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan dan seterusnya sewaktu di usung ke kubur roh sentiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada manusia.
Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang yang memandikan roh, Demi Allah janganlah engkau menuangkan air mu dalam keadaan panas. Dan jangan pula terlalu sejuk. Sebab tubuhku terbakar dengan keluarnya roh.”
Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang yang memandikan janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”
Sewaktu di mandikan dan dibersihkan najis kepada kemaluan janganlah di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya sudah tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.
Begitulah seterusnya mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini keluarga dan juga para tamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya berikanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin atau sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.
Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di hadapan mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa hidup.
Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di dalamnya ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga yang telah ditinggalkan oleh saudara mereka.
Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun menyeru:
“Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anak ku telah menjadi yatim maka janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”

Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam:

Jangan di sediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai malah mereka dengan tidak sedar menyediakan makan minum kepada para tamu yang datang melawat orang yang meninggal kerana mereka sebenarnya tidak tahu(jahil).
Asingkanlah tempat untuk di mandikan mayat tadi dari pandangan orang dan setidaknya di tiraikan kain atau tempat khusus untuk menjaga keaiban pada mayat tadi.
Dan yang paling harus diingat jangan membongkar keaiban orang yang sudah meninggal tadi selepas kita memandikan mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar!!!! Naudzubillah..!!
Oleh sebab itu di tekankan di sini sebaik baiknya orang yang akan sama-sama memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu. Untuk menjaga keaiban keluarganya yang telah pergi. Semoga di berkati oleh Allah adanya.
Jangan berdiam diri saja atau berbincang -bincang dalam soal keduniaan apabila kita melawat orang yang meninggal kerana mayat tersebut sesungguhnya berada dalam keadaan kesakitan sehingga di kebumikan. 
Sebaik-baiknya bacalah Yaasin dan sedekahkanlah Al Fatihah untuk orang yang telah meninngal dunia.
Mengiringi ke tanah perkuburan sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat sehingga akhir, ke liang lahat kerana mereka lebih mengetahui, lebih memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam aspek menjaga, mengawal dan menentukan mayat sampai selesai dari saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kebumikan.

Dalam suatu riwayat di sebutkan: Sewaktu roh terpisah dari tubuh ia di panggil dari langit dengan tiga kali jeritan:
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan. 
1. Apakah kau yang telah meninggalkan dunia atau dunia yang meninggalkanmu?
 2. Apakah kau yang telah mengumpul harta kekayaan atau kekayaan yang telah mengumpulmu?
 3. Apakah kau yang telah menguasai dunia atau dunia yang telah menguasaimu?
 4. Apakah kau yang telah mengubur dunia atau dunia yang telah menguburmu?

KETIKA MAYAT HENDAK DIMANDIKAN

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan.
1. Mana badanmu yang dahulunya kuat, mengapa kini terkulai lemah?
 2. Mana lisanmu yang dahulunya fasih, mengapa kini bungkam tak bersuara?
 3. Mana telingamu yang dahulunya mendengar, mengapa kini tuli dari seribu bahasa?
 4. Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia mengapa tak bersuara?

KETIKA MAYAT HENDAK DIKAFANKAN

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,’Wahai Fulan Anak Si Fulan
1. Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha Allah.
2. Celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah.
3. Kini kau tengah berada dalam sebuah perjalanan nun jauh tanpa bekal.
4. Kau telah keluar dari rumahmu dan tidak akan kembali selamanya.
5. Kini kau tengah menunggu pada sebuah tujuan yang penuh pertanyaan.

KETIKA JENAZAH DI USUNG

Terdengar Dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan.
1. Berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan.
2. Berbahagialah apabila matimu di awali taubat.
3. Berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat.

KETIKA MAYAT HENDAK DISOLATKAN

Terdengar dari Langit Suara Memekik, ‘Wahai Fulan Anak Si Fulan.
1. Setiap pekerjaan yang kau lakukan kelak kau lihat hasilnya di akhirat.
2. Apabila baik maka kau akan melihatnya baik.
3. Apabila buruk kau akan melihatnya buruk.’

KETIKA MAYAT DIBARINGKAN DI LIANG LAHAD.

Terdengar Suara Memekik Dari Langit,’ Wahai Fulan Anak Si Fulan.
1. Apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia untuk kehidupan yang penuh gelap gelita di sini.

Wahai Fulan Anak Si Fulan…
1. Dahulu kau tertawa kini dalam perutku kau menangis.
2. Dahulu kau bergembira kini dalam perutku kau berduka.
3. Dahulu kau bertutur kata kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa.

KETIKA SEMUA MANUSIA MENINGGALKANNYA SENDIRIAN

Setelah semua manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikebumikan itu lalu Allah SWT berfirman:
"Wahai hambaKu, kamu tetap terpencil dan sendirian para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana manusia, kerana isteri dan kerana anak.  Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan limpahan rahmat yang dengannya para makhluk semua kagum. Dan Aku lebih kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya."
Allah Berkata Kepadanya, ‘Wahai HambaKu, kini kau tinggal seorang diri tiada teman dan tiada kerabat. Di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap mereka pergi meninggalkanmu seorang diri padahal kerana mereka kau pernah melanggar perintahKu dan hari ini akan Kutunjukan kepadamu Kasih SayangKu yang akan takjub seisi alam. Aku akan menyayangimu lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya'.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, ‘Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam Jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam JannahKu’. 
Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat sejak rohnya keluar dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur.

Subhanallah ......

Peribadi yang BERDZIKIR ITU INDAH : ..
Setiap KALAMNYA adalah DAKWAH ...
Setiap DIAMNYA adalah DZIKIR ...
Setiap NAFASNYA adalah TASBIH ...
Setiap PANDANGAN MATANYA adalah RAHMAT ...
Setiap SUARA TELINGANYA selalu TERJAGA ...
Setiap FIKIRANNYA adalah BAIK SANGKA ...
Setiap GERAK HATINYA adalah DOA ...
Setiap SENTUHAN TANGANNYA adalah SEDEKAH ...
Setiap LANGKAH KAKINYA adalah JIHAD ...
Kekuatannya adalah SILATURAHMI ...
Kesibukannya adalah ASYIK MEMPERBAIKI DIRI ...
Kerinduannya adalah TEGAKNYA SYARIAT ALLAH SWT ...
Semoga kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah AAMIIN

Wallahu’alam bishshawab, ..
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...