Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 18 November 2014

DRAMA KOREA "THAT WINTER THE WIND BLOWS"......8TV


Bersiaran setiap hari sabtu bermula 15 November 2014
8TV pukul 6.30 petang hingga 8.00 malam

Barisan pelakon adalah:
~ Jo In Sung as Oh Soo ~
~ Song Hye Kyo as Oh Young ~
~ Kim Bum as Park Jin Sung ~
~ Jung Eun Ji as Moon Hee Sun ~


"That Winter The Wind Blows"




Berkisah tentang seorang gadis buta bernama Oh Young (Song Hye Gyo) yang merupakan pewaris dari sebuah perusahaan besar milik keluarganya. Hubungan keluarganya yang tak beberapa baik semenjak ayah Oh Young bercerai dengan ibunya semasa kecil. Perceraian ini telah menyebabkan Oh Young berpisah dengan abangnya Oh Soo. Selepas bercerai ibunya meninggal dunia dan ayahnya pulak sakit tenat. Sedangkan diri Oh Young sendiri yang buta. Suatu ketika ketika Oh Young menerima surat kiriman abangnya yang disangkanya tidak pernah menghubunginya. Ini semua adalah disebabkan oleh setiausaha ayahnya yang telah menyembunyikan surat2 tersebut daripada pengetahuan Oh Young. Kehadiran surat tersebut telah menyedarkan Oh Young untuk segera mencari abangnya yang sangat disayangi itu. 


Oh Soo abang sebenar Oh Young berkawan dengan dua orang pemain judi bernama Jin Sung (Kim Bum) dan Oh Soo (Jo In Sung). Nama penjudi ini sama kebetulan dengan nama Oh Soo abang kandung Oh Young. Oh Soo abang kandung Oh Young adalah seorang lelaki yang baik hati, pekerja keras dan penyayang berbeza dengan kedua kawan yang kaki judi. Sejak ditinggalkan selepas kematian ibunya, Oh Soo hidup sederhana malah menyimpan impian untuk memiliki sebuah restoran makanan di Itali. Oh Soo abang kandung Oh Young memberitahu kawan-kawannya bahawa dia sebenarnya adalah pewaris dari PL Group dan juga mengaku mempunyai seorang adik perempuan bernama Oh Young. Jin Sung dan Oh Soo tidak mempercayainya. Sehingga satu hari Oh Soo (Jo In Sung) telah di aniayai oleh kekasihnya sendiri Jin Soo Ra (Seo Hyo Rim). Sehingga Oh Soo telah dituduh menggelapkan duit. Akibat daripada itu Oh Soo (Jo In Sung) telah melarikan diri dan dalam masa yang sama ketika mereka sedang cuba menyelamatkan diri itulah Oh Soo abang kandung Oh Young telah dilanggar oleh sebuah kereta yang menyebabkan kematiannya. Dalam masa yang sama ketika itu jugalah bapa Oh Young juga telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Oh Soo (Jo In Sung) yang telah di aniaya itu terus memutuskan hubungannya dengan kekasihnya. Akibat penganiayaan itu Oh Soo telah merengkok dalam penjara selama setahun.   

Selepas setahun muncul peguam PL Group mencari Oh Soo pewaris sebenar PL Group. Ketika itu Oh Soo yang telah dibelasah oleh samseng kerana hutang tersebut. Oh Soo yang tiada pilihan terpaksa mengaku sebagai Oh Soo pewaris PL Group semata-mata untuk membayar hutangnya yang diberi tempoh selama 100 hari untuk dilangsaikan. Ok setakat ni sajelah sinopsis "That Winter The Wind Blows" nak tahu selanjutnya saksikanlah di 8TV setiap Sabtu jam 6.30 petang. 

Saya ni memang peminat setia pelakon korea Jo In Sung. Rasanya dah lama Jo In Sung tak muncul di kaca tv. Rasanya inilah comeback beliau yang terbaik selepas lakonan mantap beliau dalam drama Memori in Bali. TERBAIKKKK. Tak sabar rasanya nak menunggu setiap hari sabtu. Kan lebih baik kalau TV8 menggunakan bahasa korea asalnya bagi saya akan lebih rasa feel dalam menghayati setiap episod sepertimana stesen TV2, NTV7 dan TV9 menggunakan bahasa korea tidak dialih suarakan dalam bahasa lain.






























1 ulasan:

  1. The Best Casino Apps In India | Best casino Apps in India
    In order to become a successful 평택 출장샵 casino 공주 출장안마 online, you need to deposit at least 포항 출장마사지 Rs. 1,000. The 제주도 출장샵 casino 문경 출장안마 games in India are

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...