Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 9 Jun 2014

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN.........Slot Akasia TV3

Sekarang ni demam drama Akasia  Kerana Terpaksa Aku Relakan. Setiap hari tertunggu2 drama ni bersiaran. Hahahahaha....penangan selepas drama Ariana Rose. Mula2 masa tengok episod mula2 tu macam bosan aje tapi bila tiba kemunculan Tajul Razin tu mulalah terbest lak tengok cerita ni. Jujur saya kata x kenal sangat pelakon Amar Baharin ni dan tak minat pun kat dia. Tapi tak taulah gara2 lakonan dia yang nampak tenang dan cool aje sebagai Tajul Razin terus melekat kat tv. Nampak jambulah Tajul Razin...Muka bersih aje. Kelas gituuu. Terkasima jap tengok lakonan dia yang tenang dan nampak garang kat Indah. Renungan matanya. Alamak cair hati ini. Hehehe...nasib baik cuma sebuah lakonan. Suka3 sangat tengok lakonan dia. Begitu juga dengan lakonan mantap Nadia Aqila sebagai Wati. Rasa macam nak tampar2 aje Wati tu yang mengada2 dan gedik kat suami dia. Tengok lakonan suami dia pun rasanya menyampah. Ikut aje cakap isteri tu macam dayus aje. Tapi apa2 pun lakonan kamu semua memang berkesan sebab menyebabkan kami penonton ni menyampah tengok lakonan you all semua. Terbaikkkkkkk, mantap dan berkesan. Barisan pelakon yang bagus2 walaupun mereka tu tak sepopular mana. Hebat lakonan you all. Bagus pemilihan pelakon. Untuk Abang Zen lakonan you tu memang sweet sangat. You nampak romantik dan tenang. Dalam hati ada taman. Mahu tapi malu. I like...5 bintang untuk lakonan mantap you.



Sinopsis drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN.


Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya.

Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.

Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.



Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid, Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.


Pelakon2 drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Amar Baharin - Tajul Razin
Syafiq Kyle - Tajul Fahin
Izreen Azminda - Indah Halina
Iqram Dinzly - Inspektor Aryan
Ika Nabella - Hasma
Nadia Aqilah Bajuri – Zawati


Jom Kita layan jap gambar2 dalam drama ni.....











Hahaha............dalam hati ada taman.....cinta sudah berbunga...hati sudah berputik..



Dari jelingan mata...............terus ke hati....bagai di panah asmara.....oppssssssss










Sekali senyum..................mak aiiiiiiiiiiii rasa nak gugur jantung......hebatnya abang zen......bikin hati tak sabar nak tunggu setiap 7.00 petang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...