Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Rabu, 25 Jun 2014

1 HARI 1 AYAT - GALAKAN BERSEDEKAH KETIKA SUSAH DAN SENANG

Seseorang yang mempunyai sifat bakhil selalunya digelar sebagai tangkai jering kerana sukarnya untuk mengeluarkan sesuatu yang menjadi miliknya kepada orang lain. Orang yang bakhil selalu mementingkan diri tanpa memikirkan kesusahan dan keperluan orang lain.


Membuang sifat bakhil dalam diri bukanlah sesuatu perkara yang mudah, bahkan ia memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi untuk kita terus melakukan kebaikan. Kita perlu menghias diri dengan sifat mahmudah dan bersangka kepada orang lain. Perlu diingkatkan apa yang disedekah di dunia tidak akan membawa kepada kefakiran tetapi ia bekalan untuk 'akaun' di akhirat kelak. Antara kelebihan sifat pemurah di dunia adalah mempunyai ramai sahabat, diselamatkan daripada kemungkaran atau kesalahan.


Mereka yang suka, bersedekah memiliki akhlak mulia, cekal dan tawakal dalam kehidupan, memperoleh kelebihan di akhirat seperti mendapat naungan Arasy, diringankan hisab amalan di Padang Mahsyar, dipermudahkan untuk menyeberangi titian sirat dan ditambah darjat ketika berada di syurga. Kita digalakkan bersedekah ketika susah dan senang. Kebiasaannya mengeluarkan harta ketika keadaan senang lebih mudah berbanding dalam kesempitan tetapi yakinlah bahawa setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan kebaikan.


Saidatina Fatimah meminta Saidina Ali membeli buah delima dan dalam perjalanan menuju rumahnya tiba-tiba beliau melihat seseorang sedang terbaring sakit di tepi jalan maka Saidina Ali pun berhenti menghampirinya. Ternyata lelaki itu tidak mempunyai wang dan teringin untuk memakan buah delima. Maka tanpa ragu-ragu Saidina Ali membelah buah deli  aitu menjadi 2 bahagian, separuh untuk orang tua itu dan separuh lagi untuk isterinya Fatimah.


Sesampai di rumah, ia menceritakan peristiwa itu kepada isterinya dan Fatimah berkata: "Wahai suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu." Kemudian datanglah Salman al-Farisi ke rumah Saidina Ali dan bersamanya ada bekas yang berisi sembilan delima dan memberitahu buah itu hadiah daripada Rasulullah.


Maka berkata Saidina Ali, "Wahai Salman, jika ini memang untukku pasti jumlahnya sepuluh. Lalu ia membacakan firman Allah SWT yang bermaksud: "Barang siapa yang membuat satu amal kebaikan maka pasti baginya 10 kali ganda amalnya."(Surah al-An,am:160). Salman pun tertawa mendengarnya sambil mengembalikan delima yang ada di tangannya seraya berkata " Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana kenyakinanmu terhadap firman Allah yang engkau bacakan sebentar tadi."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...