Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 12 Februari 2013

BUKIT JUGRA.......Bumi yang bertuah kami datang

Cuti Tahun baru cina bawalah anak2 buah pergi ke Bukit Jugra. Walaupun saya anak jati Selangor tapi nak pergi tempat2 bersejarah dan paling dekat dengan rumahpun susah. Disebabkan mak tak ada kat rumah masa cuti raya cina hari itu sebab ikut adik saya pergi Johor menghadiri kenduri aqiqah rumah kakak ipar adik saya. Bosan-bosan kesian kat anak buah duduk rumah sorang2 ajak mereka berjalan. Masa kami sampai kat Bukit Jugra tu kebetulan memang masa tu sedang ada aktiviti Paragliding. Nak naik ke bukit Jugra tu kenalah bawa kereta. kalau berjalan kaki ok juga tapi mak aiiiii kalau yang staminanya kuat boleh berjalan kaki ke atas bukit tersebut. Bagi yang ada penyakit semput atau seangkatannya dinasihatkan tak payahlah jalan kaki. Takut tak larat. Tapi bagi kami yang pergi ketika itu bersepakat jalan kaki sahaja naik ke atas bukit tersebut. Anak2 buah pun kata tak kisah sebab diorang lebih suka berjalan kaki sebab boleh bersenam menguatkan jantung sambil mencuci2 mata disekitar kaki bukit. Mula2 masa naik tu ok lagi tapi bila dah sampai tengah2 dah terasa penat. Anak2 buah kata kita rehat dulu sambil jumpa kawan2 lama. (monyet2 yang berkeliaran di kawasan kaki bukit tersebut).


Masa ini baru bermula xpdc berjalan kaki. Dibelakang tu ada kubur cina. Memang kawasan tu tempat kubur cina. Agak besar jugalah kawasan kubur tu disekeliling kaki bukit tersebut.


Masa ni dah sampai tengah2 perjalanan kaki bukit. Memang cantiklah permandangan kat tengah2 kaki bukit tersebut. Kalau tengok daripada atas dah nampak permandangan laut dan kawasan perkampungan memang cantik sungguh view tersebut. Tengok tu anak buah sorang punyalah excited dia apabila dah separuh berjaya mendaki bukit.


Tengoklah permandangan kat belakang tu nampak cantikkan. Masa ni kami berehat sebentar hilang penat sementara nak sampai ke puncak rumah api kat atas tu.



Inilah dia permadangan dari atas bukit. Cantikkan. Tak taulah tu sungai apa. Sungai Bandar ke Sungai Buaya ke Sungai Kelanang ke atau Sungai Langat. Entahlah saya pun tak tau.


Akhirnya sampai juga kami ke puncak Menara Api. Inilah dia permandangan dari atas rumah api. Jalan menuju ke rumah api.


 Inilah dia menara rumah api. Akan berkelipan lampu rumah api ini pada waktu malam.


 Berlatarbelakangkan rumah api.


Berlatarbelakangkan simbol JUGRA tapi tak nampaklah sepenuhnya perkataan tu sebab guna kamera handphone aje.


Masih lagi posing 2 beradik ini.


Sedang bersantai sambil2 melihat aktiviti paragliding di depan tu. Masa ni pakar2 paragliding sedang membetulkan payung2 yang hendak digunakan.



 Dibelakang tu adalah permandangan dari atas. Ini adalah kawasan aktiviti paragliding. Masa kami tangkap gambar ni aktiviti paragliding berhenti rehat sekejap sementara menunggu pakar2nya naik ke atas bukit semula selepas melalukan payung terjun ke bawah. Nampak tak kawasan padang dibelakang itu. Itulah tempat payung terjun itu mendarat. Dan nampak tak payung yang ada kat bawah tu masa tu mereka semua berada di bawah selepas mendarat.


Ini masa kami nak turun ke bawah selepas selesai tengok aktiviti paragliding. Semasa kami turun ramai pula yang joging turun ke bawah. Masa kami naik tak nampak pula orang berjoging naik atas. Masa turun terasa cepat pulak tak terasa langsung penat. Tapi hati2 masa turun sebab kawasan bukit kan. Tak digalakkan berlari. Kalau tergelicik gunalah brek kaki.


Sempatt lagi 3 beradik ini buat poss gila2. Suka hati korang bertigalah.....


Masa ini dah nak sampai bawah bukit tempat kami parking kereta. Memang best walaupun sekejap. Terasa tenang melalui kawasan kaki bukit yang dikelilingi oleh pokok2  yang menghijau.

Isnin, 11 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA DILAKUKAN HARI JUMAAT


1) Datang terlambat ke masjid.
Kata Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam: “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang solat) apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah) maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hadits Hasan, Ahmad:21756 dinilai Hasan oleh al-Albani)

2) Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat.
Kata Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh kerana itu janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran” atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Daud:1332, dishahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Albani)

3) Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah.
Nabi Shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah] maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)

4) Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang.
Firman Allah subhanhu wata’ala: “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu) Yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahui ” (Surah al-Jumuah:9)

5) Bercakap ketika sedang ada khutbah.
Rasulullah Shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Sahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)

6) Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib.
Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, disahihkan oleh al-Albani)

7) Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahawa Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.” (Hasan. HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

Ahad, 10 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - DOA YANG TIDAK DIPERKENANKAN

Berdoa adalah suatu yang mempunyai syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi supaya ia dimakbulkan oleh Allah. Sebagai seorang muslim perlu memahami konsep "Iyya Kana'budu wa iyya kanas taen" yang bermaksud kepadaMu aku sembah kepadaMu aku memohon pertolongan. Jelas dalam maksud ayat ini bahawa kita hendaklah sentiasa berdoa melalui ibadat tanpa mengira masa senang atau susah dengan pemuh pengharapan kepada Allah S.W.T. Oleh itu ada beberapa kemungkinan doa itu tidak dimakbulkan Allah iaitu:

1) Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah
2) Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohon.
3) Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian dari sumber yang haram.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud: "Janganlah sesekali kamu berputus asa dari rahmat Allah sesungguhnya orang yang berputus asa adalah dari golongan zalim".

Saudara adalah orang yang bertuah kerana berpeluang menikmati segala kurniaan Allah terhadap diri saudara. Cuma apa yang saudara inginkan sahaja yang tidak dapat terlaksana, bukanlah bererti Allah tidak mengasihi dan menyayangi saudara kerana Allah Maha Mengasihi lagi Maha Menyayangi hambaNya dan Maha Mengetahui segalanya. Ini ternyata sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:  
" Perkara yang kamu benci boleh jadi ia baik bagi kamu dan perkara yang kamu suka ianya boleh jadi buruk bagi kamu. Ingatlah Allah jua yang mengetahui semuanya itu sedang kamu tidak mengetahui."

Sabtu, 9 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - MUSIBAH ADALAH PENEBUS DOSA BAGI MANUSIA

Dalam menempuh kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada berdepan pelbagai perkara yang tidak diingini oleh semua manusia seperti musibah kehilangan insan tersayang, sakit, kemusnahan harta benda dan sebagainya.
Namun agama kita tidak menjadikan semua musibah itu sebagai perkara yang sia-sia. Orang mukmin yang bersabar dan reda dengan musibah tersebut akan diganjari dengan pahala daripada Allah S.W.T.
Setiap perkara yang menimpa seseorang berupa sakit, kesulitan, kesusahan, kesedihan atau keletihan, bahkan duri yang menusuk sekalipun, maka semua itu sebagai penebus dosa.Kemudian jika dia bersabar dan mengharap pahala maka di samping mendapat penghapusan dosa dia juga mendapatkan pahala atas kesabarannya dalam menghadapi musibah yang menimpanya. Maka musibah-musibah itu merupakan penebus dosa bagi seorang yang beriman, hal ini berdasarkan firman Allah Ta’ala :
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).  
Apabila musibah itu disebabkan oleh tangan-tangan kita, maka ini menunjukan bahawa musibah itu penghapus dan penebus dosa yang kita lakukan di masa lalu. Demikian juga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda :
Tidaklah seorang mukmin tertimpa kelelahan, sakit, kesuliltan, kesedihan, kegundahan, dan gangguan, bahkan duri yang menusuknya sekalipun, kecuali Allah akan menghapuskan dosanya karena musibah itu.(Imam al-Bukhari )
Maka kita hendaklah reda dan bersabar bila diuji dengan sakit, demam, letih dan sebagainya. Anggaplah itu semua penghapus dosa-dosa yang telah kita lakukan saban waktu. Bersabarlah, jangan merungut dan tidak berpuas hati dengan ujian Allah s.w.t.

Jumaat, 8 Februari 2013

SANTAPAN MINDA - MENUNDA KEMATIAN DENGAN SEDEKAH

MENUNDA KEMATIAN DENGAN BERSEDEKAH ...

Bismillahir-Rah maanir-Rahim
Hanya Allah sajalah yang mengetahui kematian seseorang.
Kisah ini terjadi pada zaman Nabi Ibrahim as, Beliau mempunyai seorang murid yang akan segera menikah. Tapi sebelum pemuda ini menikah, Nabi Ibrahim as ditemui oleh malaikat yang memberitahukan bahawa usia pemuda itu tidak sampai sehari lagi.
Bagaimana kisahnya,

Nabi Ibrahim as suatu hari Nabi Ibrahim as didatangi oleh salah satu muridnya dan ia menceritakan bahawa ia akan segera menikah esok pagi. Setelah berbincang sejenak, anak muda tersebut meninggalkan Nabi Ibrahim as.
Beberapa saat kemudian, Malaikat Maut mendatangi Nabi Ibrahim dan bertanya, "Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?" tanya Malaikat Maut. "Yang anak muda tadi adalah sahabat sekaligus muridku," jawab Nabi Ibrahim as.
"Ada apa dia datang menemuimu?" tanya Malaikat Maut lagi.
"Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan pada esok pagi," jawab Nabi Ibrahim as.
"Wahai Ibrahim, sayang sekali umur anak itu tidak akan sampai besok pagi," jelas Malaikat Maut.
Setelah berkata demikian, Malaikat Maut pergi meninggalkan Nabi Ibrahim.
Keesokan harinya Nabi Ibrahim as berjalan menuju rumah pemuda tersebut dan alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim melihat pemuda itu masih dalam keadaan hidup.
Dan pemuda itu akhirnya melangsungkan pernikahan dengan lancar. Nabi Ibrahim turut bahagia melihat muridnya menikah.
Pemuda tersebut Masih Hidup Hingga Umur 70 Tahun.
Walau senang, terbit rasa sedih, rasa kasihan kerana Nabi Ibrahim tahu bahawa kebahagiaannya tak akan lama. Namun apa yang terjadi berkata lain.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim as malah melihat anak muda ini panjang umurnya hingga usia anak muda ini 70 tahun.
Nabi Ibrahim merasa kehairanan dan tak lama kemudian malaikat datang menemuinya.
Terus Nabi Ibrahim menanyakan tentang keganjilan itu kerana Malaikat tidak pernah akan berbohong.
"Apa gerangan yang membuat Allah SWT menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda itu dulu?" tanya Nabi Ibrahim.
"Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut hingga engkau masih melihatnya hidup hingga sekarang," jelas Malaikat. 
Kematian adalah di tangan Allah. Mencepatkan atau melambatkan kematian adalah hak Allah semata ..
Diriwayatkan dari sahabat Amr bin Auf, Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya sedekah seorang Muslim dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang su’ul khotimah, Allah akan menghilangkan sifat sombong, kefakiran, dan sifat berbangga diri darinya.” (HR. Thabrani)

Khamis, 7 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W

Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

1. Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah saw bersabda, “Apa yang aku perintahkan kepadamu maka kerjakanlah dan apa yang aku larang bagimu maka tinggalkanlah."

2. Dari Abu Hurairah: Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa taat kepadaku, bererti dia telah taat kepada Allah SWT dan barangsiapa menderhakaiku bererti dia durhaka kepada Allah SWT."

3. Dari Abu Hurairah: Rasulullah saw bersabda, "Akan sentiasa ada di kalangan umatku sekelompok (ahli hadis (mengikut terjemahan Imam Ahmad bin Hambal) orang yang tegak (dalam memperjuangkan) perintah Allah S.W.T. Tidak ada membahayakan mereka tindakan orang-orang yang menentangnya.”

4. Dari Irbadh bin Sariyah: Pada suatu hari Rasulullah saw berdiri berkhutbah di tengah-tengah kami. Kemudian beliau saw memberikan nasihat yang sangat mengesankan yang menggetarkan hati dan membuat air mata bercucuran.

Beliau saw ditanya, “Ya Rasulullah saw, engkau menasihati kami dengan nasihat perpisahan, maka berilah kami amanat.”
Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah SWT dengan mendengar dan taat meskipun yang memerintahkan kamu adalah seorang budak dari Habsyah. Kamu akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat sesudahku maka hendaklah kamu berpegang pada Sunnah-ku dan Sunnah-Khulafa ur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah perkara-perkara baru sesungguhnya setiap bid’ah (perkara baru dalam agama) adalah sesat.”

Rabu, 6 Februari 2013

1 HARI 1 AYAT - TANDA-TANDA KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

22 Tanda Kiamat Sudah Dekat

Setidaknya ada 22 tanda apabila kiamat akan segera datang, hal ini berdasarkan berbagai riwayat dari sahabat nabi, hadidts dan sebagainya. 
Nabi Muhammad SAW telah memberitahu rahsia akan datangnya kiamat kepada umatnya dengan tujuan umatnya akan siap dalam menghadapinya.

KIAMAT 
Berikut Tanda-Tanda Kiamat akan Segera Datang:

1. Solat ditinggalkan. 
2. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
3. Pezina banyak yang menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar.
Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
6. Membayar zakat dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat bebas tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki kahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan mendurhakai ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan. 
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak,bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan solat, membuka aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong tidak ada jemaahnya.
15. Ramai yang solat tetapi munafik dan berpura-pura.
Di dalam solat berjanji akan mengikut suruhan Allah SWT tetapi di luar solat melanggar perintahNya.
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta. 
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba bermaharajelela hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering terjadi pembunuhan, peperangan.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan perintah agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...