Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 15 Januari 2013

1 HARI 1 AYAT - SOLAT SUNAT TAHIYYATU MASJID

Sembahyang Sunat Tahiyyatul Masjid ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat kerana menghormati masjid. Ia dilakukan setiap kali seseorang itu memasuki masjid dan sebelum dia duduk.

Perkara ini bersesuaian dengan sepotong hadis Nabi yang bermaksud:

" Apabila kamu masuk ke masjid maka janganlah kamu terus duduk sebelum kamu sembahyang dua rakaat."

CARA MELAKSANAKANNYA

1. Dengan wuduk apabila memasuki masjid terus berdiri lurus mengadap kiblat untuk melakukan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid.

2. Sewaktu mengangkat takbiratul ihram, bacalah lafaz dan niat sembahyang sunat Tahiyatul Masjid:


Ertinya: " Sahaja aku sembahyang tahiyyatul masjidi rak'ataini lillahi ta'ala"

3. Bacaan surah selepas Fatihah

Rakaat Pertama : Surah Al-Kaafiruun
Rakaat Kedua : Surah Al-Ikhlas

4. Laksanakn dua rakaat sebagaimana sembahyang sunat yang lain.

5. Selepas mengerjakan sembahyang sunat Tahiyatul Masjid barulah dikerjakan sembahyang sunat atau fardhu yang lain melainkan jika sudah terlewat dan imam sudah mula bersembahyang fardhu maka eloklah terus diikut sahaja sembahyang fardhu imam tersebut.

6. Apabila duduk di dalam masjid eloklah berniati'tikaf.



Ertinya: " Sahaja aku i'tikaf di dalam masjid ini  kerana Allah Taala."

7. Apabila sudah selesai beribadah di dalam masjid dan hendak meninggalkannya maka bacalah doa ini:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...