Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Selasa, 24 Disember 2013

TERBAIK.......KOREAN MOVIE ALWAYS

FILEM KOREA ALWAYS
Tayangan di TV9
Masa: 10.00 malam (Slot Saranghae)
Tarikh: 22 Disember 2013




Sinopsis
Cheol Min (So Ji Sub) adalah bekas peninju yang mempunyai masa lalu yang gelap. Cheol Min sekarang bekerja sebagai penjaga pintu parkir menggantikan seorang pakcik tua. Cheol Min bekerja dengan duduk di dalam pos kecil yang mempunyai sebuah tv kecil.. Tiba2 saja seorang wanita bernama Jung Hwa (Han Hyo Joo) mendekatinya dan duduk di sampingnya. Jung Hwa memberikan jeruk dan makanan. Cheol Min kemudian menyedari bahawa wanita tersebut buta. Setelah Cheol Min berbicara Jung Hwa terkejut dan bertanya Cheol Min siapa dan di manakah  pakcik tua yang setiap hari berjaga di pos. Cheol Min menjelaskan jika pakcik tua itu keluar dan dia akan menggantikannya. Jung Hwa kemudian pergi, dan meminta maaf kerana biasanya dia datang untuk menonton drama bersama pakcik tua tersebut. Kerana hujan, Cheol Min mengajak Jung Hwa untuk berteduh sambil menonton drama kesukaannya.
Malam berikutnya, selepas pulang dari kerja Jung Hwa kembali duduk di pos untuk menonton drama bersama Cheol Min. Jung Hwa yang buta tetapi tetap ceria membuat Cheol Min tertarik padanya. Suatu hari Jung Hwa mengajak Cheol Min menonton teater muzikal, setelah itu mereka makan malam bersama. Jung Hwa bertanya tentang masa lalu Cheol Min yang membuat Cheol Min tersinggung. Hubungan keduanya pun menjadi rengggang.
Beberapa hari kemudian bos tempat Jung Hwa bekerja tiba-tiba datang ke rumah Jung Hwa dan cuba merogol  Jung Hwa. Kebetulan Cheol Min datang dan cuba menyelamatkan Jung Hwa. Cheol Min kemudian dekat kembali dengan Jung Hwa dan tinggal bersama. Cheol Min yang tengah berbahagia mencuba kembali menjadi seorang peninju untuk mendapatkan wang. Suatu hari Jung Hwa menceritakan kenapa dia menjadi buta semuanya adalah disebabkan oleh kemalangan kereta  yang menimpa dia dan keluarganya yang secara tidak langsung berkaitan dengan Cheol Min.
Cheol Min yang merasa bersalah meminta Jung Hwa membuat pembedahan mata. Disebakan pembiayaan  yang mahal, Jung Hwa menolak tetapi Cheol Min memaksa bahawa dirinya mampu untuk membiayai pembedahan tersebut. Wang tersebut sebenarnya diperolehi oleh Cheol Min dari menjadi petinju haram di Thailand. Untuk menjaga keselamatan, Cheol Min perlu menghapuskan semua identiti sebenarnya dan menggunakan identiti  yang baru.
Cheol Min pun meninggalkan Jung Hwa yang sedang menjalani pembedahan.  Cheol Min pergi ke Thailand dan memenangi pertandingan tinju tersebut. Sayang sekali ketika kembali ke Korea Cheol Min telah ditikam sehingga dirinya cacat. Sementara itu, Jung Hwa yang boleh melihat semula terus mencari Cheol Min yang telah bertukar identiti baru  dan pergi tanpa jejak…
Selepas 2 tahun akhirnya Jung Hwa berjaya membuka kedai membuat pasu sepertimana hasrat  yang diingini oleh Cheol Min ketika Jung Hwa masih tidak boleh melihat. Selain daripada itu Jung Hwa juga menjalankan kerja mengurut. Ketika Jung Hwa dipanggil untuk mengurut di hospital ketika itulah Jung Hwa berjumpa dengan Cheol Min. Tetapi Jung Hwa tidak dapat mengenali Cheol Min yang ketika itu mengalami kecacatan di wajahnya dan kakinya telah menjadi tempang. Selepas Cheol Min keluar dari hospital, Cheol Min telah pergi ke kedai pasu milik Jung Hwa. Cheol Min membeli bunga melur yang mengingatkan beliau kenangan ketika bersama dengan Jung Hwa.
Apabila Jung Hwa kembali semula ke kedai tersebut, beliau terkejut kerana mendapati kura-kura yang Jung Hwa jaga selama ini telah hilang. Ini mengingkat Jung Hwa kepada lelaki yang cacat wajahnya dan tempang kakinya yang telah diserang oleh anjing Easy pemberian Cheol Min dahulu.

So Ji Sub mengingatkan akan saya lakonan mantapnya suatu ketika dahulu dalam drama korea popular Memory in Bali. Kali ini membawakan watak yang selekeh bagai....tapi tetap mancho wajahnya.....






 
 
 
 
Pada saya filem ni terbaiklah........Bukan sahaja romantik tapi mendebarkan ketika Cheol Min masuk bertanding tinju haram di Thailand. Masa ni rasa macam hero tak dapat lagi jumpa dengan heroin tu. Yelah lawan dengan juara tinju haram yang dah bunuh ramai lawannya. Mendebarkan dan suspen. Tapi di akhiran ceritanya memang sweets sangat. Suka sangat sebab akhirnya mereka berjumpa juga dan Jung Hwa akhirnya mengenali juga Cheol Min yang dah cacat mukanya. Biasalahkan cerita korea kalau heronya  tak mengeluarkan airmata.  Suka, suka, suka, suka sangat...........endingnya

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...