Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 16 Disember 2013

jom g panggung.....THE HOBBIT: THE DESOLATION OF SMAUG

Lama dah x update blog ni bukan disebabkan x de idea tapi kebusykan kerja harian almaklumlah hujung tahun kan macam-macam nak buat bagi selesai semua sebelum tahun baru. Sabtu hari lepas melawat Timbalan Pengarah saya yang masuk hospital akibat tekanan darah tinggi kat hospital Kuala Lumpur. Lepas sahaja melawat terus saya g ke KLCC. Memang dah rancang lepas melawat tu nak terus g tengok wayang nak rehat-rehatkan otak sekejap. Sememangnya memang nak sangat tengok cerita The Hobbit: The Desolation of Smaug. Saya ni memang peminat tegar cerita-cerita epik ala-ala pedang dan lawan-lawan tu. Suka sangat. Dah nama pun peminat tegar. Masa nak beli tiket tu memang full semua panggung. Masa tayangan semuanya dah penuh kecuali untuk tempat duduk yang depan. Tak bestlah kan bayar mahal-mahal duduk seat depan. Lebih-lebih lagi kat KLCC. Tiket memang mahallah lebih-lebih hari weekend. Disebabkan tak nak duduk seat depan saya dan kawan terpisahlah tempat duduk. Nasib baiklah ada seat yang kosong tapi bukan duduk sebelah menyebelah. Tak kisahlah yang penting dapat duduk kat tengah-tengah walaupun kami terpisah. Baru berbaloi bayar mahal-mahal. My friends taklah terpisah jauh seatnya cuma di seat tepi seat couple.
 
 
Sinopsis cerita The Hobbit: (ini pun copy paste dari internet)
 
Filem bermula dengan Bilbo Baggins menceritakan kisah zaman mudanya – 60 tahun dahulu yang penuh dengan pengembaraan dan kisah-kisah lain yang menjadikan Bilbo seorang Hobbit yang banyak pengalaman hidup. Bilbo bersetuju untuk menyertai ‘perjalanan yang tidak dirancang’ atau unexpected journey bersama Gandalf dan 13 orang kerdil ke Lonely Mountain (Gunung Sepi). Untuk filem ini, penekanan cerita didasarkan kepada watak orang kerdil yang kehilangan gunung tempat mereka tinggal kerana ia ditawan oleh seekor naga bernama Smaug.
 
 
Memang best cerita ni dari mula sampai akhir memang tak jemu sentiasa menunggu apa seterusnya yang akan berlaku. Yang bestnya cerita ramai benar watak heronya, kacak pulak tu. Tu yang tak nak bangun-bangun dari tempat duduk. Terbaiklah cerita ni cuma endingnya frustlah......tak habis cerita tergantung  mesti ada sambungan. Tulah tengah-tengah seronok tengok apa yang boleh dilakukan oleh si Bard untuk menebus kesilapan yang mana moyangnya gagal untuk membunuh naga tersebut. Tiba-tiba aje THE end...........Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh frust oiiiii.....cepatlah ada kesinambungannya...tak sabar nak tengok si Bard yang hansem tu walaupun bukan watak utama....
 
Jom layan gambar dari movie tersebut....ni pun ehsan dari internet copy paste aje.






 

Nilah dia Bard yang yang hansem tu.....tak sabar nak tengok kesudahannya membunuh naga tersebut.



 



Lepas ni tunggu pulak tayangan movie http://www.seventhsonmovie.com/..............kami datang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...