Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sabtu, 2 Mac 2013

IRSHAD DAH 4 BULAN.....



Sedar tak sedar dah 4 bulan IRSHAD dah pandai meniarap x boleh nak baringkan dia. Mesti dia akan pusingkan badannya untuk menairap. Cepat betul masa berlalu. Terasa cepat dan kadang-kadang saya selalu terfikir masa di dunia ini terlalu cepat berlalu. Bangun pagi pergi kerja. Tengahari makan tengahari. Petang pulak dah balik kerja. Sampai rumah rehat2 sekejap kemudian malam. Tonton tv kemudian tidur dan bangun pagi semula untuk pergi kerja pula. Cukup ke amalan yang saya buat selama ini. Kadang-kadang selalu terfikir mampukah amalan saya di dunia ini dapat menempatkan saya ke syurga Allah walaupun saya tahu hendak ke syurga Allah memerlukan pengorbanan yang amat besar. Kesabaran, ujian yang sentiasa Allah beri untuk menguji keimanan kita. Cukup sabar ke saya dengan ujian yang Allah berikan. Ikhlas ke saya menerimanya. Hanya Allah sahaja yang tahu. Moga dengan rahmat dan hidayah Allah mampu menyelamatkan saya di sana. InsyaAllah.


Comelkan IRSHAD. Bila tersenyum hilang segala masalah orang dewasa. Betullah apa orang kata. Senyuman mampu menutup segala lara hati kita. Senyuman jugalah sekecil-kecil sedekah kita. Senyuman juga mampu menceriakan hidup orang lain. Betapa indahnya hidup inikan bila kita sentiasa dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa menyayangi diri kita. Bersyukurlah kita dengan apa yang Allah telah anugerahkan. ALHAMDULILLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...