Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Isnin, 14 Mei 2012

SELAMAT HARI IBU

Untuk semua2 ibu di dunia ini diucapkan SELAMAT HARI IBU. Istimewa buat mak yang telah melahirkan dan membesarkan anak mak ini tanpa rasa jemu dan bosan. Melayankan karenah anak mak ini sejak dari dilahirkan sehingga kini yang telah berumur 38 tahun 5 bulan 4 minggu. Jasa mak takkan terbalas dengan segunung intan. Maafkan anak mak ini sepanjang menjalani kehidupan disamping mak pernah melukakan hati mak di sedari atau tidak disedari. Jutaan ampun dan maaf dari anakmu. Sesungguhnya MAK lah IBU yang terbaik di dunia ini. Saya sayang MAK....walaupun tak dapat menyambut bersama dengan mak pada hari IBU. Semoga Allah rahmati dan berkati hidup MAK dunia dan akhirat...



Ya Allah rahmatilah dan berkatilah kedua2 ibubapaku sebagaimana mereka menjaga ku sejak kecil. Ya Allah KAU berikanlah kesempurnaan hidup dan permudahkanlah segala urusan kedua2 ibubapaku dan jadikan anak2nya anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan mereka dan menjaga mereka ketika mereka sudah tidak berdaya lagi. Ya Allah jadikan kami anak2 yang sentiasa mengingati kedua2 ibubapa kami dan jadikanlah kami anak2 yang sentiasa berada disamping mereka ketika mereka susah dan senang. Ya Allah janganlah KAU lalaikan kami dengan harta benda dunia sehingga  kami anak2 melupakan kedua2 ibubapa kami. AMINNNN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...