Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sabtu, 2 November 2013

SYURGA ALLAH.....alahai comelnya


Alhamdulillah sempena Awal Muharam ni.....comelnya syurga Allah ni pakai tudung. Anak-anak kecil yang yang belum ada dosa dan pahala. Kitalah ibubapanya yang mencorakkan kehidupan mereka. Moga menjadi penyejuk hati ibu dan ayah di dunia ini dan di akhirat nanti. Moga menjadi anak yang solehah dan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah Allah. AMIN



Permata hati yang tidak ternilai harganya. Rezeki Allah untuk kami sekeluarga.
 
 
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
 
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...