Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Jumaat, 22 Jun 2012

1 Hari 1 Ayat - DOAKAN IBU BAPA KITA

Setiap orang ada ibu dan ayah. Jika mereka masih hidup bersyukurlah. Bagaimanapun ramai daripada kita tidak lagi hidup bersama ayah dan ibu, malah hidup berjauhan daripada mereka. Sungguhpun begitu usah jadikan jarak sebagai alasan untuk kurang berhubung dengan mereka. Panggilan telefon yang dibuat untuk bertanya khabar mereka adakalanya lebuh murah daripada harga secawan teh tarik dan tempohnya juga lebih pendek berbanding masa yang terbuang apabila berbual-bual dengan kawan-kawan di kedai kopi.

Tanyalah khabar mereka sekarang segalanya mudah, anda boleh menghantar pesanan ringkas (sms) atau telefon saja. "Mak, ayah, apa khabar hari ni? Dah makan ke belum?" Pertanyaan-pertanyaan ringkas sebegini mungkin dianggap remeh tetapi dapat membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan mereka. Janganlah rasa diri sudah begitu hebat sehingga lupa kepada kedua-kedua orang tua. Tidak kira mereka sudah nyanyuk sekalipun, kita harus melawat dan menjaga mereka. Bisikkan di telinga ibu dan ayah bahawa anda masih sayangkan mereka. Jangan pula berasa jika anda sudah berkeluarga, hilang sudah tanggungjawab terhadap ibu dan ayah sendiri. Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w bahawa orang tua kita itu perlu diberkati hidup mereka dengan doa-doa daripada anak-anak yang dipanjatkan setiap kali solat.

Kita perlu melangsaikan hutang yang tidak akan mampu dibayar kepada ibu dan bapa dengan memastikan kasih sayang berpanjangan selagi ada nyawa mereka dan nyawa kita . Selagi bernyawa selagi itulah ada tanggungjawab kita untuk sentiasa mendoakan mereka. Janganlah pula apabila mereka sudah tiada baru kita menyesal, bersedih terasa kehilangan dan sedar dengan nikmat kehadiran kedua-dua ibubapa. Jika kita bijak kita akan doakan mereka setiap kali solat. Ini bukan suatu amalan yang susah. Panjatkan doa kepada Allah s.w.t agar ibubapa kita telah tiada atau masih hidup sentiasa diberkati hidup mereka.

Ingatlah semasa mereka sihat, mereka juga berdoa dan mengharapkan anak-anak menjadi insan yang berjaya. Disebabkan mereka jugalah kita berpeluang mencipta kejayaan itu. Namun kita sebagai anak-anak sering lupa ingatlah tanggungjawab terhadap ibu dan bapa sentiasa ada selagi kita hidup di muka bumi ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...